Menggamit Memori- DIA
18 Oktober 2013, Jumaat

Sepanjang perjalanan aku ke pejabat hari ini, diserikan denganlagu-lagu Fauziah Latiff. Aku bukan pendengar HotFM, tapi hari ini aku benar-benar tertarik untuk mendengar siaran radio ini. setiap pagi, hari aku dihiasi dengan lagu-lagu yang berkumandang dari SinarFM sahaja.

Pengacara HotFM ini berjaya menarik minat aku untuk teru ssetia mendengar sehingga jam 9.00 pagi, mendengar alunan gemersik suara Fauziah Latiff. Terima kasih HotFM kerana memberi halwa telinga ku denagn lagu-lagu yang menggamit memori silam. aku membesar dengan lagu-lagunya.

Fauziah Latiff. karektar yang lembut namun punya jiwa yang besar. aku mengagumi beliau. 

Kebayakkan lagu beliau mengisahkan jiwa yang patah. kekecewaan. penderitaan hati. dalam hidup aku sering kali aku kaitkan dengan sesebuah lagu apetah lagi saat aku dirundung sedih akibat cinta.

DIA. lirik lagu dan melodi yang menggamit memori Cinta Pertama aku yang kecundang ditengah jalan. Setelah 6 tahun menjalin cinta, kasih dan sayang. Cinta yang terpisah kerana tidak direstui. bukan kerana kesilapan aku atau dirinya. bukan kerana pengkhianatan atau kecurangan. bukan rela namun terpaksa. aku setia sebagaimana dia setia. aku sayang dia sebagaimana dia menyanyangi aku. Cinta pertama, yang pada aku cukup sempurna. tiada saling menyalahkan bila perpisahan itu benar-benar terjadi. aku pasrah. dia pasrah. Kami terpisah saat hati masih kuat menyanyangi antara satu sama lain. Takdir Tuhan kami tidak mampu melawan. akhirnya dua hati perlu mencari bahagia sendiri. kau disana, aku disini. Sesekali kami saling memandang, dan berdoa agar kami bahagia dengan jalan yang telah ditentukan.

Dan janji kami, bila saja aku diijabkabulkan, kami tidak boleh berhubung walau apa cara sekalipun. Tiada ambil berat, tiada khabar berita, dan apa-apa saja yang menghubungkan kami. cukup sekadar doa. itulah dia. seorang yang matang dan sabar. percaya atau tidak, tidak pernah sekali pun aku mendengar dia meninggikan suara pada aku atau pada yang lain. tidak pernah aku melihat wajahnya ynag diseluputi dengan amarah. aku anggap dia tak tahu marah mungkin. dan sebegitu juga dia memandang aku, seolah tidak kenal apa itu kemarahan. yang aku kenal hanya Bahagia.

buat Dia, terima kasih kerana hadir di hari bersejarah ku.. Detik terakhir aku melihat dia. 
...................................................................................................................................................

Lagu kisah kita... DIA

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya
p/s: lagu untuk aku dari dia :- Kau Dipaksa Aku Terpaksa-Scan
pilihan
Kawan : Sue, kalau aku jadi dia(kini suami) pun, aku akan pilih kau sebagai Isteri..
Aku : Kenapa aku?
Kawan : Aku kenal kau dah lama Sue. Aku kenal sangat kau ni macamana..
Aku : aku bukan baik pun..
Kawan : Takda orang yang sempurna Sue. cukup la aku kata aku kenal kau.
Aku : :) terima kasih kawan kerana merasakan begitu.
Tetamu Allah
Menyahut Panggilan-Mu

Alhamdulillah. besar sungguh Rahmat Allah. selepas melalui fasa kesakitan dan kekecewaan, Allah hadiahkan pula sebuah kemanisan. kemanisan yang tidak pernah aku bayangkan. Menjadi Tetamu bersama insan-insan yang aku sayang.

Mekkah Al-Mukarramah dan Madinah  Al-Munawwarah
Subhanallah. Tenang. Tenang selama beberapa hari aku berada di sini. ketenangan yang aku tidak temui sepanjang hayat aku. Penyerahan seluruh jiwa raga ku. Dingin dan tenang. Bagaikan jatuh cinta dan ingin berada di sini selamanya. Pemandanagn yang cukup indah, terasa kecil dan kerdilnya diri ini.

