Aktiviti bersama anak buah
Salam.

Sekarang ni berada di kampung halaman. Menghantar ibu dan 2 anak buah pulang setelah mereka menghabiskan cuti sebulan di teratak usangku di KL. Selepas ni rumah ku kembali sunyi tanpa gurauan dan suara-suara mereka. Sebulan mereka disini, makan harian ku terjaga dan telah tersedia tiap kali pulang dari kerja. terasa seperti di zaman persekolahanku dulu. lagi seronok bila pulang dari kerja, ada yang menyambut dengan riang. dan macam2 yang hendak mereka ceritakan. hilang segala penat. seronok. betul memang seronok. apetah lagi bagi mereka yang punya anak sendiri..

disebabkan kesibukan kerja, seolah tiada masa sangat untuk membawa mereka keluar berjalan. Mujurlah mereka tidak merungut. Jadi aku kena buat sesuatu yang menyeronokkan mereka. Untuk tidak menghampakan anak buahku,aku mengajar mereka membuat biskut.

ternyata diorang seronok.
masa kecik-kecik dulu, tiap kali aku sibuk membuat kuih raya, tentu ada yang mengambil tepung dan bawa lari. dan dipulangkan bila dah jadi hitam. Tapi tak pernah pula aku nak marah tindakan mereka. tu semua proses pembelajaran bagi kanak-kanak yang membesar kan?

sekarang mereka da besar, mereka da tak buat macm tu lagi. jadi Makde nak ajar buat biskut. :)
 
langkah pertama- aku buat penyediaan bahan-bahan, kemudian anak-anak buahku yang putar sehingga menjadi doh.

langkah seterusnya mereka buat sendiri dan dipantau sendiri oleh ku.

Dibawah gambar semasa aktiviti membuat biskut. sekurang-kurangnya mereka dapat rasai membuat biskut seperti makciknya.



proses melukis atas biskut ikut kreativiti masing-masing.

tada..!!! ni la hasil biskut kanak-kanak sekolah. kreatif dan sedap. hehe. sekelip mata da habis.

lepas ni, Makde tak yah amik tempahan dah. diorang boleh ambil alih.

p/s: kena ambil anak angkat la lepas nih. balik dari kije dah ada penyeri hati. bestnya.. (berangan) :)
Ella Ratu Hati
 "Sue, lepas ni kau dah tak jadi Ella lagi lah eh.."

hahaha!
reaksi pertama aku selepas mendengar ayat tu keluar dari bibir rakan sepejabat. Diorang (2 orang) cakap macam tu selepas melihat perubahan yang terjadi pada diri aku.

kelakar. dan buat aku perasan je. macam langit dan bumi.

Dorang panggil macam tu sebab aku suka nyanyi lagu Ella kat karaoke atau kat bilik muzik jabatan agaknya. Kekadang bila ade orang tengah jamming aku pun turut sumbangkan suara yang sumbang ni kat bilik tu. diorang layan je. haha! mesti menanah telinga.

Dari sekolah rendah aku dah mengenali dan mendengar lagu Ella. ini mungkin dipengaruhi dari kakak sulung aku. dia dulu minat Ella betul. Gaya rambut dan pemakaian pun ikut style Ella. Tapi sekrang sudah tidak lagi.



Sebenarnya aku ada terbaca dari akhbar tempatan yang mengatakan Ella dan Awie akan berkolaborasi untuk menjayakan konsert di Istana Budaya pada 12 hingga 15 Januari 2012. aku tak akan lepaskan peluang. Event ni da masuk dalam diari peribadi dah.hehe

p/s: teman pegi tengok konsert ni boleh tak kesayangan..?
Selingkar kisah
Salam.
orang yang tak punya bakat cuba melukis wajah sendiri.


Semoga perubahan yang dilakukan dalam diri mendapat keberkatan dan Rahmat dari Allah. Semoga ianya berterusan dan sentiasa bertambah baik.
 
Sebenarnya banyak perkara yang terjadi dan berlaku dalam diri dan  di sekeliling  yang berjaya membuka hati aku. Ya, banyak. Ia seolah petunjuk dan pesanan pada diri aku yang sering kali alpa.

Salah satu yang ingin di kongsi adalah perbualan antara aku dan seorang pemandu kenderaan jabatan semasa perjalanan ke Putrajaya beberapa bulan yang lalu. Aku tidak rapat dengannya. Namun aku senang berbual dengannya.
Banyak yang kami bualkan. Tentang diri, keluarga, kerja. Sehingga la ke satu topik iaitu tentang Umrah. Aku katakan padanya, aku teringin untuk menjejakkan kaki  ke Tanah SucI Allah, dan nak bawa mak bersama untuk lakukan Umrah. Itu hasrat aku dari sekolah lagi. Tapi aku takut. Takut untuk jejakkan kaki ke sana kerana aku sedar aku banyak melakukan dosa. Aku rasa kan seolah aku tak layak berada di sisi Allah. Mungkin kerana aku takut dengan bayang-bayang sendiri.
  
Aku seperti  tak yakin Allah mahu terima aku di Tanah Suci itu. Kerana  banyak dosa yang aku lakukan sepanjang hidupku.  Salah satu yang paling jelas dan nyata, aku tidak menutup aurat. Setiap hari dosa ku di catit. Aku sedar. Namun aku tetap berdegil. Walau terkadang hati di sapa untuk menutup aurat. Tapi aku sering abaikan dan biar hasrat itu terbiar di tepi.
Ya, Allah. Berdosanya Aku. Aku seperti  mempermainkan hukum Allah. -Nauzubillahi min zalik-
Kata-kata pemandu itu benar-benar menyentuh hati kecil ku. Katanya, aku tak perlu takut tentang penerimaan Allah. Allah sentiasa menerima hambanya. Cerita mengenai pengalaman nya, pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Allah, dirinya masih ligat bermain judi dan masih tegar meneguk ‘air kencing syaitan’. Namun Allah maha pengampun lagi maha Penyanyang. Dengan izin Allah, dirinya berubah. Tiada lagi arak dan judi. Hidupnya kini lebih tenang. Pesannya, yang penting adalah hati kita sendiri. Hati kena kuat. Hati dan diri sendiri yang mahukan perubahan.
Kata-kata nya terus berlegar di kotak pikiran.
Ya, aku mahukan perubahan dalam diri. Bukan saja penampilan malahan keperibadianku.
Insya-Allah.

“barangsiapa hijrahnya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada keredhaan Allah dan RasulNya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijranya dinilai sebagaimana yang diniatkan”

p/s Kemungkinan besar facebook “Tsu Feh Sufiah” akan terkubur dan hanya tinggal sejarah.
Hijrah: Hati di sapa
Assalamualaikum. Salam penuh keinsafan :)

Alhamdulillah. Hati ku telah di sapa..
Disapa agar melakukan perubahan dan memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik.
Sebuah penghijrahan dalam diri, yang telah lama hanyut dengan keindahan dan keseronokan duniawi.
Sapaan yang dulu nya aku abaikan dan biarkan di bawa bayu.
Di biarkan sapaan itu terus menjauh dari diri yang penuh dengan calit dosa...

Namun kini, sapaan itu telah ku sambut dengan sepenuh hati, dan dengan keikhlasan.
Sehingga aku telah temui sesuatu yang aku cari selama ini.....iaitu diri AKU sendiri.
Adakah ini Hidayah Allah untukku? Jika benar, Alhamdulillah.

Tersenyum dan terasa tenang.

Semoga perubahan yang terjadi pada diri ini, berkekalan dan membawa aku ke arah yang lebih baik dan diredhai-Nya. Ya, masih banyak lagi yang aku perlu perbaiki, dan akan ku lakukan secara perlahan dan mengikut kemampuanku... Semoga insan-insan di sekeliling ku sentiasa menyokong perubahan yang ingin aku lakukan.... Insya-Allah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita Solehah"

......Mampukah aku menjadi hiasan terindah itu?:(

Pengemis Iman,
Suhaida
Mari menganyam
Salam Aidil Adha.

