Seribu Kemanisan
tik tok..tik tok..
2010 hampir meninggalkan kita.. tirai 2011 akan menyusul tiba.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Kesyukuran kepadaNya diatas rezeki dan rahmat yang telah diberikan. Segala kejayaan, kegagalan, kebahagiaan, kekecewaan dan sebagainya pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga semua yang saya lalui diberkati. Ups and downs. Banyak suka dan duka yang mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Alhamdulillah atas segala pemberianNya.

di sini saya sisipkan corat coret perjalanan hidup sepanjang 2010. pahit manis sudah tentu.

1~ Putusnya ikatan pertunangan
 hmm...mungkin tak ramai yang tahu saya pernah menjadi tunangan orang. ianya bukan rahsia, cuma tak terlalu didedahkan. Mungkin ada hikmah nya kami tak bersama. Cuma saya mohon agar hidup ini tidak diganggu oleh dia. Dan saya tak mahu ambil tahu tentang dia.

2~Sektor Awam
akhirnya impian saya untuk berkhidmat di sektor awam tercapai. impian sudah tertanam dari awal. keluarga sangat mengharapkan saya dapat kerja kerajaan. berkat doa ibu dan keizinan Nya, impian ini terlaksana jua. hampir 3 tahun saya mencuba pelbagai kerja. dan pernah juga menjadi pembantu rumah jiran dan hampir menjadi calon menantu si tuan rumah. opsss..

3~Pintu hati diketuk
Saya sangka, saya da tak mampu tuk memberi secebis cinta pada lelaki setelah pecintaan musnah di penghujung jalan. Saya da berserah segalanya pada jodoh. Tanpa diduga, hati ini disentuh lagi oleh insan yang penuh kasih sayang. walaupun pada awalnya pelbagai dugaan yang melanda, tapi saya bersyukur hubungan ini masih mampu dipertahankan. Dugaan dan cabaran itu lumrah dalam dunia percintaan kan. Terima kasih kerana menyanyangi diri ini. Saya sayang awak, incik kekasih.

4~Si roda empat
Sekali lagi mengucapkan syukur. Sangat gembira sudah memiliki kereta sendiri. walaupun ianya hutang dan agak sesak untuk pembayaran bulanan. Syukur incik kekasih membantu. Mak dan keluarga gembira. Mak sentiasa menyokong, adik pula tak mengeluh kerana saya sering menyusahkan adik. adik sering berkorban. memberi pinjam kereta kancil nya  untuk saya selama ini. adik tak sanggup melihat kakak nya dalam kesusahan. terima kasih adik, dan maaf kerana sering menyusahkan kamu semua.

5~Jalan jalan cari makan
Tahun yang banyak jalan ke tempat orang. tapi dalam Malaysia aje. itu sudah cukup buat saya gembira. Jauh perjalanan luas pemandangan. saya sukakan travel! ade rezeki mahu travel naiki keretapi. pasti seronok.

6~Sukan
Saya suka sukan xstreme juga. masih menyimpan keinginan untuk mencuba bungee jumping. tapi di Malaysia tak ada tempat untuk bungee jumping. tahun ini dapat buat aktiviti water rafting, Snorkling, wall climbing. memang menyeronokkan.


semua manis2?? mane yang pahit??
optimis! saya tak nak ingat cerita sedih-sedih. memang cara saya tak mahu mengenang cerita sedih.
Cerita sedih saya yang tak kan saya lupa hanya la di saat pemergian ayah saya tahun 1992.

yang pasti kehidupan 2010 banyak manisnya untuk diri saya. Syukur Alhamdulillah. Semoga kemanisan ini berpanjangan.

"Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri"


Jimat Cermat
Masalah global. Bila minyak petrol naik harga, maka semua benda naik sama. Sampaikan nak masuk toilet yang dulu nya hanya 20sen kini sudah naik 30sen atau 40 sen. ini tak termasuk toilet RM2 di KLCC ya. da macam basuh guna minyak pulak kan.

Masalah kewangan. Saya akui lemah dalam pengurusan kewangan. Atau perlukah mendaftar dengan AKPK bagi memastikan pengurusan kewangan secara mampan? ok, itu tak perlu. Disiplin dan berjimat itu yang perlu.

Kenyataanya, tiap kali ujung bulan kocek mulai kering. Bukan kerana shopping. Sebab saya bukan kaki shoping, tapi selalunya abes untuk makanan dan jalan-jalan. sebab saya kuat makan dan jalan-jalan. makan nak sedap. Masak di rumah tak rajin. macam-macam alasan. Peti ais xde. minyak abes. hey, Nak seribu daya, xnak seribu dalih.

Dan minggu lepas, tiba-tiba kerajinan memasak menyusup ke tubuh. selepas siap mengemas rumah, membasuh baju dengan menggunakan tangan (oh kasar tapak tangan ku) dan menyiapkan diri, terus menuju ke kedai barang basah. Ikan..banyak betul ikan yang saya tak kenal. Tapi mata terpaku pada ikan pari. terus dapat idea untuk masak apa. Asam pedas. terbayang wajah incik kekasih. Idea asal nak masak singgang. ok boleh batalkan. beli ikan dengan harga rm5.00 sahaja. berbaloi.

Asam pedas dan sayur siap dimasak. Dijamu bersama incik kekasih di tepian taman tasik.
Saya suka bila incik kekasih makan masakan saya. Walaupun rasanya xsesedap di kedai atau masakan ibu.

Lauk yang saya masak boleh dimakan 2 atau 3 kali lagi. hanya dengan rm5.00.
Saya mula terpikir, JIMAT! TERLALU JIMAT.
rm5.00 untuk 2 hari.. memang berbaloi-baloi.

dan saya mula compare kan kalo makan di luar, paling kurang pon untuk seorang makan dalam rm5.00
tak termasuk air. itu sekali makan. belum tambah makan malam atau makan mewah (fast food).
saya mulai tekad untuk selalu masak dirumah. pergi kerja bawa bekal dari rumah. tapi saya kena masak malam, pagi-pagi memang x sempat. nak rebus telur separuh masak pon tak sempat. ok, jangan beri alasan!

Ini sebagai langkah-langkah penjimatan awal. Sebab saya nak menyimpan. nak menyimpan untuk masa depan. Untuk kahwin. Saya xnak kahwin dibebani hutang. =)

*impian saya sekarang adalah memiliki rumah tangga, bukan rumah banglo.
Saya suka rumah kayu. malam-malam sejuk takyah guna penghawa dingin. tak tahan sejuk.
Sekian lama tidak bersua
Sudah 30 hari seorang anak yang mencari rezeki di kota tidak  menjejakkan kaki ke kampung halaman. ibu pasti merindu.. ya ibu rindu. bukan sengaja tidak mahu pulang. tapi kekangan kewangan yang tidak mengizinkan. Maafkan anak ini.

Anak ini senantiasa rindukan emak. Anak ini rindukan belaian dari tangan yang mengoncang buaian. Rindukan dakapan hangat dari insan yang melahirkan. Rindu pada masakan dari insan yang membesarkan. Rindu pada suara yang tak pernah jemu memberi nasihat. Rindu untuk lena di ribaan insan yang penuh pengertian. Rindu pada suapan dari insan yang sentiasa sabar melayani karenah. Semua tentang emak, saya rindukan.. Sikit pun anak mak tak terlupakan.

