Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah kerana menjemput kami ke Rumah-Mu dan Rumah Rasul-Mu. Besarnya Rahmat-Mu Ya Allah. Tidak terungkap dengan kata-kata saat pertama kali aku memandang Kaabah -Mu. hanya doa dan linangan air mata yang mengiringi langkah ku..
.........................................
PROLOG
16 Jun 2012
16 Jun 2013
.........................................
PROLOG
16 Jun 2012
Tarikh ini adalah hari pertemuan 2 manusia yang akhirnya berupaya menghancurkan sekeping hati yang tulus menyintai. Kenyataan yang amat menyakitkan apabila aku harus melepaskan si dia pergi ke perempuan lain yang aku label sebagai "Orang ketiga/Perampas". tapi aku sedar semua ini sudah tertulis. Inilah takdir dalam perjalanna hidup yang aku lalui. namun, perhubungan itu (mereka) hanya seketika. 6 bulan sahaja. singkat masanya Allah uji perhubungan kami. aku percaya setiap yang berlaku punya hikmah yang tersembunyi. cuma sedar atau tidak akan hikmah nya, dan sedikit sebanyak aku nampak apa yang Allah tunjukkan padaku. dan mungkin juga satu peringatan pada diri akan dosa-dosa yang aku lakukan selama ini.
Aku yakin Allah bersama mereka yang benar dan bersabar. dan yang penting aku tidak lari dari teman dan kenyataan. Aku masih di sini. Ternyata Jodoh itu milik Kami.. Syukur. Tidak perlu aku berlari dan mengejar kerana ia datang kembali dengan izin Allah.
"Seandainya Alfiesyahril Anewar tercipta untukmu, Dia pasti akan kembali,. Janji Allah itu pasti"
:)
16 Jun 2013
Jasad da jiwa ku di sini buat pertama kali, Madinah Al-Mukarramah. Selepas setahun perkara hitam itu terjadi dan setelah semuanya kembali tenang dan semua redha dengan ketentuan Tuhan, aku dan suami telah dipanggil Ilahi agar hadir ke Rumah-Nya dengan seribu Rahmat. Aku hadir dengan harapan agar gugurlah segala dosa ku dan dosa suamiku agar kami menjadi seseorang yang baru dalam mengharungi liku-liku kehidupan. ada sebab mengapa semua ini terjadi. Cantiknya percaturan Dia, hingga tak terjangkau dek pemikiran insan biasa seperti aku. Dalam tempoh setahun pelbagai perkara yang tak diduga berlaku ke atas diri aku. Sayangnya Allah pada aku, tp aku sering lalai dgn keasyikan duniawi. Pintu taubat masih terbuka dan masih belum terlambat untuk aku memperbaiki diri. Terima Kasih, Allah. Terima kasih atas Rahmat-Mu yang besar ini..
p/s: Detik hitam yang takkan aku lupa, namun aku takkan biarkan ia terus meracuni kehidupan aku. Semoga aku menjadi insan pemaaf.
Hamba-Mu yang hina,
Suhaida binti Rohani
Jarimu menulis