Curi-curi sedikit masa untuk update blog. Agak bz hari ini. Macam biasalah, tiap kali perayaan kalau tak pergi ke rumah saudara, mesti jadi "Orang Dapur". Tapi takpe, yang penting seronok kan.

Hari ni nak cerita tentang seronoknya bila kita dapat pelajari dan buat sesuatu perkara yang berkaitan dengan kemahiran seorang wanita di dapur. hehe. Biasalah, bila pertama kali buat sesuatu perkara mesti rasa nak heboh seantero dunia. :p kalau dah mahir atau selalu buat, orang tak kan heboh2 pun. kan? hehe. ah, tipikal! (ada juga orang yang kalau tentang buat amal ibadah, juga mahu heboh. owh, ini patut senyap2 je, itu antara Dia dan Allah-tak perlu menunjuk)

Ok. Ini tentang buat KETUPAT. Maklumlah selama ni hanya melihat Emak dan Kaklong buat. tapi kali ni dapat buat sendiri. Macam satu kepuasan dalam diri seorang wanita. Korang memang da mahir? Tahniah. Aku baru saja belajar mengayam beberapa bulan lepas semasa pejabat buat jamuan hari raya. Seorang rakan yang mengajar cara-cara mengayam. Terima kasih teman. :)

Ini masa belajar mengayam pada 18-9-2011 di Kepong. Tengok muka,seronok betul berjaya buat.


Bila di imbas waktu yang telah lama berlalu, saban tahun aku minta dan belajar dari kakak ku cara mengayam, namun disebabkan kakak ku seorang yang agak tegas dan garang, jadi aku tak mahu belajar lagi. mungkin aku punya hati yang kecil. jadi nak ajar, nak di tegur perlu dengan cara yang lembut. lebih mudah untuk di bentuk berbanding dengan cara marah dan keras, mesti tak jalan. Tapi malam aritu, kaklong ajar cara mengayam yang lebih mudah untuk diingati. Terima kasih kaklong. Sekarang memang da boleh take over tugasan tahunan kaklong. Serius ni. hehe

Lagi 1, tanpa disedari, sekarang dah tahu buat 3 jenis ketupat. Ketupat sate, ketupat bawang dan ketupat pasar. Malam waktu sedang mengayam, mak sempat ajar cara mengayam ketupat pasar. sekali ajar terus dapat. hehe! Mak seronok betul. Katanya. anak dara dia ni tahu buat macam-macam kerja wanita dan dah boleh kawen. owh, tak mak. banyak lagi kemahiran wanita yang perlu dipelajari.

kat bawah ni gamba semasa proses mengayam.

Ni mengayam betul2. bukan lakonan. hehe. Buat kerja di ruang depan.
Baru siap separuh. banyak lagi tak di anyam.


Ni lah dia hasil 3 jenis ketupat. Dari kiri Ketupat Bawang, Ketupat Pasar, Ketupat Sate

Keinginan nak belajar mengayam ni semakin membara sebab, dengar seorang rakan, katanya keluarganya tak pernah anyam ketupat, malah hanya beli yang dah siap anyam atau dah siap rebus di kedai. Dan aku rasa tak best dan khuatir raya ku nanti jadi begitu. Macam tiada erti bagiku. Aku sudah terbiasa dan perlu ada aroma ketupat tiap kali perayaan tiba. Selagi ada khudrat, ketupat pasti akan dianyam. Insya-Allah.

Jadi, wanita-wanita, marilah memantapkan kemahiran-kemahiran sebagai seorang wanita sejati. tak rugi pun. hehe.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. kan?
Sabar
Ternyata aku tewas bila kesabaran ku diuji....

Aku menjadi aku, yang tidak pernah aku  kenali...

-Kesal-
Aku ingin...
Aku ingin mencari CINTA SEJATI yang boleh membawaku ke jalan ILAHI, 
aku ingin menjadi MAKMUM kepada seorang IMAM..
aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang KHALIFAH..
aku ingin menjadi seorang PENDENGAR kepada seorang DAIE, 
aku ingin menjadi seorang MUJAHIDAH kepada seorang MUJAHID...
dan,
Semoga aku menjadi apa yang aku inginkan...
Titip Rindu Buat Ayah
6 Oktober 2011

19 tahun yang lalu....

Aku kehilangan seseorang yang paling bermakna dalam hidup...
Kehilangan nya menyebabkan kami sekeluarga seolah burung yang kepatahan sayap....
Hilangnya tempat bergantung harap....

Pergi buat selama-lamanya......

Perginya tiada ganti.....
Perginya meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak yang masih mengharapkan belaian manjanya.
Perginya meninggalkan anak yang masih tidak mengerti erti sebuah kehilangan....
erti kehidupan.....
dan erti sebuah kematian.....

Ya, Allah lebih menyanyanginya....

Ayah....
Walau telah sekian lama ayah meninggalkan kami,
namun wajah dan kenangan bersama ayah tidak pernah dilupakan.

Saat-saat terakhir ayah, saat-saat sakarul maut datang menjemput, sentiasa segar di sanubari....
Hembusan berat itu masih di ingatan....masih...

Dan sehingga ke saat ini, anak ini tetap rindu padamu, Ayah......
Namun ternyata diri ini tidak punya kekuatan....

Saat Menatap potret ayah...
Saat Menulis tentang ayah...
Saat teringat kenangan bersama ayah....
Saat ber Doa untuk ayah...
Saat Melihat kelibat seseorang seperti ayah...

Air mata pasti akan mengalir......
seperti saat ini......


Dalam kenangan,
Anakmu
Hari Untukku
16 September 2011.
Syukur Alhamdulillah. Genap usiaku yang ke 27 dan aku masih diberi peluang dan dipinjamkan nyawa sehingga ke hari ini.
Diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dan mendalami  erti kehidupan yang sebenar.
Kebahagiaan, Kejayaan,  Kegagalan, Penderitaan,  adalah rencah yang harus ku harungi di dalam kehidupan yang fana ini.
Walau terkadang aku lemah dan khilaf mentafsir dugaan yang diberi untukku namun ku tahu, Engkau sentiasa ada di saat susah senang hamba mu ini.
Aku sentiasa sedar di dalam kehidupan ini, Allah sering menguji hambaNya samada aku sebagai manusia mampu hadapi setiap ujian-Nya atau pun tewas di pertengahan jalan.
Saat aku diuji dengan kesusahan, Insya-Allah aku  mampu hadapi, walau rebah beribu kali aku masih mampu bangkit berdiri.  Namun di saat Allah berikan ujian dengan kejayaan  aku bimbang akan tewas dengan ujian nya yang satu ini. Khuatir aku akan terlupa pada rumput yang dulunya ku pijak, dan hanya memandang pada langit yang tidak tercapai tangan..
Jangan. Jangan biar aku hanyut dan menjadi seseorang yang bermegah pada sesuatu yang bukan abadi. Rendah diri. Rendah kan diri serendah mutiara di lautan dan kembali ke pangkal jalan.
Bukakan mata hati agar aku berubah kearah kebaikan. Dan menuju ke jalan yang di Redhai Mu, Ya Rabb.
“Ingat tujuan kita hidup” Peringatan dari seseorang yang tidak pernah aku lupakan…
………………………..
Sambutan Kemerdekaan kali ke-54 disambut dan diraikan sempena Hari 1 Malaysia pada 16 September ini. Dan aku turut merasai kemeriahannya  walau aku tidak hadir pada majlis sambutan tersebut.
Berkuatkuasa pada tahun lalu, 16 September diistiharkan sebagai hari Cuti Umum, dan aku salah seorang yang bertuah kerana tarikh kelahiranku sama tarikh dengan penubuhan MALAYSIA.
Salam Kemerdekaan ke-54, Selamat hari Malaysia dan Selamat Ulangtahun ke-27 Buat Diriku.

Aku Anak Merdeka,
Suhaida
Minta dijauhkan
Doktor  :  Kamu ni ada simptom tibi…

Pesakit : tibi? *macam nak pitam*

Kerana batuk  berpanjangan yang melebihi sebulan sehingga menyakitkan dan menyesakkan dada, menyebabkan aku mengambil keputusan untuk bertemu pakar perubatan. Namun kata-kata yang meluncur dari sebalik facemask itu menyebabkan aku terkesima. 