Minggu ni anak ini akan pulang ke kampung, dapat melempiaskan segala kerinduan. Mendengar suara ibu di talian, buat hati ini menjadi sayu. bagi ibu, diri ini masih anak kecil dihatinya. Tersentuh hati ini.

Dan bulan ini, anak ini akan bawa ibu ke k.l. Ibu pasti gembira. ibu dapat jumpe cucu kesayangan ibu yang ke-5. =)

Dan tidur malam ku ditemani ibu. Tiada lagi sepi bertamu.

~rupanya baru 30 hari x balik kampung..tapi terasa cam da 30 bulan..nasib jarak kl-jb cume 400km aje.~
Copy Ke Kopi?
Lokasi  : di dalam pejabat sektor swasta.
Masa    : waktu bekerja

Seorang staff sedang asyik melayari intenet tanpa peduli keadaan sekitar pejabat.
tiba-tiba kedengaran suara bos memanggil dan memberi tugasan.

arggghhh...sibuk la bos nih.

"siti (bukan nama sebenar), tolong buat dua copy"

"hah?? 2 kopi?? bos ni biar betol, duk sorang-sorang pon nak 2 cawan kopi"getus hati siti.

siti menuju ke pantry dengan hati yang subal kerana aktiviti terganggu.
dan 2 cawan kopi telah siap sedia.
siti mula melangkah dengan yakin sambil menatang dulang untuk di bawa ke bilik bos.

"mesti bos suke kopi yang aku buat nih'' hatinya berbisik.

di dalam bilik bos..

"tuan, ni kopi yang tuan minta tadi"

bos pula terpinga-pinga. bila pulak saya minta kopi?

"siti..saya bukan mintak kopi, saya nak kamu buat 2 salinan surat ini!!kamu ni!!"

hah!!!

air muka siti terasa bagai berada di bawah tapak kaki..

.........................
haha.. pe yang korang buat kalo perkara begini terjadi kat diri korang?

moral of the story.
1.   Belajar dan fahami English.
2.   Fokus semasa kerja.
3.   Dengar arahan dengan betul.  Jangan buat-buat pandai.
4.   Jangan malu tuk bertanya.
5.   kau isi la sendiri!

terima kasih pada yang berkongsi cerita.
As Long As U Love Me
Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

I've tried to hide it so that no one knows
But I guess it shows
When you look into my eyes
What you did and where you're comin from
I don't care, as long as you love me, baby

.................................

"as long as you love me" nyanyian Backstreetboy. Ni lagu english yang petama aku hafal dan faham maksud lirik nya. tu pon secara kebetulan sebab kawan sekelas buat persembahan tuk hari guru. masa tu aku tingkatan 1 tahun 1997.. lame dah.

aku memg lemah bab english nih. entah bila la aku boleh menguasai bahasa yang 1 nih. nak wat ayat simple pon kena bukak kamus. hais teruk nya. bukan tak nak belajar, tapi aura kemalasan dan tidak berkeyakinan tu sangat menebal dalam diri. malu bila sebutan tak betul.

perlukan perubahan. anjakan paradigma.
atau mungkin aku perlukan kelas tambahan tuk mempelajari bahasa perantaraan antarabangsa ini.
hmmmm...

awak..ajar saya ye.. (*,*')
rindu
rindu...

aku rindu dia..

rindu yang tak terluah..

='(
amarah yang marah
"kata-kata lebih tajam dari mata pedang"

makian atau carutan..

apa yang aku perhatikan, bila seseorang dalam keadaan amarah menguasai diri, mereka lebih gemar mengeluarkan kata-kata kesat.
adakah kata-kata begitu dapat menenangkan hati yg dalam amarah itu?
mereka rasa lega, rase puas? mungkin.

tapi aku bukan jenis begitu. bukan tunjuk baik.
tapi aku dididik begitu.
masa kecil ku, bila keluar nya kata-kata kesat (contoh : babi, bodoh) maka akan hinggaplah tangan seseorang di bibir ku.
kerana itu aku x mengeluarkan kate-kate kesat.
aku tak suka.

bila aku marah. aku diam. aku luahkan melalui airmata di saat aku sendirian.
aku seperti seorang yang lemah. tapi itulah cara aku.
aku tak luah melalui kata-kata kesat. kerana kata-kata akan melukakan hati yang lain.
aku tak nak lukakan hati orang, apatah lagi org yang rapat dengan ku.

sebelum aku buat sesuatu, aku akan letak kan diri dalam situasi itu.
anggapanku..ape yang aku rase? begitu juga org lain rasa.
dan aku senang begini.

biar org buat kita, jangan kita buat orang.

Diamku Gunung Berapi
cinta tanpa alasan
Tertarik dengan nota dari fb seseorang. Ingin berkongsi. Mungkin kalian pernah membacanya..

............................
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

........................

Cinta..tak memerlukan sebab untuk dicintai.

Pesanan seseorg..biarkan cinta itu datang datang dengan sendiri, bukan belajar untuk menyintai..

Cinta yang dicari akan pergi, cinta sejati yang kekal abadi..


..aku hilang arah. sesat mencari diri..
tegur aku disaat aku mulai salah.
kesihatan terganggu
pening...panas badan..selsema..batuk..sakit belakang..
dapat pakej penuh..

dapat mc 2 hari.
tak sihat tapi tetap gagahkan diri menanam pokok di bawah terik matahari di Mont Kiara.
ingat x teruk. bertekad kene gi klinik juga. klinik terdekat berada di Tanglin. Drive kereta sendirian dari office.
jumpe doktor. suhu badan agak tinggi 39.6.
doktor kata "kamu saspek denggi".  takut dan risau. imaginasi da macam-macam.
doktor ni betul2 wat mental down.
wat blood test. keputusan ok dan normal. Syukur Alhamdulillah.
doktor pesan supaya banyakkan rehat dan makn ubat ikut time. makn ubat 2 biji 6 kali sehari. banyak nya. huuuu..

suhaida..cepat sembuh ye..xmo akit-akit..

tips~kalau demam, banyakkan minum 100+ dan agak berkesan.
jawapan tergantung di dada langit.
20.11.2010
Tahniah buat Nurizat dan Leftenan Errudin

Baru pulang dari majlis kahwin rakan sekolah. Majlis yang simple tapi menarik. pengantin lalu bawah pedang memang kelihatan sangat istimewa. Terpancar seri pengantin di wajah rakan. Tersenyum.


Di majlis dapat bejumpa rakan-rakan lama. sudah lama x ketemu. terasa agak janggal untuk memulakan perbualan. mereka masih ingat namaku walau hampir 10 tahun tak bersua muka dan berinteraksi.
banyak perubahan. ada yang semakin sihat, ada semakin menawan. ade yang sedang mengandung anak pertama, kedua dan juga ketiga. ada yang membawa anak dan pasangan. Aku? seperti kebiasaan. pergi bersama rakan yang belum berubah status seperti aku. tapi aku tetap gembira dengan kehidupan ku.