Sememangnya kita tidak tahu apa yang akan terjadi dan bakal terjadi dalam perjalanan hidup kita, dan aku  juga tidak permah menyangka buat pertamanya kalinya aku di jemput Allah sebagai tetamunya

Aku bukan lah dari golongan yang senang. bukan juga hidup dipenuhi kemewahan. hidup aku sederhana saja. hidup aku penuh liku dari kecil hingga kini. tapi itu bukan halangan untuk aku meneruskan kehidupan ini. Niat untuk membawa emak mengerjakan umrah didengari dan dimakbulkan Allah. dengan berbekalkan sedikit sumber kewangan yang aku  miliki selepas 3 tahun berkhidmat dan adik beradik ku turut menghulur untuk seorang insan tersayang, aku berniat untuk membawa orang yang aku sayang bersama. Mak orang paling gembira. alhamdulillah. dan ini juga hadiah buat diri aku dan proses penyucian diri yang terlalu bnyak dosa mengelilingi aku. Jalan nya dibuka dan dipermudahkan.

Takut. aku sedar banyak nya kekhilafan yang aku lakukan, bnyknya dosa yang mugkin tak tertanggung oleh diri aku sendiri. aku bukan insan mulia, bukan insan yang tidak pernah melakukan dosa. aku cuma hambanya yang hina.. aku takut tapi aku tetap mahu ke sana. ke Tanah Suci. Sudikah Allah menerima insan ynag kotor dan hina ini? persoaan yng sering melanda diri aku.

"Allah Maha Pengampun. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Penyanyang"

"Kita insan terpilih. kita di sini  bukan kerana kita kaya, bukan kerana kita banyak duit. tapi kita insan terpilih. Allah buka hati dan buka jalan hingga kita berada di sini. Bersyukurlah"

Terima Kasih Allah. Segalanya adalah perancangan Allah jua dan aku sendiri tidak pernah menyangka menjadi tetamunya dalam masa terdekat ini berdasar kemampuan ku, namun Allah itu lebih mengetahui dan Maha berkuasa atas segala setiap sesuatu. Dan perancangan Allah mengatasi perancangan kita. sesungguhnya dia yang maha menguasai seluruh alam semesta ini.
..................................

Madinah  Al-Munawwarah

4 Hari berada di Madinah. Terasa terlalu cepat waktu berlalu. Hari-hari di penuhi dengan beribadat di Masjid Nabawi, bermuhasabah diri dan juga ziarah. Keindahan binaan Masjid Nabawi membuatkan aku terpesona. bagaikan berada di Syurga. Indah dan Tenang.  

“Shalat di masjidku ini lebih baik daripada 1000 shalat di tempat lain, kecuali di Masjid Al-Haram.” (HR. Muslim)
 
“Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga, dan mimbarku terletak di atas kolamku (di syurga).”

Rhaudatul Jannah. Taman syurga. Aku tidak melepaskn peluang untuk datang ke taman syurga ini. waktu untuk wanita sangat terhad tambahan pula bilangan yang ramai, agak bersesak untuk meamsuki nya. melihat keadaan yang agak menekan dan bersesak, aku melindungi ibuku. aku memeluk ibu dan membawa masuk ke dalam, saat ibu sedang bersolat aku menjaga dari sesakan. mengalir air mata aku melihat keadaan sebegitu. tangisan nya dalam. tak pernah aku alami keadaan seperti ini. tak kira tua atau muda, mereka saling bertolakan.

"Ya Allah, Lindungi kami, Ya Allah"

Keesokan hari, Sekali lagi aku memasuki taman Syurga. Kali ini aku sendirian. keadaan masih sama seperti kelmarin. di dalam nya aku hanya bermohon pada Allah, permudahkan segalanya. di tengah2 orang ramai, aku berniat untuk solat. tiada ruang untuk aku ruku' dan sujud. namun kuasa Allah, ruang itu dibuka, dan aku di jaga oleh wanita Arab sepanjang aku bersolat sepertimana aku melindungi ibu kelmarin. Subhanallah. 

kata mak " Itu pemberian Allah. Allah bagi segera di Tanah Haram ini. Ini Anak Solehah Mak" - aku sebak.

...............................

Makkah Ar Mukarramah
 
Ya Allah aku manusia fakir dan tidak  berilmu, Banyak dosa dosa ku ya allah.
Ya allah aku takut ya Allah bantulah aku ya Allah..
Aku ingin menunaikan ibadat umrah semata-mata kerana-mu Ya Allah

Ya Allah aku ingin menunaikan ibadat umrah Bersama ibuku.suamiku,
Ampunilah dosa-dosa kami, kurniakan kami segala yang telah kau
kurniakan kepada hamba-hambamu yang soleh..
Berikanlah perasaan kasih sayang antara kami..
Permudahkanlah perjalanan ibadah Umrah kami Ya Allah..
Kurniakan kami Umrah yang maqbul Ya Allah..
 