Katanya, tahap kesihatan yang aku miliki memang menjerumus ke symptom batuk kering atau lebih dikenali sebagai TIBI. Antaranya, batuk yang melebihi sebulan, penurunan berat badan yang banyak, dan sakit dada yang aku alami.

Dan di situ juga, sampel darah ku diambil, dan Xray dilakukan. Dan 3 hari berturut-turut aku perlu datang ke klinik untuk hantar specimen dan jalankan sedikit rawatan serta diberi stok ubatan yang banyak.

Keputusan menunjukkan aku sihat. Alhamdulillah. 

Namun aku perlu hadir ke pusat perubatan itu selepas 2 minggu, untuk mendapatkan keputusan sebenar Xray yang telah dihantar ke Hospital Besar bagi memastikan aku benar-benar sihat.  Aku berdoa semoga tubuh ku dijauhkan dari penyakit dan diberikan kesihatan oleh-Nya. Insya-Allah.

Dan kini, setelah ubatan diperolehi dan aku ambil mengikut waktu yang ditetapkan, batuk ku semakin pulih dan tiada lagi batuk berpanjangan di sepertiga malam yang sering mengganggu tidur lenaku. Mungkin jika aku pergi awal mendapatkan rawatan, tentu sakitnya tidak melarat seperti kelmarin.

Benarlah kata-kata “Mencegah lebih baik dari mengubati”. 

Dan pesan ibu, “sakit terus jumpa doctor, jangan tahan sorang-sorang, anak mak ni tinggal sorang-sorang kat  sana, tak ada orang yang jaga. Jaga kesihatan baik-baik”

Baik mak. :(

Seorang rakan pula menyaran supaya aku mendapatkan rawatan tradisional di Darul Syifa kerana khuatir aku terkena buatan seseorang yang cuba mengkhianat diriku. Katanya mungkin seseorang itu cuba menghancurkan aku secara diam dan ia dari seseorang yang aku kenali. Aku tak terpikir sejauh itu. Mungkin tidak.

Aku beri masa dalam 2 minggu pada diri aku bagi membuktikan bahawa aku hanya mengalami batuk biasa dan ia bukanlah tibi atau buatan orang. Minta dijauhkan.


p/s : Doa, Usaha dan Tawakal, itu perlu! Tak boleh biar baik sendiri, sebab sistem imun dalam badan dah semakin teruk.


9/9/2011 
Ucapan Maaf
Memohon maaf dan sifat memaafkan kesalahan orang lain merupakan amalan yang sangat mulia. Secara tidak langsung, ia dapat menundukkan rasa angkuh dalam diri yang merasakan seolah-olah kita tidak pernah melakukan kesalahan dan bersalah, dan perasaan yang tidak bersedia memaafkan kesalahan orang lain.

Maka, jadikanlah bulan Syawal yang mulia ini sebagai titik permulaan anda membuka mata hati meminta maaf dan memaafkan dengan setulus hati. Moga tiada noda hitam yang bersarang di dalam hati. Lepaskan segala kemarahan dan dendam yang sering menghantui anda. Semoga anda tenang dalam melayari kehidupan ini.


Ya, benar dan ku akui jika hati dan raga sudah terluka, namun bekas luka dan calarnya tetap ada. Meminta maaf setara kita meminta jiwa seseorang, dan ia tidak semudah yang disangka. Namun, Ikhlaskan lah hati. Insya-Allah kita mampu.


Dan dikesempatan ini, diri ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan pada rakan-rakan dan yang mengenali diri ini seandainya diri ini pernah menyinggung, menyakiti hati samada dengan sedar atau tanpa sedar. Sesungguhnya diri ini hanya la manusia biasa dan insan hina di sisi Allah yang tidak pernah terlepas melakukan kesilapan dan kekhilafan..


Maaf dari hati.


Salam Aidilfitri dari Suhaida Mohamed.


p/s: Sangat sibuk sepanjang cuti raya ni, tak menang tangan. Raya tahun ini tetap disambut meriah dengan cara yang sederhana seperti tahun2 lalu.



Bersamamu
27 Ramadhan 1432M

Sesuatu peristiwa manis agak seronok untuk dikongsi bersama..

Hari ni dapat masak bersama-sama kekasih hati di rumah kampung untuk buka puasa bersama ahli keluargaku.

Berdua. Bersama-sama memasak nasi ayam.

Manis sgt!

Dalam semanis kurma pernah mengatakan,  dalam perkahwinan, masak bersama boleh mengeratkan hubungan suami isteri.

Pendapat aku? entah. belum kawin lagi. hehe

Tapi keseronokan terasa..

p/s: Terima Kasih Sayang. Semoga selamat sampai ke desa tercinta.
Nilai sebuah pengorbanan
Perbualan ringkas antara aku dan seorang pegawai jabatan hutan yang baru dikenali...

"Kita kena percaya Qada dan Qadar. Untuk capai kejayaan mesti ada pengorbanan. Insya-Allah rezeki tu akan dibukakan untuk kita. Macam abang, da setahun setengah sambung degree tapi tawaran kerja datang, abang tinggalkan belajar dan ambil peluang yang ada. Alhamdulillah. Abang kerja, kahwin dan sekarang da ada 2 orang anak. Rezeki. Agaknya kalau abg tak ambil peluang ni, jalan hidup abg bukan macam ni"

Aku setuju dengan kata-kata nya.

Pengorbanan..
Adakah tindakan aku menolak tawaran melanjutkan pelajaran peringkat ijazah beberapa tahun dulu dinamakan sebuah pengorbanan? Jika itu adalah pengorbanan, mungkin sekarang ini adalah harga bagi pengorbanan itu. Aku bersyukur. Aku akui melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah impian yang ingin aku capai. dan untuk berkhidmat di sektor kerajaan juga adalah salah satu impian aku dan memenuhi harapan ibu.

Kekesalan..
Sedikit pun aku tidak kesal dengan tindakan itu. Aku menolak kerana masalah kewangan, kerana keinginan untuk membantu keluarga terutama ibu. Aku tak mahu membebankan insan yang aku sayang. Saat itu, kakak ku baru sahaja berhenti kerja, abang ku tak punya kerja yang kukuh dan gaji yang kecil, adikku pula sedang mencari arah hidup samada terus bekerja atau sambung belajar. Dan aku yang jalan hidup masih terumbang ambing tanpa arah tujuan...

"Anak mak kerja ya. bagi peluang kat adik sambung belajar"

Aku turuti tanpa bantahan. 2 tahun, pelbagai kerja yang aku lakukan dan cari. Dari Johor ke Melaka ke Kuala Lumpur dan balik semula ke Johor. Dari kerja pembantu rumah, pembantu jualan, kerja di restoran segera, kerani, guru ganti.. Tak penah aku kesalkan. Itu semua pengalaman berharga bagi aku dalam melayari kehidupan yang entah bila akan berakhir...

"Sue, dah confirm nanti sambung belajar tau"

Impian yang dulu pernah terkubur, Insya-Allah akan ku capai semula jika diberi peluang kedua..
Semoga doa dan harapan mereka sentiasa mengiringi diri ini dalam mengecap kejayaan di dunia dan di akhirat.. Insya-Allah.
Kecewa
Saat ini yang aku rasa hanya kecewa dan marah.
kecewa bila tahu ada manusia yang tak habis-habis menghina dan memandang rendah pada manusia yang serba kekurangan. mungkin mereka rasa mereka terhebat.

Hebat? kau hebat dari segi ape? kemewahan? harta benda? wang ringgit? pangkat?
Persetan itu semua. aku tak heran.

Aku lahir dari keluarga yang serba kekurangan. namun aku mewah dengan kasih sayang. ya, kasih sayang.
walau pun tiada nya seorang ayah, namun tidak pernah terasa kekurangan kasih sayang. Seorang ibu sudah cukup melengkapi tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah. Aku kagum dengan semangat ibu yang begitu tabah membesarkan kami sendirian.