Soalan wajib!soalan wajib!!
Bila usia da melewati suku abad ni, memang tak boleh lari dari soklan killers yang satu ni!
Bila kau nak kawen? tak tercabar ke?? 
adehh...xde soklan yang lebih tragis ke? rasa tercabar? x terasa pulak..
ok jawapan ku ringkas je.. Kad lom print lagi, tunggu je la erk..hieeee..
Malas dah nak jawab soklan-soklan berbentuk peribadi.. errr..kau ingat kau artis..
Kepada kawan-kawan, korang jangan risau, bila seru da datang, dan pintu jodoh dah terbuka, pasti segala jadi kenyataan. Tapi persoalan bila dan siapa kita hanya mampu merancang dan hanya Dia yang menentukan.

Dan aku tetap berdoa agar jodohku adalah dengan incik boyfie yang dicintai.
Kalau xde jodoh? oh..aku tak nak pikir pasal tu.
shuhh~shuhh~

“Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu”
.
sahabatku kekasihku..
assalamualaikum buat sahabat...

Tegur aku, di saat aku mulai lupa..
Tegur aku, di saat aku mulai sombong..
Tegur aku, di saat aku mulai berbuat salah..
Kerna..
Aku masih memerlukanmu sebagai “SAHABAT”

Hari minggu yang lalu aku menghabiskan cuti bersama 3 sahabat.. perkenalan hampir 6 tahun..
aku masih ingat detik-detik awal pertemuan dan perkenalan kita.. Tidak terlupa walau sesaat.
mereka ada saat aku jatuh, saat aku dilanda masalah, di saat aku seperti seorang yang kesesatan dalam mencari jalan hidup. Mereka x jemu memberi nasihat kata perangsang. kata-kata mereka bukan la seperti pujangga atau seperti seorang pakar motivasi. tapi nasihat mereka adalah dari lubuk hati.

kami iklas berkawan.aku tahu mereka iklas. bukan berkawan kerana untuk kepentingan diri.
kerana itu, aku sayang mereka. aku sayang mereka seperti ahli keluarga ku, seperti kekasihku.

3 nama yang kekal dihati sebagai sahabat..BAIAH, NINI, dan HUDA..
aku punya ramai teman, kawan dan kenalan. tapi tetap tak sama seperti mereka. rakan-rakan seperjuangan sewaktu sekolah dulu, sudah membawa haluan masing-masing. kebanyakan sudah berkeluarga atau sudah mengecapi kesempurnaan hidup. tapi kami berempat masih mencari sebuah kehidupan yng sempurna.

karektar kami berbeza, tapi serasi. mencari keserasian itu memang sukar. tapi keserasian ada pada kami.

malam minggu, aku, baiah, nini, dan huda bertemu, berbual, bertukar cerita dan masalah, bergelak tawa. sudah terlalu lama kami tidak bicara dari hati ke hati. kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan aku bertemu mereka. tapi bila peluang itu ada, tak ku lepaskan. sedang kami berbaring untuk tidur, kelihatan seorang sahabat gelisah seolah memikir sesuatu masalah yg besar.
aku bangkit dari pembaringan, mula bertanya.. satu persatu diceritakan, huda juga membuka cerita..
aku juga,baiah sekadar mendengar..ya, baiah seorg pendengar yang baik. kadang-kala memberi cadangn yg bernas juga. bicara ini tiada umpatan, tapi sekadar meluah perasaan, cerita tentang masalah yang membelenggu kehidupan. Mencari jalan penyelesaian. kami belajar sesuatu. Masalah jangan disimpan jangan dipendam. Luahkan..luahkan pada yang kamu percayai.

perbualan menjangkau sehingga 5.30 pagi. setelah diluah, semua jadi tenang. aku punya kekasih, tapi aku tetap memerlukan sahabat. kerana sahabat tetap ada di setiap ketika. aku pernah ditinggal cinta, pernah hampir menjadi gila. dan mereka la yang menghulur tangan. orang lain tak tahu penderitaan yang aku tanggung, keluarga juga tidak tahu sepenuhnya. kerana keluarga jauh, sedangkan aku bersendian di bandar ini.

aku sayang kalian. Sungguh aku sayang kalian.

Ya Allah, aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka. Semoga persahabatan ini diredhaimu.

dari kiri~ cik baiah, miz nina, cik huda, cik kaksu

cik baiah~seorang pendengar yang baik, menghiburkan
miz nina ~ happy go lucky, dalam duka tetap mampu ketawa
cik huda ~ sering nasihat yang baik-baik. juga sensitif

~nini..ku masih ingat kamu suapkan bubur masa diri ini sakit/demam masa di kolej dulu..kamu baik~



Lubang gelap
lubang..lubang..lubang...
argghhhh..sekali lagi barangan ku di telan lubang tandas..

dulu mase darjah 3..
jam kesayangan bentuk cinta (love) bling bling terjerumus lam lubang gelap itu..
xdapat diselamatkan,  atas sebab yang sangat menjijikkan.
sedih betol..

tahun lepas..
spek mate hitam ku pulak.. kalo x dikeluarkan mau tersumbat toilet umah tu..
sebaik ade org yang sanggup mennyelamatkan spek itu..
seminggu rendam ngan air pon tak hilang bau nye.. eiyerrrkkk

ni kejadian terbaru..
baru je semalam berlaku.. kunci kete pulak terjatuh lam lubang
ingat nak dibiarkan je.. tapi risau lak kalo kunci yg ada ni hilang..
kunci da terendam 3 jam, baru la aku dapat idea nak amek kunci lam lubang tu..
dengan menggunakan akal dan fikiran yg waras, aku dapat idea..
gunakan batang penyapu dan dawai..dalam betol lubang tu..
hampir 1 jam baru berjaya, agak menguji kesabaran..
dan keadaan kunci pasti tenat.. huhu

ketiga-tiga kes melibatkan tandas cangkung..hoh!

aktiviti bermoral tergendala!

PERINGATAN: pastikan tiada barangan di kocek belakang seluar anda jika tak mahu perkara ini berlaku pada diri anda..

~oh..rupenya mimpi beberapa hari sebelom kejadian adelah satu petanda..~
Kasihnya Ibu
8 November 2010

Selamat Ulangtahun Mak..


Ibuku kaulah pelita
Yang dulu kini selamanya
Kau beriku kasih kau beriku manja
Kasihmu kudambakan

Engkaulah ibu yang kusayangi
Kasihmu mekar harum mewangi
Menghiasi taman hati
Bak lilin membakar diri
Menyinari hidup ini

Sejak dulu ku dibelai dimanja
Bersarat cinta padat di dada
Walaupun penuh sengsara bertemankan air mata
Berkorban jiwa dan raga

Kasihmu ibu tiada duanya
Kasihmu ibu tiada bandingnya
Mendidik kami dengan kesabaran
Kepayahan dan keperitan ditanam di jiwa

Kasihmu ibu tiada nilainya
Tak rela aku melihatmu di dalam keadaan duka
Hapuskanlah air matamu
Kerana ia menyayat hati ini
Terasa bagai tertusuk sembilu
Hanya Allah yang tahu
Pedihnya hati ini

Kasihmu ibu bak mutiara
Pasti berkilau selamanya
Tidak seperti kaca
Jatuh hancur berkecai
Musnahlah segalanya

Kasihmu ibu yang kurindukan
Penawar hati di kala duka
Kupohonkan restumu setitis doa suci
Mengharap kasih Ilahi

Kasihmu ibu kusanjung selalu
Pengorbanan yang kau curahkan
Setulus hatimu
Sehingga kini kasih yang suci
Tetap bersemi di hati ini
Seharum kasturi