Ya Allah dari kejauhan kelihatan cahaya menerangi Masjidil Haram. Terlalu hiba rasa hati tanpa sepatah kata. Tiada kata yang dapat aku gambarkan persaan ku saat ini. hanya tangisan dan penyerahan diri..
Ya Allah hambamu yang hina ini datang menyahut panggilanmu ya Allah....terimalah kami ya Allah sebagai tetamumu...jadikanlah kami tetamumu yang istimewa ya Allah.. (saat menulis air mata mengiringi.. bagaikan aku masih berada di hadapan Kaabah)

Setiap hari aku ingin memandangmu, Qiblat-Ku. merasakan aku begitu dekat pada-mu Ya, Allah. Harum Kaabah-Mu masih tersemat di sanubari. Syukur Alhamdulillah.

"Ya Allah Ya tuhanku, Janganlah jadikan Tawaf dan Ziarah hambamu ini sebagai kali terakhir di Baitullah. Jika sekiranya ditakdirkan ini yang terakhir makan hambamu mohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan  Rahmat Mu Wahai Tuhan Yang Maha Rahmat."

Kembara Suci ini benar-benar mengubah semapdan Iman.

Hamba Hina mencari Cinta Ilahi,
Suhaida 
Prolog: Tetamu Allah
Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah kerana menjemput kami ke Rumah-Mu dan Rumah Rasul-Mu. Besarnya Rahmat-Mu Ya Allah. Tidak terungkap dengan kata-kata saat pertama kali aku memandang Kaabah -Mu. hanya doa dan linangan air mata yang mengiringi langkah ku..

.........................................
PROLOG

16 Jun 2012
Tarikh ini adalah hari pertemuan 2 manusia yang akhirnya berupaya menghancurkan sekeping hati yang tulus menyintai. Kenyataan yang amat menyakitkan apabila aku harus melepaskan si dia pergi ke perempuan lain yang aku label sebagai "Orang ketiga/Perampas". tapi aku sedar semua ini sudah tertulis. Inilah takdir dalam perjalanna hidup yang aku lalui. namun, perhubungan itu (mereka) hanya seketika. 6 bulan sahaja. singkat masanya Allah uji perhubungan kami. aku percaya setiap yang berlaku punya hikmah yang tersembunyi. cuma sedar atau tidak akan hikmah nya, dan sedikit sebanyak aku nampak apa yang Allah tunjukkan padaku. dan mungkin juga satu peringatan pada diri akan dosa-dosa yang aku lakukan selama ini.
Aku yakin Allah bersama mereka yang benar dan bersabar. dan yang penting aku tidak lari dari teman dan kenyataan. Aku masih di sini. Ternyata Jodoh itu milik Kami.. Syukur. Tidak perlu aku berlari dan mengejar kerana ia datang kembali dengan izin Allah.

"Seandainya Alfiesyahril Anewar tercipta untukmu, Dia pasti akan kembali,. Janji Allah itu pasti"
:)

16 Jun 2013
Jasad da jiwa ku di sini buat pertama kali, Madinah Al-Mukarramah. Selepas setahun perkara hitam itu terjadi dan setelah semuanya kembali tenang dan semua redha dengan ketentuan Tuhan, aku dan suami telah dipanggil Ilahi agar hadir ke Rumah-Nya dengan seribu Rahmat. Aku hadir dengan harapan agar gugurlah segala dosa ku dan dosa suamiku agar kami menjadi seseorang yang baru dalam mengharungi liku-liku kehidupan. ada sebab mengapa semua ini terjadi. Cantiknya percaturan Dia, hingga tak terjangkau dek pemikiran insan biasa seperti aku. Dalam tempoh setahun pelbagai perkara yang tak diduga berlaku ke atas diri aku. Sayangnya Allah pada aku, tp aku sering lalai dgn keasyikan duniawi. Pintu taubat masih terbuka dan masih belum terlambat untuk aku memperbaiki diri. Terima Kasih, Allah. Terima kasih atas Rahmat-Mu yang besar ini..

p/s: Detik hitam yang takkan aku lupa, namun aku takkan biarkan ia terus meracuni kehidupan aku. Semoga aku menjadi insan pemaaf.