Aku hairan, mengapa begitu mudah manusia menyebar fitnah yang mereka sendiri tidak pasti kebenarannya.
Tidak ada sedikit kekesalan pun di hati kecil. Malah seolah mereka berbangga dapat menjatuhkan maruah dan semangat insan yang difitnah. Mereka keji.

Ibu sentiasa berpesan..
"Kita insan teraniaya. Insya-Allah doa orang teraniaya dimakbulkan. jangan doakan yang buruk-buruk, tapi doalah semoga Allah tunjuk kan kebenarannya"
Baik mak..itu lah yang Uda amalkan, walau hati sakit.

Benarkah pepatah 'air dicincang tak akan putus'?

p/s: jauh disudut hati terselit perasaan benci. Semoga penyakit hati itu pergi....
Belasungkawa Reza (1986-2011)
Al-Fatihah.
Reza..Teman sekuliah semasa pengajian Diploma Perhutanan, Upm sesi 2004-2007.

Salam takziah buat seluruh keluarga arwah atas kembalinya ke Rahmatullah.

Berita yang di terima amat memeranjatkan. 2 hari sebelum pemergiannya, aku telah dikhabarkan oleh seseorang mengenai sakit yang telah dihadapi arwah selama 3 bulan akibat kanser darah (benar atau tidak aku tidak pasti). Rupanya berita itu sudah terlewat di ketahui kerana beberapa hari kemudian, berita pemergiannya pula tiba ke pengetahuan ku.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

.............

Malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela... Lalu, apa jawab nurani jika mengetahui derap langkah ku di dunia ini menghadapi penghujungnya? Bersediakah aku? Iman ku terlalu nipis......ya, nipis...
aku..aku tidak bersedia, namun aku yakin ajal sentiasa menanti.... cuma bila dan ketika nya tidak aku ketahui...

Ya Allah, ampuni hamba mu yang hina ini...
Cuti buat mereka
Salam.

Minggu ni ibuku dan 2 orang anak buah bercuti ke rumah usangku di Taman Melati, Setapak.
aktiviti hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti berjalan-jalan. Ni la masanya dapat bawa mereka ronda-ronda Kuala Lumpur.

Semuanya adalah destinasi bajet.

Sabtu:-
Bawa mereka melihat suasana sekitar KL, menonton wayang di WangsaWalk, jalan-jalan dan duduk merehatkan badan di taman KLCC, shopping di IKEA (tak shopping ape pun, cuma beli set periuk murah untuk ku)
aktiviti yang biasa dan takda istimewa mana pun sebab kat Johor pun boleh buat aktiviti yang sama cuma suasana berbeza.

Kena pikirkan satu aktiviti yang best.

Tetiba dapat idea untuk bawa mereka bermandi manda di Sungai. Dalam fikiran hanya terlintas ULu Yam yang terletak tak jauh dari rumah. Nak bawak ke Sungai Congkak macam jauh sangat.

Makanya,

Ahad:-
Pagi hujan lebat, aktiviti mandi macam terpaksa dibatalkan, namun keadaan kembali reda pada jam 11pagi. sambil ditemani anak buah, lauk basah dibeli dikedai runcit untuk masak bersama mak. Cadangan membawa bekalan makanan dan makan-makan di tepian sungai. akhirnya jam 2/3ptg sampai ke Sungai Tua, Ulu Yam.

Dah tak ramai orang. kebanyakan pengunjung da beransur pulang. Ni peluang terbaik. Parking pun mudah, nak cari port mandi yang best pun senang.

Terpancar kegembiraan di wajah ibu dan kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Mereka seronok, ku turut rasa keseronokan itu. Airnya sejuk dan bersih. Mandi dan main2 air sehingga jam 6 petang. Itupun mereka tak mahu pulang, tak puas katanya. Insya-Allah ada masa kita mandi sungai lagi. Mungkin kite cuba pergi ke Bukit Belacan. Dengarnya ada air terjun.

Dalam perjalanan pulang,
anak buah ku teringin sangat nak ke Batu Caves dan nak manjat tangga yang tinggi tu. Ibu dah tak larat, tapi tetap gagahkan diri demi menunaikan keinginan cucu-cucu nya.
Pada awalnya tak yakin nak masuk kat kawasan Batu Caves tu, tapi kelihatan pelbagai bangsa di kawasan tersebut. Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati ketika mendaki anak tangga, akhirnya sampai ke puncak. Bila berada di tangga atas, sedikit gerun melihat ke bawah. dan aku hampir jatuh dan tergelincir di tangga atas semasa mahu turun ke bawah kerana keadaan selipar ku yang sudah haus tapaknya. Syukur sempat berpaut pada pemegang tepi. kalau tidak... huh... tinggi sangat tangga nya.

Selesai sudah aktiviti hari minggu. Hari bekerja (Isnin hingga Jumaat)memang tak dapat nak bawa mereka berjalan. Masa sangat terhad.

Antara aktiviti Sabtu dan Ahad, mereka lagi gembira dan seronok dengan aktiviti hari Ahad. Ternyata jiwa mereka tetap pada alam sekitar,dan  bukan pada pembangunan yang menyesakkan. Lagi pun kat JB tak de sungai-sungai macam tu. =)

Jadi aku cadangkan kat anak-anak buahku bila nak masuk Universiti nanti (belajar pandai-pandai dulu), amik Kos Perhutanan macam Uda dia. Pastu selalu dapat masuk hutan dan jumpe air sungai. hehe ;)
Nak lagi mencabar, juin kelab-kelab rekreasi, boleh panjat gunung, mesti jumpa air sungai yang lagi best sebab tak da orang ramai.

Angah- nampak gaya macam terarah minat yang sama dengan ku iaitu aktiviti lasak cuma perlu kikis perasaan takut untuk mencuba. Ada masa Uda bawak Angah gi aktiviti lasak macam climbing.ok.

P/S:  Ulu Yam VS KLCC. Yang menang undi adalah Ulu Yam .hehe!
Biskut cantik buatanku
Bulan ni mungkin bulan sibuk buat diriku..
Sempena perkahwinan adik yang bakal menjelang tiba, jadi selaku ahli keluarga perlulah menyumbangkan sesuatu untuk majlis nya.

Untuk memberi sumbangan dari segi kewangan aku tak mampu. Untuk jahitkan langsir, mesin jahit tak ada lagi. maaf ye ija.. akak ko ni sengkek banyak.

Jadi untuk tidak menghampakan adik, hanya sedikit sahaja sumbangan yang mampu diberi. Sumbangan telur pindang dan sesuatu berupa makanan (cookies) yang dapat ku buat untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir.

Fancy cookies buatan ku sendiri. rasanya tidak seenak pakar pastry, tapi sekurangnya aku dapat menyalur sesuatu buat adikku..

tadaaaaa......!



ini lah dia rupa fancy cookies tersebut. fancy kan??hehe! budak-budak mesti suka dapat cookes nih sebab ade deco colourful dan terasa sayang nak makan.. hehehe.macam aku mule2 buat. nak makan pun sayang..
=)

ok. yang ni special untuk yang tersayang.. rasa sayang nak makan kan?? hehe takpe..nanti kite wat banyak2 tuk sayang eh..
gamba dari henpon buruk. jadi ini la hasil gambar nye..hehe  

owh..ada orang cadangkan ku buat jualan untuk hari raya, mungkin boleh dipertimbangkan.. boleh dapat side income. tapi mana ada masa...

ok da..nak gi dating dengan si dia..jap gi dia nak balik johor dah...tettttt~~~ =)
Lawatan ke Tanjung Karang
16 dan 17 April 2011..

Aku diberi kesempatan sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanjung Karang. Peluang tak kan dilepaskan. kerana aku pasti ade sesuatu yang menantikan ketibaanku. Telah lama aku impikan untuk menyaksikan keindahan dan menghirup udara segar di sini. Saujana mata memandang. Tiada bunyi bising, tiada asap mahupun jerebu kota. Segar, segar dan segar.

Sebelum aktiviti lawatan ke kawasan bendang, kami jalan-jalan di pekan tanjung karang dulu.. makan durian.

Durian ni sedap dan rasa lagi sedap bila makan bersama-sama rakan. pastu nengok orang ramai pun makan kat situ jugak. Memang meriah.