Kini setelah dewasa
Masa dan detiknya telah tiba
Untukku membalas segalanya
Buat ibu tercinta
Semoga kau bahagia
=) suke melihat saat mak tersenyum..aku tenang.
andai masa terhenti..
mahu ulang semula..

minggu lepas minggu yg seronok bagiku.. pengalaman baru..
pertama kali jejakkan kaki ke Central Market.. banyak betol unsur kesenian di situ..
aku tertarik.. lebih tertarik tatkala melihat para artis melukis dan melakar di kanvas putih sehingga terhasil satu lukisan yang cantik.. aku terkesima melihat lukisan-lukisan itu..
indah..cukup indah.. gambar pemandangan sebuah kampung, bendang yang terbentang luas..
aku akan dapatkan satu bila aku mampu suatu hari nanti.. aku mahukan dinding rumah ku tergantung satu atau lebih lukisan berunsurkan pemandangan lebih lagi pemndangan sawah bendang yg terbentang.. aku suke..sangat suke..
aku mahu melukis, tapi aku tak dikurniakan jiwa seni seperti itu.. aku hanya mampu mengagumi..

tujuan utama aku ke central market untuk melihat aktiviti Busking di sekitar CM..dah lame aku ingin kan.. tapi rezeki tidak berpihak padaku..laluan itu ditutup kerana aktiviti pengubahsuaian mungkin.. kecewa..
mungkin lain masa ade peluang untuk ku menyaksikan aktiviti itu..

perjalanan diteruskan ke Dataran Merdeka.. berjalan kaki..
oh..rupanya CM tu dekat je dengan dataran..aku baru tahu.. sekian lama aku di kl, baru kini aku tahu..
merehat kan kaki di situ..
di situ terdapat sekumpulan rombongan pelajar sekolah.. terkenang ketika aku mengikuti rombongan sekolah selepas UPSR.. gelagat ku mungkin begitu juge.. teruja.. bergambar bersama kawan dan guru pengiring..
aku tersenyum sendirian.. menerawang..

...abes...
 
hehhehe....bende dah lame berlalu baru ade mase nak tulis.. tapi perjalanan tergantung..
xsempat nak abes kan.. nak main ngan baby aira.. hiii


terima kasih atas pengalaman itu..  terima kasih turuti keinginan ku untuk ke CM..

=)

~ade masa nanti nak gi sensorang la.. nak nengok Busking tu jugak..cube berani kan diri..huuu~
Aku Seorang Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Hasil Nukilan :
Dato' Dr. Usman Awang


Pertama kali mendengar bait-bait puisi ini di baca di bawah kaki Gunung Pulai oleh seorang peserta BTN..
Tertarik pada ayat-ayat yang cukup indah ciptaan Allahyarham Usman Awang yang memberi takrifan tentang siapa itu MELAYU..
Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub Perkara 153-Hak-hak istimewa melayu..
Tapi kenapa sejak akhir-akhir ini, perkara ini sering di persoalkan..
Kini perkara-perkara yang menjadi asas ketuanan Melayu terutamanya agama Islam, Hak-hak istimewa Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu kini kian terancam.
Suara-suara yang menuntut hak-hak mereka agar diberi sama rata semakin jelas kedengaran...
....................

berhenti di sini..
aku khuathir kata-kata ku akan berbaur perkauman.. tapi sedikit pon tidak terlintas..
cuma khuathir..
khuathir di salah erti kan..
sebelom terlanjur kata, lebih baik berhenti disini..
kerna aku tidak arif tentang ini..

aku baru tahu, Perdana Menteri kita membacakan puisi ini ketika Perhimpunan UMNO lepas. Aku baru tahu setelah bebas dari hutan belantara di Johor..

teringat Puisi dari Tun Dr Mahathir Mohamad, Melayu Mudah Lupa..

"Rebah melayu maka rebahlah Islam"

Aku Melayu-dulu kini dan selamanya..

Kian pudar..
peristiwa malam td benar-benar membuka mata aku..

sikap, perangai dan budi bahasa yang kian hilang di bandaraya ini..

sikap yang agak jelek pada pandangan ku..

kerana tiada budi bahasa dari seorang pemimpin keluarga, buatkan tercetusnya api kemarahan yang ade lam diri aku..

aku bukan pemarah..bukan seorang pendendam..

tapi peristiwa malam td benar-benar wat aku marah..

kerana ia melibatkan ibu ku..

ibu pun tak percaya aku jadi berani berkata begitu..

sebab aku sangat marah saat tu..

orang nak buat aku tak pe..tapi jangan sesekali buat ibu aku!

itu memang pantang dari sejak aku kecil..

aku boleh jadi sangat pembenci dan pemarah..

peristiwa malam td melibatkan aku, ibu ku, dan sebuah keluarge yang tidak dikenali (suami, isteri dan seorng anak)

susah sangt ke nak minta maaf dengan perkataan MAAF..

moden sangat kah korang minta maaf dengan seorang warga emas hanya "sori,sori,sori"

pada aku perkataan sorry tu x membawa makna pape pon..

hanya kata maaf yang mampu mengurangkan rase marah aku.. tapi tidak pada kata "SORRY"

kerna aku bukan wanita moden, aku masih ortodoks pada sesuatu perkara..

inikan pula perkataan tu di tuju pada seorang ibu dari kampung..

mujur ibuku paham maksud itu.. tapi agak terkilan..

inilah sikap seorang wanita bergelar isteri dan ibu di bandaraya ini..

si suami pula tanpa di duga mengeluarkan kata-kata agak kasar..

si isteri buat salah, ko pulak nak marah kami..

kau tak layak bergelar pemimpin keluarga..

patut la isteri kau begitu..

tak tahu la cemane perangai anak kau bila si kanak-kanak itu dewasa kelak..

teringat kepala botak dan mata yang mencengkil itu..
~sedih bile mengenang budi bahasa yang kian pupus di sini~

aku tak akan jadi begitu..tak akan..


sesat di Kuala Lumpur..
Sangkar kehidupan
aku sering terperangkap..

bila kita ingin kan sesuatu, kita berusaha untuk mencapai dan menggapainya agar menjadi milik kita..
menggembirakan hati kita.
tapi..bila sesuatu itu bukan yang kita inginkan.. kita akan biarkan ia berlalu mengikut arus..

tolong...
jangan biarkan aku melakukan sesuatu perkara hanya kerana ingin menjaga hati..
sedangkan di hati tak pernah menginginkannya..
aku khuatir..
aku tak mampu melakukan dengan sepenuh hati serta  kerelaan hati..
aku tak mahu melakukan nya atas desakan dan paksaan.
aku kenal diri aku..aku kenal siapa aku..
bila aku tak pernah inginkan..aku pasti itu tetap takkan jadi sesuatu yang akan aku inginkan..

mulut berkata "iya"
sedangkan hati bungkam mengatakan "tidak"

aku tak mahu itu berlaku..
aku tak nak jadi hipokrit..

cukup.. cukupla apa yang telah aku lalui..
melalui jalan yang bukan pilihan hati..


~~arrgghhh..aku tak nak masuk koir la...~
Kekuda..
Tarikh    : 17 Oktober 2010
Tempat  : Felcra Sungai Ara..
Tujuan   : Majlis Persandingan rakan (Farhan & Yati)




Seronok! Teruja!!

First time tengok tarian kuda kepang.