Hamba-Mu yang hina,
Suhaida binti Rohani
25 Mei 2013
"Aku terima nikah Suhaida Binti Mohamed dengan Mas kahwinnya RM22.50 tunai"
"SAH"


Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz aku telah  menjadi isteri yang sah buat Alfiesyahril Anewar bin Ahmad. Aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada-Mu Ya-Rabb. Semoga ikatan suci ini dapat membawa kami ke Syurga-Mu.

Aku selaku hamba hina hanya mampu bermohon pada-Mu agar Redhai perkahwinan ini, dalam usaha kami membentuk sebuah keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah. Tenang. Bagaikan tiupan angin menghembus ke wajah, setenang itu yang aku rasakan saat si dia melafaz ijab.

Sujud syukur.

Buat pertama kalinya solat ku di imam kan seseorang bergelar suami.. Ya, Allah tak mampu aku ucapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku saat itu. Impian aku selama ini dimakbulkan Ilahi. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Air mata kesyukuran membasahi wajah..

Ya Allah, aku bermohon pada-Mu, lindungilah bahtera ini dalam menuju ke syurga-Mu. Kurnia kanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah, dan lapangkanlah hati kami.

Aku yakini pada-Mu, ini yang terbaik untuk ku dan zuriatku di dunia dan di akhirat.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (pasangan) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram (sakinah) kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih (mawadah) dan sayang (rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum : 21).

Cinta ini milik kita.
~Cinta SuFie~
Ringkas
"Masih Aku Terasa" -Gersang

Pesanan ringkas yang diterima cukup menyatakan segalanya.

Terima kasih Abg. Doakan kebahagiaan Manje.

p/s: Majlis manje nanti datang ye? bawa keluarga Abg. :)
Istikharah Cinta
Jodoh itu Rahsia Allah.

"Apabila Allah telah mentakdirkan cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihatnya (wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan perhubungan antara keduanya"

Sekuat mana kita menolak, sejauh mana kita lari, namun seandainya dia telah tercipta untuk kita, ia pasti akan bersama..

Saya benar-benar tidak sangka, Dialah orangnya. Dia lah lelaki yang tertulis untuk saya di Loh Mahfuz (saya masih takut nak cakap tentang ini, walaupun hanya tinggal beberapa hari saja lagi kami akan disatukan dalam ikatan yang sah).

Selepas peristiwa hitam itu, saya sudah tidak letak sebarang harapan padanya. saya lepaskan dia sepenuhnya dari hati secara perlahan-lahan. saya tahu dimana takat diri saya. saya tak mampu untuk membuang semudahnya nama yang pernah bertahta di hati saya. Pencinta Setia itu saya. disebabkan kesetiaan saya, saya pasti jatuh teruk bila hati saya dikecewakan. saya tak pandai bermain cinta melebihi seorang lelaki. dan saya tak pandai mencari pengganti semudah yang lain. Itulah kelemahan saya. Sekali saya ucap Cinta, selamanya ia dihati.

Walaupun hati saya hancur berkecai, namun saya kuatkan hati untuk terus menongkah arus kehidupan. Saya yakin kehidupan bahagia menanti saya. Cuma waktu itu saya perlu tabah melalui Ujian Allah yang satu ini. berat untuk saya terima. saya akui ini adalah tarbiah dari Allah untuk diri saya. agar saya kembali dan menyerah segala jiwa saya pada-Nya. Ya-Khalid. Ini mungkin juga balasan atas dosa dan khilaf saya sebagai hambanya yang lalai.

Isthikarah Cinta.

Saya tak pernah menutup hati saya dari Cinta seorang lelaki. walau saat saya berdukacita, saya tidak pernah untuk menolak fitrah kejadian manusia. berpasang-pasangan sebagai kekasih halal. saya cuba beri ruang pada yang lain, tapi ia tak mampu menembusi tembok yang saya cipta sendiri. saya serah segalanya pada Tuhan. Segalanya. hidup mati saya. Jiwa Raga saya.

6 bulan. bukanlah satu tempoh yang lama. dalam tempoh itu juga hati saya belum mampu pulih sepenuhnya. biarpun di sekeliling nampak saya gembira dan sempurna dgn hidup saya, tapi hakikatnya hanya Dia yang mengetahui. saya taknak mereka yang menyanyangi saya nampak saya lemah. walaupun terdapat manusia yang mendoakan dan seolah mengharap saya lemah dan jadi manusia hina sehingga sanggup membunuh diri angkara cinta. Saya nak tegaskan perkara itu tak akan terjadi. Saya punya Tuhan, saya punya Agama. Saya bukan selemah yang disangkakan. (hitamkah hati  manusia ini sehingga mendoakn keburukan saudara se-Islam nya?)