Lepas makan durian, barulah aktiviti yang utama. hehe. Aku agak jakun dan sangat excited bila jejakkan kaki kat sawah.. =) berlari, melompat dan untuk seketika aku lupe akan usia ku..hehe. tapi takde orang pun kat kawasn tu. Ni kali kedua dapat jejak ke area sawah. 1st time tahun 2008 di Sekinchan. tapi hanya dapat tengok saje lagi pun aku dtg kerana ziarah bapa seseorang meninggal. tak manis pulak nak jalan-jalan suka hati.

Kegembiraan tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Dan pada aku, mereka yang tinggal disini beruntung kerana ditakdirkan hidup di kawasan yang menarik dan tenang macam ni. Mereka yang tinggal di bandar pasti teruja bila sampai ke tempat macam ni. dan mungkin ada juga yang tak heran sedikit pun.


Panorama yang indah adalah saat terbit dan terbenam nya matahari. Cukup indah dipandangan mata.
Jadi bila kamu ada kesempatan sila-sila la jejakkan kaki ke sini. kamu pasti akan temui ketenangan. Saranan ni juga untuk mereka yang dilanda kekecewaan dalam percintaan atau kehidupan.

Yang pastinya aku suka suka dan suka tempat ni. Ada masa nak datang lagi.
Makcik dan pakcik di kampung ni pun ramah dan mesra. Seronok dengar orang jawa berborak walaupun tak paham sepatah hape pun.hehe

 nadiea dan sue (baju baru ni)


Sebenarnya tujuan utama datang ke tanjung karang ni sebab rakan seopis "Nadiea Mahfuz" ni tunang. sambil selam minum air la kan..hehe

Tahniah kepada Nadiea dan Zaim. Semoga jodoh korang berkekalan hingga ke akhir hayat..

~TAMAT~

prihatin seorang adik
hey ho! dapat msg dari seseorang..dari adik aka ijot. (panggilan ijot hanye untuk ahli keuarge aje..hehe)
tetiba je dia msg bertanye soalan yang pelik..

ijot "uda, ko suke panjat-panjat kan, climbing?"

"haah, suka.. nape? ade port baru ke? nak ajak eh?"

ijot "tak lah. kau dah nengok cerita 127 hours? seram"

"dah..beli cd je. best cite tu kan?"

ijot "huhu.. jangan panjat-panjat lagi lah. bahaya. aku nengok cerita tu teringat kat kau. tangan dia kene potong.risau.."


"eh tak la. tu dia gi sorang2. aku gi dgn kawan. .. lg pun sekrg main wall je takde rock climbing dah.. tp da lame tak buat hehe. jot, sayang jugak kat akak kau ni eh..hehe"

...............
terharu dengan keprihatinan adik. thanks ijot.=)

p/s: masa nengok cerita 127 hours tu aku rase macam nengok ayie je. gaya memang ayie abes. hehe
blog di block
assalammualaikum rakan semua.

sekadar nak bagitahu bahawa banyak website da di block kat office ni.
blogger.com tak terkecuali.

jadi kadar keaktifan blog ini akan tersekat. sebab nya ku hanya aktif di pejabat saje.
nampaknya perlu lakukan anisiatif lain.

mungkin ku akan berdaftar dengan celcom broadband.

kambing gurun betul! wekks!!!

--> thanks zarin bagi pinjam lappy.
Seniman 9
"Seni...perkara yang paling halus..dalam dunia......"  petikan dari lirik Tangisan Marhanis.


Jam 5.00 petang bertempat Bilik Muzik, Ibu Pejabat JPSM....

Terdengar petikan gitar dan ketukan drum, alunan kaki terus melangkah ke bilik ini..
kelihatan beberapa pegawai sedang jamming.
aku suka muzik. (tak termasuk hip hop or rap. seolah perosak muzik.) 
suka melihat orang yang pandai bermain alat muzik.
gitar, drum, piano..ape pun termasuk seruling.
aku kagum dengan bakat mereka.
tak semua orang dikurnia kan bakat seni.
mereka adalah yang terpilih.

ada yang perlukan kelas untuk bermain alat muzik,
tapi mereka tidak. mungkin bakat semulajadi..
bakat yang datang dari minat dan kesungguhan.

katanya dulu suka melepak bawah pokok tepi kampung. hehehe
ok. dulu selalu jugak nampak remaja-remaja melepak sambil bermain gitar
dan sambil mengacau anak dara orang.. nakal masa muda.
tapi kini keadaan begitu dah lama aku tak saksikan...

oklah..nak layan diorang jamming.. lagu era 80-an dan 90-an. yess! memang  dengan kena jiwa.

rindu nak dengar petikan gitar solo dari orang yang jauh di Johor..Dia salah sorang yang dikurniakan bakat seni.

p/s : nak dating di tepi pantai sambil kekasih petik gitar dan nyanyi tuk dirii ini. owh suwiitnye! <---berangan aje!
Tanda Ape ni?
Sejak kebelakangan ni, ku sering di serang sakit kepala.
tak tau kenapa.. tapi bukan pening. sakit yang teramat sangat.
sakit yang tak pernah ku rasa selama ni. bukan pening nak demam. bukan..
bila diserang, tak leh buat ape-ape. cuma mampu baring dan cuba untuk lelapkan mata.
tapi ternyata sukar.
makan panadol sebiji, dua biji..masih tak hilang..

Sakit kepala ni sering  menyerang tiap kali selepas ku minum air yang berkafein (kopi @ cappucino) atau pun selepas makan daging.
rasa sedikit lega bila rambut-rambut disentap dan ditarik.

Adakah itu petanda migrain?
Hmm..tak mungkin lah.
harap ia hanya sakit biasa.

kali ni, dah 3 kali diserang.

(*.*)
10 Things I Hate About You


I hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind
I hate you so much that it makes me sick
It even makes me ryhme

I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry

I hate the way you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all.


..all out of love..
ala Tok, Tolong Jangan Saman
Tempoh membayar saman dilanjutkan sehingga 10 Mac 2011.

sedikit gembira mendapat tahu pengkhabaran tersebut. Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara dan termasuk 2 saman dari ku. huh!

Saman 1 - Kemalangan kecil di area Perigi Hang Tuah, Melaka akibat kecuaian. Orang melaka tu tak da toleransi langsung. Walhal boleh settle luar balai. tahi la ko! Kejadian pada tahun 2008.

Saman 2 - Speed trap di Batu Pahat. mase ni nak test drive kete baru. maka, terimala akibatnya pada tahun 2010. dapat tahu dari web MYEG.

kepala makin pening. tak tahu nak dulukan mana satu. Sama ada,
1. 2 saman tersebut, atau
2. Servis kereta sebab milleage dah mencapai tahap maksimum

nak selesaikan semua sekali gus, memang mustahil.

Jika saman tak diselesaikan, maka lesen dan roadtax tak dapat nak renew. Lesen mati bulan depan (April), roadtax pula perlu renew bulan Jun...

Rambut mula keguguran..botak..botak..

Inilah harga yang perlu dibayar bila buat keputusan tuk memiliki kenderaan sendiri.

huuhhh..keluhan berat dilepaskan...cemana nak menyimpan nih..T.T
Tangisan Lelaki Sejati
"Kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia...
dan kadangkala kita perlu bergembira bagi setiap titisan airmata..."

Salahkah jika seorang lelaki menangis dan mengeluarkan airmata?
Sebenarnya tidak salah lelaki menangis.. Mungkin pada mereka (sesetengah orang) lelaki tidak macho bila ia menangis. Tapi pada saya tidak. Ia menunjukkan satu sifat yang tulus dari hati seorang lelaki. Menangis nya seorang lelaki bersebab. Hanya sesetengah lelaki terlalu ego untuk mengeluarkan airmata. Hati ini akan tersentuh dan luluh tatkala melihat titisan itu jatuh di pipi insan bernama lelaki...