Kuda Kepang-Jawa-Johor... sangat sinonim..

walau saya orang Johor tapi xpernah pon nengok tarian nih..

dan petama kali juga saya saksikan perarakan pengantin tanpa paluan kompang..

tapi di tukar ganti dengan alunan muzik yang mengiringi kuda kepang.

alatan yang mereka gunakan seperti anglung, gendang, dan gong.

bila muzik dimulakan, terasa nak ikut langkah mereka.

disebabkan perasaan teruja tu membuak..

lalu saya gagahi diri tuk menggoole pasal kuda kepang ni.

ni la hasilnya..

mahu berkongsi maklumat

kuda kepang yang tempang

amaran!!
-dilarang pakai baju merah semase menyaksikan aksi kuda kepang !
-dilarang meng acah ahli-ahli kuda kepang!
-sembunyi kan semua jenis kaca!
kerana sebatang rokok
Harga rokok naik??? pe perasaan bagi perokok-perokok tegar ye??
Dengan kenaikan kadar duti eksais, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen. (keratan kosmo)
macam banyak je kenaikan tu.. aku pon tak tau pasal harga rokok di pasaran nih.. tu pon sebab seseorg bagitahu aku mlm aritu..


Aku rasa kebanyakan perempuan zaman sekarang ni mencari lelaki yang tak merokok. Sebab dulu  aku pun mencari lelaki tak merokok jugak.. diulangi...dulu..hehe.. tak pun minta kekasih tu berenti dari merokok.. berjaya gak la.. tapi cuma bertahan 1 hingga  2minggu je.. tu pon sebab terkantoi..kalau tak ,aku pon tak tahu dia mule merokok semule.. tengok!! sebab rokok, lelaki mula x berlaku jujur..

kita suruh benti bukan nya ape..Salah satu sebabnya takut nanti bila kite-kite ni mengandung terganggu pulak perkembangan kandungan  nanti disebabkan asap rokok si suami ni. ada gak kata asap rokok ni busuk. tapi pada aku sendiri, aku rimas bile asap tu menerobos ke rongga hidung aku nih. kan ada fakta mengatakan, 2nd smoker lagi tinggi risiko nya.. Tapi kekadang aku suka bau boyfie tu lepas dia hisap rokok. Ada bau yang unik di situ..hehe (ni bukan bagi galakan merokok ye, harap maklum)


lagi satu..daah selalu sanagt aku dengar kisah si jejaka nak berenti merokok bila umur dah cecah *bla-bla*, x pon dah kahwin nanti nak berhenti, atau cerita si bapa yang berhenti merokok lepas kawin sebab sayang pada isteri dan anak-anak.
Persoalannya..adakah janji-janji manis macam tu akan ditepati?? (lelaki sila la jawab=p)
pada aku..perokok ni xleh pakse tuk berenti..satu hari nanti pasti si jejaka ni akan berhenti dengan keiklasan hati..tapi bila?? hah..tu yang aku tak leh nak jawab..

tapi ni bukan bermakne aku nak buat musuh dengan orang yang merokok ni, ramai je kawan aku yang merokok. lagipun sekarang aku semakin terbuka ngan kisah-kisah si perokok nih. kawan perempuan pon ade gak yg merokok, tapi aku tak pernah nak buruk-burukkan mereka.. mereka selesa begitu. yang penting mereka tak mempengaruhi hidup aku.

pada mereka yang mempunyai kekasih tak merokok tu..TAHNIAH!! bukan senang nak jumpe lelaki yang tak merokok ni.. nisbah terlalu sikit.. mungkin nisbah 1 dalam 1000 atau 2000 atau 3000.. aku tak tahu..
tapi kebanyakan org tak merokok ni, adalah seorang yang skema..haha.. (pendapat nakal aku je..hehe)

kesimpulannya... buat kawan-kawan yang memiliki kekasih perokok tegar.. aku sarankan.. terimalah kekasih kita tu seadanya, terimala si dia termasuk asap dan pelbagai risiko penyakit yang mereka bawak tu.
tak perlu memaksa tuk berenti, tapi pandai-pandai la korang nak tegur kekasih korg tu.. hehe
sekian..

~6 Oktober 1992~
peristiwa paling sedih yang terjadi dalam hidup ku..
x akan dilupa walau sesaat..
puncanya adalah ROKOK..
Ayah....
aku...adalah aku..
Ku rasa
Sedikit tertekan dan kecewa
Dunia...
Bagai memusuhiku

Apa ku mahu
Tak siapa tahu
Dan juga...
Rasa sedikit bosan dan keliru

Mana arah tujuku
Apa ku mahu kadangkala aku
Ku pun tak tahu

Namunku lantang
Terus menentang
Siapa yang menghalang
Tak mungkin lagi ada yang berani
Mematah hati
Kini ku temui Teman sejati
Ku tunggu-tunggu...
Adalah aku...
rupanya aku...

Tiada sesiapa ku benar percaya
Semua punya motif berbeza
Apa diminda, tak siapa bisa jangka
Yang pasti kupagari diriku sendiri
Daripada ulangi
Bukan membenci... tapi hati-hati
Ini realiti....


~tiada sebarang motif tersembunyi~hieee
Lindungi dia..
tak sanggup aku melihat penderitaan wajah suci itu...

yang aku mampu hanya berdoa..

semoga Allah memberi kesihatan dan melindungi mu...sayang..

buat kak mija dan abang.. harap kamu tabah..

..terusik naluri keibuan..
..aku tahu aku tak setabah itu..
kejutan?
sebentar tadi ade kejutan tuk diri ini..

terharu,...
terima kasih atas kejutan tadi..
sesuatu yang tak dijangka atau disangka..
ku sangka hanya perjumpaan biase..
tapi ternyata  ia sesuatu yang sangat manis tuk dikenang..

terima kasih untuk 2 potong kek coklat itu..

kamu memang comel..tahu x??

terima kasih sayang..

dan terima kasih tuk lagu "selamat malam" (*,*)
minggu peperiksaan..
oh esok anak buah sulung ku akan menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah.. singkatan nya UPSR..
harap along dapat jawab ngan tenang.. Anggap je Upsr ni cam ujian bulanan..
jangan main-main.. sebelom gi sekolah, makan telur separuh masak..
untuk ape??
entah, ude pon tak tau.. tp bile makn telur separuh masak tu, rase segar.. x letih..

ok tu tuk anak buah ku..

esok..
aku pon ade exam gak..
exam jabatan..
exam ni bertujuan tuk pengesahan jawatan tetap dalam government..
ni kali kedua aku amik exam nih..
ade 5 paper..
pengenalan kayu, daun, pokok, serta undang-undang dan pengurusan..
aku lulus 1 paper je.. exam daun..
sebenarnya exam ni same je macam mase zaman belajar..
tapi sebab kan dah lame ku tinggalkan buku berkaitan hutan nih..
rase seakan sukar nak menjawab..
harap kali ni ku lulus sebarang 1 atau 2 paper..

ok..doakan saya..

~nak gi kelas pengecaman kayu dan pokok~
Lahirnya seorang aku..
16 SEPTEMBER 2010 =)

Setelah 26 tahun aku berpijak di bumi Allah.. 