Pada awal perpisahan itu, saya akui saya tak lepas mendoakan kebahagiaan dia. saya nak dia bahagia. betul. walaupun saya derita, saya tetap mendoakan kebahgiaan nya. saya doa agar dia dipertemukan dengan wanita yang baik akhlaknya, yang bukan pura-pura baik hanya untuk memenangi hatinya. saya nak dia bersama wanita yang setia dan kukuh cintanya demi kebahagiaan dia. yang dapat menjaga dia. Dia layak untuk bahagia. dan waktu itu saya tahu saya bukan wanita yang layak memberi dia kebahagiaan. sebab tu saya sanggup lepaskan dia dan biarkan dia memilih jalan cintanya.

Selepas itu, saya tak ambil tahu kisah hidupnya. Walau terkadang dia cuba hubungi saya, namun saya tahan hati dari tindak balas positif, kerana saya sedar dia milik orang. saya janji pada diri saya walau apa pun berlaku, milik org jangan diganggu walau pun sisa cinta masih ada. dan saya berpegang pada prinsip itu. saya berjaya. orang buat saya, saya biarkan. Tuhan kan ada. Allah maha Adil. Takperlu untuk saya balas perbuatan nya walaupun ruang untuk balas itu ada. Hati saya sentiasa dididik supaya tiada hasad dengki, tiada dendam. marah tentulah ada. kalau awak perempuan yang punya hati dan perasaan, pasti dapat rasai kesakitan saya dan tak mungkin lakukan seperti ini.

Isthikarah Cinta.
Saya solat isthikarah. saya tak nampak jalan hidup saya. pudar dan tidak jelas. saya berniat untuk "Cinta Selepas Nikah". saya perlu buat pilihan di antara lelaki yang hadir dan berniat untuk memperisterikan saya. mereka hadir menghulur cinta untuk menjadi Nakhoda menuju Syurga-Nya. Cinta pada mereka? tiada. tapi saya janji akan menyintai dan menyanyangi pelengkap hidup saya walau siapa pun dia yang telah Allah tetapkan untuk saya. Allah sebaik-baik perancang. Selepas beberapa kali saya solat isthikarah, saya tak dapat ape2 tanda. gerak hati tiada. mimpi tiada. segalanya tiada. Saya fikir, mungkin belum masanya.
Takdir Tuhan. Hati dia digerakkan Allah untuk mencari saya semula. Allah memegang hati manusia. Saya tertanya-tanya, inikah petanda? inikah petunjuk? Hati saya kuat pada dia. tapi saya menafikan. ini mungkin mainan hati saya yang kotor. Apa jadi pada perhubungan dia? tak berjaya? kenapa? ditinggalkan lagi? atau menyesali akan keputusan yang dibuat? Dia ceritakan segalanya. Dia yang membuat keputusan sendiri tanpa desakan nafsu. Dia mendengar hatinya yang mula berbicara. bukan lagi keputusan drastik saat hati dikaburi nafsu. Pada mulanya saya marah padanya, bukan marah dgn bahasa yang kesat. mujur mak saya didik saya dengan elok. Emak dan keluarga saya lah yang membuka jalan buat dia dekati saya. miliki saya. Saya nampak kesungguhan dia. Dia benar-benar sesal dgn kesilapan nya. Hati saya yang keras terpujuk dengan kata-kata mak. Dia berani mengakui kesilapan nya di hadapan keluarga saya. Saya nampak penyesalannya.
Sedangkan Allah ampunkan hamba-Nya tiap kali melakukan kesilapan dan bertaubat, inikan pula kita manusia dan hamba yang kerdil dan tak punya apa.. Maafkan dia.. dia tak bersalah. mak tak salahkan dia.. Pujukan ringkas dari emak, buat saya berpikir dan membuka hati untuk memberi kemaafan. Dia manusia biasa. manusia yng tak lari dari melakukan kesilapan. bukan bersifat maksum. Saya maafkan tapi melupakan itu sukar. tapi saya tak nak ingat. 
Dengan kemaafan yang diberi, gugur satu titik hitam dalam hati saya. ikatan ini kembali terjalin atas kehendak Allah. Saya sendiri tak pernah menduga saya perlu lalui semua ini. inilah dia takdir cinta buat saya. Drama kehidupan yang sebenar.
Allah sentiasa bersama mereka yang sabar. janji Allah itu pasti.
p/s: tak perlu dipaksa, tak perlu menggoda, ia dikembalikan dengan izin Tuhan.
Pencinta Setia,
Warkah dari seseorang
Berkongsi sebuah kiriman dari seseorang. usia kiriman ini mungkin sudah 5 atau 6 tahun. saya takpasti. Saya terjumpa di dalam timbunan cd, dan ia tersimpan di dalam salah satunya. saya suka isi nya, pesanan nya ringkas dan tidak terlalu serius. tersenyum saya bila berulangkali baca. terima kasih pada Pengirim. Saya harap awak berjaya dalam hidup dan bertemu seseorang yang dapat menyempurnakan hidup awak. :)