Lelaki..
Bila sebut tentang lelaki perkara yang sinonim dengan sifatnya adalah kegoan itu sendiri.
Tetapi, saat jatuh nya air mata seorang lelaki, maka lunturlah keegoan yang sering mereka pertahankan.
Maka terbitlah satu sifat yang tersirat dari dalam sanubari seorang lelaki..
bahawa...lelaki juga punya kelembutan yang tersendiri. Satu sifat yang kita tak pernah jangkakan. Sifat yang jarang ditunjukkan. Walau lelaki kelihatan begitu gagah, hakikatnya lelaki juga punya kelemahan. Kerana lelaki juga adalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan...

Di sebalik tangisan lelaki sejati, tersembunyi sebuah kekuatan yang luarbiasa..

Maka, hargai lah tangisan lelaki. Sama ada lelaki itu adalah ayah,  adik beradik, rakan-rakan atau pun seorang kekasih...
Berita gembira
16 Februari 2011
Mood : Happy

Berita dari incik kekasih.
Incik kekasih dapat penempatan di Jabatan Perhilitan Johor Bahru.

"JB? kan jauh dari KL? itu gembira?

Mestilah gembira.
Biasa pulang ke kampung dengan niat nak jumpe ibunda sahaja, tapi kini sudah ada penambahan.
*wink!

p/s: Bulan Mac ni saya pulang ke JB, bulan seterusnya awak datng KL ya. =)
Dia sungguh manis
Ape perasaan korang bila dapat pnggilan dari incik kekasih, tetapi incik kekasih tak cakap pape pun..
Yang kedengaran  hanyalah petikan gitar dan si dia sedang mendendangkan sebuah lagu untuk korang..
Habes saje sebuah lagu, talian diputuskan tanpa sempat mengucapkan terima kasih..
Mesti tersenyum sampai ke telinga kan..

suwittt tak???

hehehe..suwiittt sangat tau.. ada saja kejutan dari incik kekasih. =)

semakin rindu untuk menatap wajah kekasih. (Q,Q)
Alam Fantasi
Hansel and Gretel




hey hey.. korang ingat dan tahu tak cerita Hansel and Grettel ni?? mesti tahu kan.

Ni salah satu cerita yang ku suka nontot tatkala kecil dulu. Bila nonton cerita ini, aku mula hidup di alam dunia fantasi ciptaan sendiri. Dunia fantasi kanak-kanak yang mana org dewasa tak dapat jangkakan dan selami. Dunia di luar kawalan minda.

Suka rumah kek dalam cerita tu. nampak sedap bila dicubit dan dimakan. Ceritanya makin kabur dalam minda, tak pasti yang ku nonton versi mane.

Cerita ni da tak siarkan di tv lagi ke eh? Teringin nak menonton bersama anak-anak buah dan mereka pasti suka cerita ini. Atau cara lain minta incik kekasih download kan saja la.
Cuti dan Seorang Ayie
10 hari cuti. Mereka kata itu cuti panjang, tapi tak terasa pon panjang nya.
Terasa begitu cepat masa itu berlalu.. Hari ini sudah mula bekerja.

Aktiviti masa cuti tak banyak mana pun. Sekadar menghabis kan masa di rumah, melakukan tugasan hakiki selaku seorang anak dara, melayan karenah anak-anak buah yang sedang membesar, melayan anak-anak kucing yang dikutip akibat dibuang oleh tuan nya, membawa keluarga berjalan-jalan serta berjumpa kawan-kawan. Percutian yang biasa saja kan. Tapi itu cukup membahagiakan.

Bila tiba ketika untuk meniti perjalanan ke Kuala Lumpur, hati menjadi berat. Akibatnya, suka melengahkan masa. Cadangan awal pulang ke KL jam 12 tengahari, pasti akan menginjak hingga jam 5 petang. Ibunda faham dan juga risau. Risau jika pulang terlalu lewat dan akan menempuh gelap malam seorang diri. Jangan risau Ibunda, anak ini pulang ditemani seorang rakan.

Masa cuti, perkara paling best bila dapat ketemu Mohd Haniff aka Ayie. Rakan coursemate semasa menuntut ilmu di Upm suatu ketika dulu. Ayie.. seorang yang setiakawan. Walau jauh dia pergi, tetap tak lupa kawan. Sentiasa updet pekembangan dirinya samada tentang kerjaya atau pun kehidupan. Aku bukanlah teman baiknya tapi kami agak rapat. Mungkin rapatnya kami kerana faktor umur sebaya tapi tidak rapat secara terangan. Maklumlah masa jadi student dulu hanya beberapa org saje yang umurnya ter"lebih" cikit.

Untuk Ayie, terima kasih sebab sudi meluangkan masa beberapa hari semasa hari cuti ku yang lalu. Rakan-rakan sekerja ayie pon memang best dan sempoi.  2 3 hari keluar dengan ayie dan kawan kawan, memang best. walau pon baru berkenalan, seolah da lame berkawan. Ada saje aktiviti nak dibuat, tetapi akibat aral melintang maka aktiviti tergendala. takpa mungkin lain kali boleh buat lagi kan. Masa untuk ayie menghabiskan sisa-sia membujang pon hanya tinggal 3 bulan. Sebab tu idea macam-macam kan? Hehe..paham..paham.

 berlatar belakang Danga Bay

ayie dan rakan-rakan.
 (kedua-dua gambar masa outing taun lepas.. yg terkini tak dapat lagi dr tuan kamera)


p/s: malam aritu aku bukan merajuk eh. Tak gheti aku nak merajuk dengan kawan-kawan. hehe
Kecemasan
tuk tuk tuk...
petanda msg masuk.

"Uda..mak jatuh, tangan patah..."

Degupan jantung terhenti.
Saya tak keruan. Segera msg kekasih dan kakak ipar. Beritahu berita yang sama.
Airmata mengalir. Resah.
Jumpa bos minta cuti kecemasan. bos luluskan. Terima kasih Puan Poh.
Menyiapkan tugasan yang diamanahkan sebelum cuti panjang.....10 hari.

Saya mahu segera pulang ke Johor. Ibunda kini di Hospital.
Saya sedih.. Saya risau.. Saya tak nak apa-apa berlaku kat mak..
Saya nak mak sihat-sihat.

Mak pernah rahsiakn sakitnya dari saya. Tapi mak tak berahsia dengan adik beradik yang lain. Katanya saya mudah sedih dan tak setabah yang lain. Jadi mak tak mahu saya risau. Ya, saya akui saya tak boleh tahu bila mak sakit-sakit. Saya seorang yang mudah risau. Dan seorang yang mudah sedih bila sesuatu berkaitan mak atau keluarga.

Mungkin kalau mak ada di Kuala Lumpur dengan saya, semua ini tak berlaku...

Jangan Suhaida! Jangan berkata begitu. Kau mula menyalahkan takdir.

Astaghfirullah al'adzim. Ya, Allah Berdosanya aku.

Suhaida..kan kamu da berjanji tak mahu guna perkataan KALAU!! kau tahu kenapa kan? tapi kenapa masih sebut perkataan tu!!

berdiam diri. hanya ada bayangan ibunda.

Sedih..Mak..anak mak dalam perjalanan pulang ke pangkuanmu. Semoga perjalanan ini sentiasa di dalam redha-Mu Ya Allah..
Jangan Ada Benci
"Kebencian dan dendam ibarat ikatan yang mengelilingi hidup.
Jangan biarkan diri kita menjadi hamba pada kebencian. Lepaskan ikatan kebencian dan dendam yang hanya akan merosakkan hati dan hari-hari indah anda.
Berikan kemaafan setulus hati. Kamu pasti bahagia."


>Monolog antara Aku dan Suhaida<

Suhaida..adakah engkau membenci sesiapa??
   Tak..tiada sekelumit perasaan itu dalam hati ini.

Jika ada yang membenci engkau?
  Biar..Aku ampunkan dia. Semoga hidupnya tenang tanpa rasa benci.

Semudah itu kau beri kemaafan?
  Jika aku balas dengan rasa benci, itu adalah dendam. Aku kenal diri aku. Kau pun kenal siapa engkau kan. Jadi untuk apa punya rasa itu?