Dan menghirup udara segar ciptaan Nya..
Alhamdulillah.. 
Engkau panjangkan lagi umurku 
dan berikan aku kesempatan untuk memperbaiki kekurangan diri.. 
Engkau yang selalu ada di saat aku jatuh..
di saat aku tidak mampu mengharungi hidup..
Engkau sentiasa membuatku jadi kuat.. 
Engkau jua lah  yang memberikan rezeki untukku.. 
Aku Bersyukur padamu..Ya Allah..


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. 
Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk  ilham yang Engkau anugerahkan. 
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...
dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap 
dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besar kasihMu...
Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut 
ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang 
aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.
Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? 
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...
namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.
Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.
Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Allah..
Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Allah... 
Dalam usia meniti senja ini...aku inginkan ketenangan, kekusyukan beribadah, 
segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Allah..
pimpinlah tangan hambaMu ini... 
pimpinlah hati hambaMu ini... 
pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. 
sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, 
tapi kasihanilah aku... 
bimbinglah aku..


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. 
Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini..

Amin Ya Rabbal Alamin.

~Selamat Ulangtahun Untuk Diriku..Suhaida~




pulanglah...
aku nak balik kampung weh....
jiwe da xde kat opis dah nih...
sume orang dah pulang ke kampung halaman...
dah ler kene drive sorang-sorang...
sadis betul la..
sob~sob~(Q,Q)

bonda~~maaf anakda lewat pulang ke kampung..
maaf xsempat nak jahit langsir rumah..
maaf xdapat bantu ngemas umah..
maaf xdapat nak ngecat umah..
tapi anakda tetap bawa kuih tuk bonda..
huhu
kuih raye..
kuih tunjuk?
banyak pilihan..berwarna-warni.. ade mahal..ade murah..
ada sedap, ada rasa cam entahapehape..
malam raya pasti ade lelong..
tapi itu bukan pilihan ku..

aku tetap dengan cara ku.. kuih buatan sendiri..
kalau ade terbeli kuih tunjuk pon, sebab atas dasar jage hati kawan-kawan kan..
kawan-kawan yg jual.. kang x beli, kicik hati..
tapi kuih tunjuk yang perisa coklat je akan dibeli..

soalan yg sering kali ditanye..

nape rajin sangat buat kuih sendiri.. kuih tunjuk kan lagi senang, banyak pilihan..

soklan yang paling aku suke nak jawab..
ya..memang aku suka buat kuih sendiri..aku tak suke kuih tunjuk..
sebabnya..
  • aku dapat feel raye bile aroma kuih dari oven menusuk ke rongga hidung..syahdu~
  • rase sangat puas bila kuih yang aku buat tu menjadi..
  • dan  tak kisah kalo kuih yang aku buat tak menarik dan x sesedap kuih tunjuk yang  berlambak di pasaran..
  • aku suke bile anak-anak buah duduk sekeliling aku sambil tunggu kuih-kuih siap diproses. (walaupon diorang selalu amek tepung uli wat cam tanah liat..huhu.. tapi takpe, makde x marah pon..=)
  • dan pastinya akan berkongsi rase dengan org yang aku sayang.
tapi tahun ni, aku beroperasi sorang-sorang je.. sadis..
eh tak..ada gak dapat beroperasi sejenis kuih ngan kawan-kawan..
terima kasih arnina dan  baiah..

oh..xsabarnya nak berkebaya merah di pagi raya..=)

salam aidilfitri..
~layan lagu seloka hari raya~
merdeka kah kita??
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53..
1 Malaysia Menjana Tranformasi..

erti merdeka...

zaman jahiliah aku.. (sekolah menengah)
saban tahun aku nyambut merdeka.. care sambutan?? malam merdeka, aku akan beramai-ramai ke dataran bandaraya johor bahru.. melihat reaksi anak-anak mude seangkatan aku..
niat utama.. nak nengok bunga api.. nengok artis.. laungkan kata-kata keramat.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!
tapi waktu itu aku tak mengerti sepenuhnya erti kemerdekaan yang sebenar..
bile ditanya sambutan kemerdekaan untuk tahun ke berapa.. mungkin aku tahu..
tema kemerdekaan?? biasenye aku tak amik tahu..
sape dan berapa ramai artis yag buat persembahan malam tu..Yesss!! ini aku tahu.. huhuuhu..
ini ke erti kemerdekaan bagi seorang Remaja bagi diri aku..
sia-sia.. baik duk kat Bangladesh jek..


semakin aku dewasa.. berlaku sedikit anjakan paradigma..
ye.. itu penting untuk semua orang.. kita x boleh berada di takuk lama..

setelah usia ku melewati suku abad..
aku semakin paham apa itu kemerdekaan..
merdeka pada diri sendiri..merdeka pada negara..
tapi belum paham sepenuhnya pon.. masih mahu mendalami erti sebenar.
mungkin sebab aku tidak dilahirkan waktu dan ketika mencapai kemerdekaan.
dahulu..Semangat yang diperjuangkan oleh semua bangsa dan agama (mungkin moyang kite ).
Semangat untuk merdeka.
Berusaha mencapai apa yang diimpikan walaupun pada ketika itu MERDEKA ibarat sesuatu
yang mustahil tetapi mereka tetap bekerja ke arahnya.
Akhirnya, kini kita merdeka daripada penjajah.

syukur..
aku bersyukur dilahirkan di Malaysia.. syukur menjadi anak merdeka..
Semangat yang dekat dan sebati dengan tanah airku.
aku mahu merdeka dari penjajahan.. minda bebas dari hasutan.. bebas dari anasir luar..
Minda yang dikatakan merdeka adalah minda yang bersih dari segala jajahan penyaluran informasi
baik dari segi ikutan, budaya dan sosial.
aku bukan mahukan kebebasan tanpa sempadan..

Aku anak Malaysia.. aku akan memperkukuhkan tonggak jati diri supaya erti kemerdekaan
sebenar dapat dihayati dan maruah negara Malaysia dapat dipelihara.
Semangat yang perlu aku garap dalam menempuh kehidupan masa hadapan

aku benci orang indon!! nape mereka memperlekehkan bendera kita!! indon tahi lembu!!!
dan aku tak pernah suke band indon!! harap maklum!!

biar la aku layan rock jiwang atau rock cintan.. itu la jiwa aku!!


~cam berat je entry kali ni.. layan je la..semangat merdeka kan..~=)
bicara seorang bayi
ibu, kenapa ibu tinggalkan adik sorang-sorang..



adik sejuk, ibu. sejuk sangat. badan adik sakit. nyamuk dengan semut semua nak gigit adik. diorang ingat adik makanan diorang. adik taktau nak cakap macam mana yang adik sakit sangat.


ibu,kenapa ibu letak adik kat sini ibu? gelapnya tempat ni. busuk. tadi ada binatang bulu-bulu datang cium-cium adik. adik hampir kena gigit. ibu,mana ibu pergi? lamanya ibu tinggalkan adik sorang-sorang. adik sejuk ni ibu.


badan adik dah lemah,ibu. badan adik dah biru. mana baju adik yang cantik-cantik dan comel-comel ibu? kenapa ibu balut adik dengan kain batik je? ada kesan darah adik lagi ni, busuk la ibu. adik tak tahan bau darah ni.


ibu, adik lapar. belum masuk apa-apa lagi dalam mulut adik ni, ibu. ibu, adik dahaga sangat-sangat. adik dah penat menjerit panggil ibu, tapi ibu tak datang pun. ibu pergi mana ni? lamanya. perut adik dah pedih. adik nak rasa susu ibu. mesti sedap, kan?