...........................
                                                                  
Suhaida Bte Muhamed,
                                                                   Dimana jua anda berada,
                                                                   Tidak kira waktu dan masa,
                                                                   Utara hingga selatan
1 bulan, Beribu bintang,
Malaysia Tanah airku.
                                                                  
                                                                  
Asssalamualaikum,

Kehadapan saudari Suhaida Bte Muhamed yang jauh dimata, walaupun jauh di mata tetapi tetap melihat bulan dan bintang yang sama. Semoga sue sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tujuan * menulis warkah ini adalah untuk meluahkan segala yang tersirat dan meleraikan segala yang tersimpul.

Suhaida, pertama sekali * ingin hulurkan 10 jari ini sebagai tanda minta maaf kerana telah menyakitkan hati sue. Perkara yang telah berlaku hari itu bukan lahir dari hati * tetapi lahir dari otak kanan *. Tujuan * buat begitu bukannya sebagai tanda protes atau benci pada sue tetapi ia bertujuan agar hati * tidak mengharapkan sesuatu yang ajaib dari sue. Bukan * tidak boleh berkawan dengan sue tetapi * takut hati * akan sentiasa menganggap sue sebagai kekasih hati. Memang * sengaja buat sue marah dan benci pada * tetapi bukan kerana tujuan lain, hanya kerana menunaikan hajat hati sue yang ingin berpisah dengan *. Secara jujurnya walaupun kita tak bermesej ataupun berhubung lagi, * masih tidak dapat melupakan sue, wajah gembira, ketawa, murung, duka, masam, muncung, shrek dan yang paling tidak dapat dilupakan wajah sue yang suka memuncungkan mulut. Sedangkan sudah tak berhubung dengan sue pun, * masih tak dapat melupakan sue, ini kan pulak kalau kita masih berhubung. Maka * terpaksa, dalam kerana terpaksa.

Dalam kesempatan ini * ingin mengucapkan tahniah karana berjaya menggenggam segulung Diploma atas usaha selama 3 tahun. Walaupun * tak dapat ucapkan dari mulut tetapi * harap ia bermakna buat sue. Di sini * juga ingin memberi beberapa nasihat yang mungkin dapat menolong sue dalam meneruskan hidup ini. Walaupun ia bukan dari mulut seorang pakar motivasi tetapi * harap sue dapat menerimanya.


  1. Ingat Allah s.w.t dengan melakukan apa yang disuruh dan tidak buat apa yang dilarang.
  2. Minta dan Dengar nasihat mak sue, dia sahaja satu-satunya yang boleh bantu sue walau susah dan sesak mane pun keadaan sue.
  3. Jaga keluarga sue baik-baik, tolong diorang. Lebih-lebih lagi mak sue, kerana banyak jasa yang tak dapat dibalas walaupun sue sanggup mati kerana dia. Mak sue sangat-sangat menyayangi sue. * dapat nampak dari wajahnya.
  4. Pilih kawan yang elok-elok. Kawan dengan kawan yang boleh membawa sue kepada kebaikan. Jangan terpengaruh dengan perkara yang boleh merosakkan diri.
  5. Buat baik pada orang, kelak akan dibalas dengan kebaikan.
  6. Kerja bersungguh-sungguh, mane tahu tuah sue jadi bos.
  7. Biar orang benci kita, jangan kita benci orang.
  8. Kalau nak cari pakwe, cari yang elok-elok. Pilih elok-elok. Pilih yang boleh beri kebaikan pada sue. Lelaki dalam dunia nie banyak yang tak boleh di percaya daripada yang boleh di percaya. * tak nak tengok sue kena dimainkan dengan lelaki-lelaki yang suka merosakkan perempuan.* tak boleh terima kalau perkara itu berlaku.
  9. Senyum selalu, tak nak masam-masam tau.
  10. Kalau ada masalah, selesaikan dengan baik. * tahu sue boleh menangani masalah. Minta nasihat dari mak.
  11. Jaga kesihatan diri dan keluarga. Jangan suka simpan-simpan sakit. Lau sakit, bagi tahu mak.
  