Aku dan Suhaida senyum sesama sendiri...Ya, Jangan Ada Benci.
Hari Keluarga JPSM
Ahad, 23 Januari 201

Aktiviti hari minggu yang lepas-terlibat dengan Hari Keluarga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang diadakan di Wetworld, Pedas, Negeri Sembilan.
Penyertaan pegawai serta ahli keluarga yang sangat memberangsangkan. Dapat berkenalan dengan ahli keluarga staff-staff. seronok bila melihat mereka membawa anak-anak kecil, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.
Aku, pergi bersama rakan sekerja. Nak bawak family, mereka jauh di Johor. Masih ramai staff di jabatan status nya masih bujang. Jadi ape salah nye pergi sendirian kan..

Sukaneka 12 tahun ke bawah.
hah..ni adelah aktiviti paling best. nengok aksi kanak-kanak yang riang ria sertai permainan yang disediakan. Kanak-kanak yang cumel-cumel. Paling suka bila lihat aksi kanak-kanak diantara usia 5-7 tahun. genit dan aktif. rase nak culik! mereka bertanding, yang dewasa-dewasa tepi padang yang semangat nye lebih. menjerit dan memberi sokongan.  seperti berada di sukaneka kanak-kanak tadika. Seronok sgt!


serpihan penyokong! (nak pedajal orang je dak muncit tu)


Sukaneka untuk golongan dewasa.
Disebabkan terlewat daftar, hanya dapat sertai 2 permainan saja. Bowling padang yang menggunakan sebiji kelapa, serta permainan "semakin jauh, semakin sayang". Nama game best kan. walhal hanya permainan membaling telur pada pasangan dengan jarak yang telah ditetapkan. 8 pasangan yang sertai game balingan telur itu. Semua penyertaan adalah pasangan suami isteri, tapi kami tidak. Hanya rakan, "Sue dan Amy". Dan aku saja wanita yang menyambut balingan telur. Tapi kecundang pada jarang 120 meter. Hanya menang gaya! hehe

Ini amy-si pembaling telur.

Sungguh-sungguh bila bermain!

akhirnya pecah jua..

ayat orang pasah..kalah menang adat pertandingan..eceh!
Tetap bawa pulang hadiah No 3 untuk game bowling kelapa. hehe.

Cabutan Bertuah!
No 029!! Buat pertama kali no cabutan bertuah ku naik. selama ni xpenah ada tuah agaknya. hehe. dapat cabutan top 10 dari 70 cabutan. hadiah rice cooker. Buat simpanan saja. Kat rumah da ada dan masih boleh digunakan. Atau mungkin akan di recycle tuk diberi hadiah perkahwinan rakan. hehe. Tak baik membazir.

Penghibur bersama hadiah Grand Prize..

Aktiviti tambahan.
Selesai majlis, pakaian ditukar, dan terjun ke kolam sekitar wetworld. Berenang sikit-sikit, main gelungsur guna boya dan jerit-jerit. Jeritan seperti bermain roller coaster! Orang tak ramai, jadi berkali-kali naik tangga dan main gelungsur. berkali-kali juga menjerit. puas tau dapat jerit..tak da org nak marah2. hehe.
last aktiviti, berendam dalam kolam air panas sampai badan melecur. Mungkin lemak-lemak banyak da pecah. Mau cuba? Mari la ke Wetworld Pedas. Best!
Hey kamu! Stalker!
Stalker maksudnya si pengintip, atau si penyibuk hal org yang disukai atau dibenci.

Ape yang korang rase jika ade yang stalk korang? bangga? atau resah gelisah?
Tak kira la dimana pon. contohnya dalam dunia maya ni macam fb, blog atau apa-apa sosial network, atau juga di alam realiti. Mesti akan wujudnye si stalker. Cuma kita tak tahu atas kewujudannya.

Untuk ape mereka menjadi stalker?
Mungkin sekadar nak ambil tahu pekembangan org yang diekori, nak tahu bahagia atau tidak nya orang tu atau pon menjadi kan dia sebagai idola. Stalker yang bahagia, atau tanpa niat jahat, aku rase takde masalah. Tapi kalo stalker yang mempunyai PHD. itu bahaya. Atau pun stalker yang pasang niat yang busuk atau bahasa kasarnya ade niat yang jahat. owh, mintak dijauhkan.

Dan, aku rase aku mangsa si stalker. Cemana tahu? Sebab ade yang bagitahu. Dan bukti-bukti yang aku dapat.
Antara ciri-ciri dan aktiviti stalker.

1. Buat-buat call atau msg kononya salah no.. at last kantoi!
2. Buat account fb baru, menggunakan nama dan gamba profile org yang tidak dikenali, kemudian add si mangsa dengan niat nak tahu aktiviti si mangsa.
3. Baca blog secara diam. Mana tahu pasal blog? hmm..kalau da stalker, benda ni small matters je kan. Ini berbeza dengan kenalan atau kawan yang folow blog tanpe pengetahuan kita. Tak sama.
4. Mengekori kemana saja si mangsa pergi. <----yang ini bahaya.
5. Si stalker tahu dimana kita kerja dan kita tinggal, tahu siapa pasangan kita walaupon tanpa diberitahu. Pendek kata tahu segala-galanya nye la.
6. Dan mungkin banyak lagi cara.

Yang tak best nya.. da la kau stalker, lepas tu hati sendiri sakit. Sendiri tak puas hati. Hah ! Padan la muka! stalk la lagi. Loser betul! (ops maaf, terkasar sikit)
Sudahlah. Jangan ganggu hidup aku lagi. tak perlu nak susahkan dan bebankan hidup aku lagi. Aku Bahagia dengan hidup aku. Dan aku doakan kau (si stalker) dapat hidup dengan aman dan damai. Jaga kehidupan kau baik-baik.

Biasa nya yang jadi stalker adelah si peminat misteri atau si Ex. Kawan ku juga stalk dia punye ex-bf. Mungkinkah perkara ini normal? Entry ini ada kena mengena dengan yang hidup. Entry ini untuk "beliau". Sapa "beliau"? Hanya org tertentu yang akan faham..;)

Anda terasa. Mungkin bukan anda yang dimaksudkan.
benci perasaan ini!
Tak mahu pulang ke rumah..

kenapa? sebab sunyi..

Jam 8 pagi tadi menghantar emak ke KL Sentral. Mak terpaksa bergegas pulang ke Johor atas urusan yang penting. Selama sebulan mak tinggal bersama ku. Tidur malam ditemani emak. Di pelukan emak.
Tapi malam ini kembali bersendirian.

Hanya sepi dan kesunyian menamani diri.. Hmm...Lemahnya aku..

Tambahan pula, si dia sudah jauh..

"Malam ini ku sendiri..tiada yang menemani...seperti malam yang sudah-sudah"
Pengganti Diri
Sekeping kad.. Sebuah cinta..

Saat titipan kata dibaca, mengalir titisan air mata. Sepi. Rindu. Itu yang dirasa. Ada kata sepi itu indah. Saya tak rasa keindahan dalam kesepian. Malahan hanya kerinduan yang menyakitkan.

Si dia sudah pergi. Pergi menjauh.. Perginya untuk masa depan yang lebih terjamin. Untuk mengejar cita-cita dan impian. Saya lepaskan kamu pergi. Kerana pemergian kamu untuk sebuah kehidupan. Saya akan tetap menanti kamu biarpun berganti purnama. Saya janji demi cinta kita.

Rindu. Sudah pasti hadir tatkala terkenangkan kamu. Rindu segala tentang diri kamu. Rindu senyuman kamu. Rindu gurauan manja kamu. Rindu gelak tawa kamu. Rindu nasihat dan kata-kata semangat dari kamu. Saya rindu segala-gala tentang diri kamu. Saya harap saya kuat dan tabah lalui kehidupan tanpa kamu di sisi. Kamu adalah sumber inspirasi..

Sepi. Ya, saya sepi. Kesepian mencengkam jiwa. Walau pun kamu jauh, tapi kamu tetap dekat di hati. Saya nak kamu selama-lamanya di hati ini. Saya rela kamu jauh di mata, tapi tolong jangan jauh dari hati. Tolong jangan. Saya tak sanggup. Saya tak sanggup nak hadapi sebuah kehilangan. Cukup la pengalaman yang lalu. Ianya sangat perit untuk dilalui. Kamu pun tahu sakit nya macamana..