ibu, dulu kan sebelum adik kena keluar untuk hidup dengan ibu, adik takut sangat! adik takut kalau ibu jahat. rupanya ibu baik sangat! ibu jaga adik seama adik dalam perut ibu. adik sayang sangat dengan ibu! tapi kan, kenapa ibu tinggalkan adik kat sini? adik nak ibu..


dulu kan,pemilik jiwa adik cakap pada adik, yang permaisuri akan jaga adik kat dunia. permaisuri adik cantik sangat! ibu-lah tu permaisuri adik. ibu cantik tau! adik comel tak ibu? pemilik jiwa adik cakap,nanti ibu akan jaga adik macam nyawa sendiri. dia cakap jugak yang adik akan pakai pakaian yang cantik-cantik, bau wangi-wangi, perut pun kenyang je.


tapi bila adik tengok keadaan sekarang ni, tak sama pun macam tu.

adik sedih.

kawan adik pun ada sorang tu, ibu dia tinggalkan dia kat longkang je. kesian dia, ibu.


eh,ibu. nanti bila ibu datang nak ambil adik kat sini, jangan lupa bawa ayah sekali ye. adik teringin nak tengok ayah. adik sayang ayah jugak tau!


ok lah ibu, adik tak larat nak cakap banyak-banyak ni. nafas adik taknak keluar dah. pemilik jiwa adik jemput adik pulang ke syurga. adik nak bersihkan diri dulu sebelum jumpa ibu. :)


ibu, nanti kita jumpa kat sana ye. adik rindu ibu. adik rindu ayah. adik doakan ibu sentiasa bahagia dengan hidup ibu.


ibu jangan lupa ambil adik ya! bawa ayah sekali.

sayang ibu! sayang ayah!

adik balik dulu..



~sila letakkan diri anda di tempat bayi terbuang. kasihan mereka.~


marahnya seorang juwita
3.00pm
aku dan asam pedas
salam..
aku kini berada di kampung halaman, johor bahru..
saat-saat yang aku impikan dan nantikan untuk berpuasa bersama keluarga..
yess!aku happy sangat..
dapat bersahur, berbuke, memasak same-same mak..
yang paling aku happy,
mak kesayangan masakkan lauk kegemaranku-asam pedas..
rasa sangat lama x makan masakan itu.
dan dah lama aku tak makan sebanyak hari ni..
3 kali tambah nasi..
aku hanya makan nasi berlaukan asam pedas+tempe+kicap(wajib ade)..
lauk lain x bersentuh pon..
anak buah aku tegur-"ude ni macam dah lama x jumpe makanan"
hehhehe...maklumlah kat kl xjumpe masakan mak..
kalau ade asam pedas pon, lom tentu kene ngan selere..
hanya asam pedas masakan mak yang mampu membuka selera aku..
aku pon tak sangka leh makan banyak camtu..
ni kalau abang aku tau nih, mesti dia jeles..
haha..padan muke duk la jauh-jauh kat taiping tu..
ngadap la penjenayah-penjenayah di sinun..=p


buat mak~
terima kasih mak..

mau lepaking di danga bay bersama rakan.. da~~
10.19p.m
tidak seorangan
hari ni..hari pertama berpuasa..
dan tahun ini juga aku puase sendirian.. sedihnya..
mak, keluarga jauh di johor. aku sebatang kara di bandar batu ini..
nak jumpe kawan-kawan kat upm, tak berbaloi pulak balik hari..
bila sensorang nih, nak berbuka pon tak semangat..
ngadap makanan sorang-sorang?? hmmmm...

tapi, aku tahu..walaupun aku sendirian..
tetap ada orang di sekeliling yang sayang dan amek berat tentang aku..
kawan aku..shafina ajak aku berbuke hari pertama bersama keluarganya..
oh..aku terharu..
terima kasih fina..
kerana beri peluang tuk aku menumpang kasih..

"masih ada yang sayang"
Salam Ramadhan
kian jauh tirai syaaban,
kian dekat lambaian ramadhan,
luhur iman ikhlas amalan,
luhur ibadat diberkati tuhan.
SELAMAT BERPUASA & MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK....
Limitasi
hurmmmmmm... satu keluhan berat dilepaskan...

apa sebenarnya yang berlegar dalam benak aku ni...
keluhan ini disebbkan report yang nak kene submit arini ke
atau..
keluhan atas sesuatu yang aku sendiri tak pasti..

tensennye arini..
jarang sekali aku rase tension..biase nya aku happy je ngan kehidupan yang aku lalui..

ni yang rase nak layan movie sorang-sorang nih..
tapi aku tak suke jalan sorang2..hmmmm..mengeluh lagi..

penat badan aku leh tahan..tapi kalau penat otak..memang wat aku flat..

~sedang bekerja keras siapkan report..~huuu
12.46 p.m
kereta kecil warna merah...jambu
myvi tuk para gadis???
dalam seminggu ni aku asyik terdengar perbualan dari mulut mulut para gadis dan wanita tentang kewujudan myvi pinky.. mereka kata cantik... betul ke cantik?? aku tak pasti sebab aku tak nengok lagi.. tapi dalam mase yang same aku pon mengooglekan diri mngunakan capaian internet yang agak lembab cam siput sedut nih..

ayat pertama yang keluar dari mulut ku... "cantiknye...asal la aku xjumpe before boyfie aku nih muncul kan diri.." hehe

nape aku kate cantik???
sebab aku suke pink.. (padahal mase sekolah aku la org paling anti ngan budak yang gile pink..tp bejangkit kat aku lak.. badi gak nye..)

berbalik pada tajuk entry..
dipahamkan kerete myvi limited edition ni didatangkan dengan tiga kaler yang berbeza, Ivory White, Ebony Black dan Dazzling Red (cam kaler pink seperti gambar yang tertera di bawah). Kesemua tranmisi model Myvi LE nih jenis 1.3 auto dan harga model Myvi LE nih mula dengan harge RM48,600.
bagi mereka yang tak pernah nengok kaler kete tu cane...kat cini aku upload tuk tontonan umum..


hehe..kiut x kaler die??

ni dalaman kereta tersebut...ranggi..


Kepada yang berminat, sila singgah di showroom perodua yang berhampian di tempat anda..


monolog merepek dari aku..
nasib baik kete ni lambat dilancarkan.. kalo aku beli kete nih..kompom ade orang takkan naek kete ala-ala ladies nih.. suwittt sangat kan..
dan agak tak sesuai lak tuk aku yang berjiwe kental nih..=P

tak nak pikir!  yang penting aku tetap sayang kat boyfie ku yang sentiase menemani kemane saje ku pergi.. biarpon boyfie ku hitam, aku tidak peduli!! 

biarkan mereka berbicara..
disaat kebosanan melampau
penantian satu penyiksaan...
ye ker penyiksaan..?? tapi bile penantian itu sesuatu yang berbaloi, pasti menyeronokkan..
penantian yang tak ade hasil?? xpe..  pasti ade hikmah disebaliknye..
(sedang menanam sifat positif dalam diri..hehe..)
penantian itu tidak terasa bila ade sesuatu yang dapat mengisi kekosongan di ketika itu.

dan saat ini aku menjadi penanti yang setia.. menanti dengan penuh kesabaran...
disaat ini lah aku memerlukan "sesuatu" itu agar hilang kebosanan yang membelenggu jiwa..


aku dah jumpe  sesuatu itu untuk saat ini..


hah! inilah dia!

inilah si kuning yang menemani aku sepanjang saat itu..
cool x si kuning nih??? hehehe

nasib baik malam semalam sempat culik si kuning ni..
buat tuan si kuning~sorry n thanks ye... cayang kamu!hehe
dah puas nanti baru  pulangkan pada yang empunya diri ye..

psst~kete ni asek excident ngan barang-barang kat lantai la.. hiieeee~ nnti hantar  servis erk..