* berharap setelah selesai sue baca warkah ini, jangan la hendaknya sue masih membenci *. Kalau sue masih membenci *, * tak dapat buat ape. Semuanya terpulang pada sue. * tak mampu nak beri ape-ape tanda minta maaf kerana kalau diletak harga kesalahan * pada sue, sue akan jadi jutawan. Akhir kata * ingin sekali lagi memohon ampun dan maaf segala kesalahan * pada sue. * harap, sue dapat menerimanya. Segala memori bersama sue, * tidak akan lupakan dan * akan simpan selama-selamanya. Maaf atas segala-segalanya. Wassalam….   


                                                                   Yang Ikhlas,
                                                                   ****                                                                  

                                                                  
Cukup
Sampai bila aku harus mengalah...
Sampai bila aku perlu ketepikan perasaan sendiri demi hati manusia yang lain..
aku penat.. penat menjaga hati yang lain, hingga hati sendiri tidak terjaga...
Ya, Allah.. seandainya ini Ujian buat hambamu ini, hamba Redha...

:)


Aku, menanti Bahtera menuju Syurga-Mu.. Ya Rabb.
...............................

Kesetiaan seorang isteri yang paling aku kagumi adalah IBU ku sendiri.. Walau Ayah telah lama pergi, namun kesetiaan nya tetap dihati. Ibu, mengajar aku erti ketabahan seorang wanita, dan kesetiaan seorang isteri.. di setiap sujud dan doaku, sentiasa mendoakan agar Mereka bertemu di Syurga-Mu...
Dengan Izin Tuhan.

Aku umpama kelahiran semula ibuku.
Sifat aku dan ibu tak jauh beza..namun ibu menyatakan sifat aku lebih seperti Ayah.


balik kampung
Saya nak balik kampung halaman ni..
doakan saya selamat sampai ye..

mak saya da pesan, kalau saya nak balik kampung atau jalan jauh, saya tak boleh
i. pandu kereta sorang-sorang, dan
ii. drive waktu malam.

owh, itu memang tabiat saya. saya lebih gemar drive malam. tapi sejak peristiwa saya alami tayar meletop/pecah di highway, mak saya dah tak benarkan lagi..

saya tahu mak sayangkan saya dan risau dengan anak kesayangan dia ni. :)

untuk tak balik lewat malm, saya boleh. maknanya saya perlu gerak di siang hari.. panas terik, mata silau. tu yang saya malas nk balik siang.
tapi nak balik berteman agak payah.. takde kawan yang nak balik same-same dengan ikut masa saya yang sesuka hati nak balik waktu bile... huuuu

macm hari ni, saya nak balik waktu opis hour.. sape yg sanggup follow. semua ada keje. jadi saya balik sorang.

mak jagn risau. anak mak bawak tak laju. janji. :)

doakan saya..

Baik atau Jahat

"Kawan, walau sejahat manapun tetap akan dipandang baik, manakala
musuh, walau sebaik manapun tetap dipandang jahat" - Lumrah kehidupan

"Sue tu jahat"
"Sue tu 2 kali lebih teruk dari aku"

Terdiam. keluhan.. (apekah dia sudah lupa ape yang dia buat pada saya? nak saya cerita? takpe. saya simpan aib itu)

Cepat cepat Istigfar. Istigfar banyak banyak bila saya tahu dan dengar ada kata-kata serupa ni bertebaran di kalangan kenalan saya. entah apa yang saya buat pada dirinya, sehingga sedalam ini kebencian nya pada diri saya.

Seingat saya, saya tak pernah sentuh kehidupannya, ganggu perhubungan nya, dan memberi dia tanggapan seburuk ini pada kenalan saya yang lain. tanyalah pada kenalan saya, ade saya labelkan sesiapa seteruk itu?  walau saya dimaki dihamun, dikeji, dihina, dianiaya tapi untuk saya melabel org, memang tak sebab itu bukan cara saya. Saya dididik menjadi seorang yang penyabar. namun kadangkala terbabas juga. Saya tahu dan sedar saya hanyalah hamba yang kerdil dan banyak khilaf nya.