Saya nak kita bersama menjaga cinta. Bersama menjaga sebuah perhubungan. Walau pun kita jauh..
Semoga cinta kita diakhiri dengan kemanisan. Semoga cinta kita diredhai oleh-Nya. InsyaAllah.

Saya percaya, Rindu akan menguatkan lagi sebuah perhubungan. Saya Sayang Awak, Alfiesyahril.
Setulus Hati...

Saya terharu dan terasa pilu..

p/s: Saya sering ditakdirkan Cinta Jarak Jauh.
Keinginan tu ada
Semalam..

Terasa sangat nak jogging di petang hari. Balik kerja, terus memandu ke tasik titiwangsa.
Baju persalinan memg da standby dalam bonet. tinggal nak dan taknak je.
Kereta da parking, tapi masih berkira-kira, nak jog ke tak nak..

hmmm..tak best nye nak jog sorang-sorang.

5 minit...10 minit...terbuang macam tu saje. Sambil melayan lagu-lagu Ella dimainkan di corong radio dan menyaksikan orang-orang yang sedang menikmati cendol.
Sedapnye. Nak turun makan cendol jugak. Tapi terpikir, ku sendirian, niat dibatalkan.
Tu la padah, biasa wat sesuatu berteman. Bila da sorang-sorang semua benda tak jalan.
Tapi memang sedari dulu tak suka makan sendirian. Nanti terasa sayu dihati.

Dari terus membuang masa, niat untuk berjoging terus dibatalkan.
Akhirnya, kereta terus meluncur di jalanan.

Mungkin perkara ini akan berlanjutan sehingga ku punya keinginan dan kekuatan tuk berjogging sendirian.

Dan selepas ni incik kekasih semakin jauh.
Saya akan merindui awak.. (Q,Q)
Ingatkan Dia
Jangan disusun kata-kata penamat..jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi..biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku..kisah kau tersedar..dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama..mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri..biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku..kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa..kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak..setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda..kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku..kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa..ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak..setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku..kisah kita
......................

Seperti biase, blogger picisan seperti ku mahu mengulas juga tentang lagu yang menjuarai Juara Lagu ke 25 baru-baru ni. Masa diumumkan juara, aku seolah tergamam dan keluarlah kata-kata dari juri tak profesional macam aku nih..

"lagu ni menang?? bukan best pon" <------ aku rase tak best sebab tak pernah layan lagu nih. bila lagu ni berkumandang di radio, pasti akan tukar siaran lain.hehe

dan nak diikutkan tak leh nak jangka siapa juara. sebab mmg kurang layan lagu baru. lagu Faizal Tahir "Hanyut"  tu aku tahu pon lepas nini cakap lagu tu best, dalam 2 bulan lepas baru sedar ade lagu ni. owh..aku memg tak up to date. Jadi aku curi sedikit mase tuk mendengar.

Tolong Ingatkan Aku..
Aku tak pernah faham ape yang Ana cuba sampaikan melalui lagu nih. Di tambah pula cara nyanyian yang aku tak gemar. slanga dan pelat omputih. ok, itu cara dia. jangan pertikaikan.
Jadi untuk mengukuhkan sebab dan mengapa juri juri profesional pilih lagu ni sebagai juara, maka dengan rajinnya telah menggoogle kan diri mencari lirik lagu tersebut. aku bace, aku fahami, aku hayati.

Metafora. Liriknya puitis. lain dari lagu2 yang tercalon. dan aku mula akui lagu ni memang layak menang.
Maka, Nah Ana Rafali. Aku takkan pertikaikan kemenangan kau!

~nasib ade pesembahan dari Tok ti. Siti Nurhaliza..tetap dihati..wiweeettt~
Laman yang sosial
Kita semua sedia maklum bahawa Facebook menjadi fenomena dan trend komunikasi paling popular pada masa kini bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Facebook muncul sebagai rangkaian sosial yang cukup inovatif dan interaktif bagi mereka-mereka untuk berkomunikasi dengan kenalan, berkongsi pandangan, bertukar maklumat, kritikan dan macam-macm lagi. Diri ini tidak terkecuali.

Tapi perlu diingatkan pada diri sendiri, setiap perkara ade kebaikan dan keburukannya. Semuanya bergantung pada sikap dan diri individu itu sendiri bagi menentukan baik buruk sesuatu perkara.
Disini bukan mahu menghighlitekan keburukan dan kebaikan facebook nih, rasenya semua tahu baik buruk nya. Cuma disini sekadar ingin memberi pengingatan tentang perkara yang kamu jangan lakukan di Facebook.  Ingatan untuk diri ini juga.

1. Menulis status mengatakan kamu bersendirian dirumah atau kerja lebih masa di pejabat sorang-sorang. Bahaya. Kita tak tahu ape hati orang. Kita punya friendlist beratus-ratus mahupon ribuan. sudah tentu kita tak tahu hati setiap orang. Berwaspada itu perlu. Terutama pada rakan wanita. hati-hati ya.

2. Menayangkan gambo korang pegang duit ribu-riban, bagitau dunia korang banyak untung, banyak dapat duit. Sang perompak atau penyamun yang ada facebook mesti akan aim korang as mangsa seterusnya. Sekali lagi, berhati-hati dengan permainan alam maya ini.

3. Jangan dedahkan butiran peribadi yang tak patut diketahui oleh org lain. seperti ic, penyata akaun, alamat rumah, no tipon. tahu tak dengan pendedahan macam ni, kamu hanya mengundang penjahat untuk merancang sesuatu yang tak baik. Minta dijauhkan.

4. Upload gambo-gambo "terlampau", walaupon hanya orang-orang tertentu je yang boleh melihatnya. cuba bayangkan org yang kamu percayai sebarkan gambo-gambo tersebut? tak ke haru? kes-kes banyak berlaku pada artis-artis. jadi, sentiasa hati-hati.

5. Merungut perihal kerja atau majikan padahal majikan ada tersenarai dalam frenslist. tanpa disedari Ianya akan menjejaskan reputasi kerja anda.

6. Status marahmu. walau kite tengah "panas", cuba elak dari luahkan di facebook. Kemungkinan orang yang tidak berkenaan pula yang terasa. dan kamu pula akan di cop "Minah Baran" oppsss. tak best kan jadi minah baran? so far, belum penah luah rase marah di fb..

7. beri pandangan peribadi tentang perkara yang menyentuh sensitiviti teman yang berlainan bangsa dan agama. Tak elok macm tu. Kita kan 1 Malaysia.

8. Keluhan atau cerita keburukan pasangan dan masalah dalam perhubungan. Kita kena hormat pasangan kita, kalau rasa tak puas hati kan lebih elok berbincang. buat apa nak bagitahu semua orang. tak takut ke kalau ade orang yang ambil kesempatan ketika hubungan di landa masalah. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

9. Syok sendiri. Suka "like" pada gambo dan status sendiri.

10. Yang terakhir dan paling penting, walau sedang asyik berfacebook, harap kita semua tidak lalai dan tidak mengabaikan tanggungjawab hakiki kita sebagai umat islam dan sebagai pekerja. Ingatan tuk diri sendiri yang sering lalai dengan urusan duniawi. Astaghfirullah..

...................

Aku pernah melukai hati seseorang kerana status yang dikawal oleh emosi. Hampir terputusnya tali persaudaraan Islam. Hanya dengan maaf setulus hati, semuanya kembali normal. InsyaAllah tiada permusuhan antara kami. Aku hidup bukan untuk bermusuh, bukan untuk berdendam dan bukan juga untuk membenci. tapi untuk saling menyanyangi sesama umat dan merapatkan ukhuwah sesama Islam. Semoga tiada benci antara kita.


p/s: desas desus mengatakan pengasas facebook, Mark Zuckerberg akan menutup laman sosial ini pada 15 Mac 2011. pesanan nya, jika tak mahu gamba-gamba semua hilang, sila save dari sekarang. =)


Hidup dengan aman.