-21.35 malam-
kerdilnya aku~
firstime melihat pokok besar... terase diri ini sangat cumel..haha!

lokasi      :    Hutan Lipur Sungai Bantang, Segamat
                                           spesies     :    Mersawa Durian (Anisoptera)
si demam yang tak jadi singgah..
semalam badan aku rase tak sedap sangat.
otak terasa berat, badan letih, minda penat, mate pedih, tulang tulang rase lemah..
simptom simptom nak demam tu da serang tubuh mongil aku..
oh..aku perlukan rehat..ye rehat!!
aku kene tido tuk kembalikan tenaga yang aku dah gunekan selame 3 minggu..

susah betul aku nak lelapkan mate malam tadi..
mate terkebil-kebil mengadap syiling yang kosong.. sekosong jiwe aku..
eh jiwe aku x kosong.. dah ade isi... :)hehe
dan..akhirnye aku terlelap jua...tapi aku pon tak tau pukul berapa aku da ade dalam dunia yang hanya
roh aku je yang tahu..
 tiada mimpi indah..tiada mimpi ngeri..
yang aku pasti, aku bangun pukul 14.00p.m.. hahhaha

tak kedengaran pulak bebelan seorang ibu tuk anak dara kesayangan dia yang bangun lambat..
pelik pulak aku..biase kalau aku bangun kul 8 atau 9 pagi pon mak dah bising..
mak memahami anak dara die ni penat kot..ehhehe..sayang mak!
bile aku bangun pagi petang tu..aku dapati badan aku segar...sihat...
yesss!!! aku tak demam...
aku cume perlukan tido lebih 12 jam..hehhehe..
aku tak perlukan ubat tido atau pil khayal..
tapi aku leh tido cam orang makan panadol 10 bijik.. rasa cam hebat lak!!

alhamdulillah..
aku memang jarang diserang demam... tapi sekali aku demam, seminggu badan aku tak leh pakai..
terbaring je.. nak gi tandas pon tak larat, kene ade yang papah..
aku masih ingat 4 kali aku demam teruk..semua lepas aku aku kerah otak..
yang 1st mase abes UPSR.. hari terakhir upsr-paper matematik (hari khamis)..
abes je exam, aku terus demam panas.. nak kayuh basikal pon tak larat..
terpaksa tumpang basikal kawan..basikal aku, orang lain yang bawakkan.. (tak ingat siape)
seminggu aku terbaring depan tv.. demam-demam pon nak ada hiburan jugak..
tak kan aku nak terperuk lam bilik je kan..hehe
orang yang bertanggungjawab jaga aku-tentulah mak yang aku sayangi..
terima kasih mak saya!

kali kedua aku demam, lepas PMR .. dan kali terakhir di UPM tahun 2006 rasenye..
sekarang dah 2010, dah lame la.. 4 tahun antibodi aku ni bekerja keras..
antibodi yang aku dapat dari susuan ibu selame 2 tahun..
adik beradik yang lain menyusu sampai 4-6 tahun..tapi aku je tak.
tapi nak wat cane, mak aku cakap aku yang tolak bile dihulur.. susu lembu pon aku tak mau..
umur 2 tahun pon dah pandai demand dan memilih tau.. patut la sekarang pon aku tak minum susu lembu..

kecik-kecik lagi aku dah rase kasihan kat mak.. kalo menyusu lebih 2 tahun tu kan da kire hisap darah mak..
bukan hisap susu.. kan? entah la..aku pon tak pasti la pasal ni.. takut salah fakta lak..
oklah..masa untuk melayan kerenah anak-anak ku..daaaa...


psst:-sekarang aku dah pandai minum susu HL Marigold bersama kokocrunch tau.. sedapppp...
 
Aku Yang Masih..
Aku yang masih di perjalanan..
Aku yang masih di dalam kegelapan..
Aku yang masih di perjalanan..
Aku yang masih di dalam kegelapan..

Ketawa dan cerca ku jadikan pelita
Untuk ku melangkah
Dan terus mara

Pahit dan maung ku jadikan gula
Untuk ku rasakan kemanisan
Di hari muka...

~nuradee~ 

kata-kata seseorang buat aku tersentak... terjaga dari lena walau tanpa ku tutup mata..
aku terlalu hanyut dengan kehidupan tanpa berpikir tentang arah tujuan hidup ini..
aku semakin jauh dari diri aku yang dulu.. jauh~jauh~dan terus menjauh~
aku perlukan seseorang yang mampu menyokong aku saat jatuh bangun aku..
yang tak pernah jemu membetulkan kesilapan aku.. dengan cara teguran, kritikan tapi bukan penghinaan.. 
kerana aku hanyalah manusia biasa yang sering lalai..

~ Maaf.. aku tak sempurna~





waka~waka~eh...salam dari ku..
yeaahhhhhh.....
akhirnye aku dah ade blog sendiri.. dapat la aku capai impian nak jadi blogger picisan cam seseorang tu..
sebulan nye planning nih..nak pilih name blog pon susah..
seb baik ade ahlong yang sudi memberi bantuan.. terime kasih along..

tapi aku ade masalah besar nih.. errrrr
aku ni fail tul bab penulisan penulisan nih.. ahh...xpe..akan ku gagah kan otak dan minda ku untuk selalu bepikir.. minda aku semakin lemau.. berkulat.. kulat yang dah tak mampu tuk dibuang.. walau pon gune DAIA~lupekan yang lain..

tu la.. orang berblog, aku pon nak berblog gak.. ni la padahnye.. xpasal pasal cari masalah nak memerah otak wat karangan..
ehh..rasenye nak xyah perah otak kot.. blog kan tempat aku nak luahkan ape yang aku rase.. ape yang aku pikir.. luahan dari lubuk hati kan.. eceh konon.

ok la..aku nak wat kerje.. semalam bos aku dah sound aku..
ape SASARAN KERJA TAHUNAN aku.. tp mmg sumpah aku tak tau ape..
ha ko..xpasal je dapat ceramah percume.. tadah lubang telinga je la..
maaf bos... mulai arini saye akan rajin berblog.. eh.. bukan..
saye akan rajin bekerje..

eh lupe nak bagitau..
semalam kan...kete persona da sampai umah kat jb.. yeah...
tapi aku tinggalkan kat johor dulu.. bagi la mak aku jenjalan gune  kete baru tu..memang itu yang die harap,
aku ade kereta sendiri.. so kete pinjaman aku tu, aku harus pulangkan pada empunye, iaitu ADEK aku sendiri.. Terima kasih IJot bagi kakak mu pakai kete tu sampai 3 taun..hehe jasamu ku kenang..

pada kawan kawan dan bloggers yang ade.. tunjuk ajar ku sifu~ ngeee


mulakan hobi baru~
..rimba cintaku..