Adakala terlintas di pemikiran saya, saya mahu bersua dengan manusia yang merasa diri nya seolah cukup mulia, cukup baik dan cukup sempurna sehingga sanggup memberi tanggapan buruk sebegitu pada diri saya. Dan jangan risau, saya bukan jenis manusia yang suka cari pasal, cari gaduh. Saya kalau mahu bersua sekalipun, sekadar nak bertanya, nak si dia menjelaskan apa ketidakpuasan hatinya terhadap diri saya. ape yang saya buat sehingga manusia ini merasakan saya berbuat sesuatu yang lebih teruk darinya?

Cuma satu, saya nak dia sedar akan hakikat seperti ini:

"satu jari ditunjuk kearah manusia lain, empat lagi jari menghala pada diri sendiri"

"Orang baik takkan melabel orang lain jahat, hanya yang Jahat nampak bayangan kejahatannya sendiri"

Saya selalu ingatkan diri saya, walau marah dan membenci, jangan sampai hanya terpandang keburukan sahaja. lihat juga dari sisi kebaikan, walau sedikit.

Terkilan juga saya, bilamana terdapat manusia yang berusaha  untuk memenangi hati sesorang, dengan memburukkan manusia lain agar diri tampak mulia. Terus terang saya katakan, itu kesilapan besar dan kotor cara tu. lagi banyak kita burukkan orang, makin banyak keburukan kita terserlah. Jangan buka aib orang dengan menutup aib sendiri. Zalim.

dengan cara sebegitu, mungkinkah kamu dapat miliki ketenangan?

Dan ingatlah awak bukan pemegang neraca timbangan.

saya merangkak nak menjadi lebih baik. tapi saya tak ganggu hidup orang, tak aniaya orang.

Peringatan buat diri saya..
biarkan dia..biarkan dia berbicara. Dia pun manusia lemah juga. dan maafkan dia. Semoga diberi hidayah buat dirinya dan jua untuk diriku. :)

"Ya Allah, aku mohon perlindungan dan dijauhkan dari sifat-sifat tercela dalam diri dan sesungguhnya Engkaulah sebaik baik pelindung"

Sucikan hatimu.

Buatmu Lelaki

Semoga saya mampu menjadi Isteri, dan Ibu yang terbaik buat suami dan anak-anak..
“Bila seseorang sudah BERUBAH kearah KEBAIKAN,
Jangan di UNGKIT kisah silamnya..
Kita tidak pernah tahu betapa SUSAHNYA dia cuba MELUPAKAN kisah silamnya yang penuh kehitaman itu.”
 
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau 
dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
 
Sabar dalam penantian
Ya Allah..
Berikanlah kekuatan serta kesabaran kepada kami agar kami terhindar dari segala godaan hubungan cinta yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah..
Jauhkanlah kami dari ajakan fitnah cinta yang Engkau larang. Jagalah hati kami agar senantiasa tetap berpegang teguh pada AgamaMu.

Ya Allah..
Berilah ketabahan kepada kami dalam sebuah penantian untuk bertemu dengan pasangan kami. Tuntunlah kami pada jalan cinta yang Engkau halalkan.

Ya Allah..
Dekatkanlah jodoh kami. Pertemukanlah kami dengan pasangan yang sebaik-baiknya menurut rencanaMu. Sandingkanlah kami dengan pasangan yang akan semakin membawa kami untuk lebih mencintaiMu.

Ya Allah..
Hanya kepada Engkau kami meminta. Dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
:Semakin jauh aku lari, semakin dekat ia menghampiri.
Bila diburu kenangan
Untuk apa kita bertemu
Jika hanya penuh derita
Kepedihan di hatiku
Mendayukan bicara asmara
Kering layu bagai daunan
Yang meniti sekilas usia

Terkuncilah mimpi bertahun
Dalam suram malam gelita
Menantikan embun pagi
Menitiskan wangian kasturi
Keluhuran benih cinta
Merantai ingatan
Kenangan masa silam
Dirimu diriku
Pernah bernama kekasih


Apa mungkin kau dan aku
Melayarkan bahtera impian
Walau pernah kehilangan
Tanda cinta pedoman setia

Bicaramu, sentuhanmu kasih
Menghangatkan kenangan

Namun hati yang terluka ini
Mengunci perasaan hati
Untuk aku bercinta lagi
Denganmu.. 


:samudera: