Selingkar kisah
Salam.
orang yang tak punya bakat cuba melukis wajah sendiri.


Semoga perubahan yang dilakukan dalam diri mendapat keberkatan dan Rahmat dari Allah. Semoga ianya berterusan dan sentiasa bertambah baik.
 
Sebenarnya banyak perkara yang terjadi dan berlaku dalam diri dan  di sekeliling  yang berjaya membuka hati aku. Ya, banyak. Ia seolah petunjuk dan pesanan pada diri aku yang sering kali alpa.

Salah satu yang ingin di kongsi adalah perbualan antara aku dan seorang pemandu kenderaan jabatan semasa perjalanan ke Putrajaya beberapa bulan yang lalu. Aku tidak rapat dengannya. Namun aku senang berbual dengannya.
Banyak yang kami bualkan. Tentang diri, keluarga, kerja. Sehingga la ke satu topik iaitu tentang Umrah. Aku katakan padanya, aku teringin untuk menjejakkan kaki  ke Tanah SucI Allah, dan nak bawa mak bersama untuk lakukan Umrah. Itu hasrat aku dari sekolah lagi. Tapi aku takut. Takut untuk jejakkan kaki ke sana kerana aku sedar aku banyak melakukan dosa. Aku rasa kan seolah aku tak layak berada di sisi Allah. Mungkin kerana aku takut dengan bayang-bayang sendiri.
  
Aku seperti  tak yakin Allah mahu terima aku di Tanah Suci itu. Kerana  banyak dosa yang aku lakukan sepanjang hidupku.  Salah satu yang paling jelas dan nyata, aku tidak menutup aurat. Setiap hari dosa ku di catit. Aku sedar. Namun aku tetap berdegil. Walau terkadang hati di sapa untuk menutup aurat. Tapi aku sering abaikan dan biar hasrat itu terbiar di tepi.
Ya, Allah. Berdosanya Aku. Aku seperti  mempermainkan hukum Allah. -Nauzubillahi min zalik-
Kata-kata pemandu itu benar-benar menyentuh hati kecil ku. Katanya, aku tak perlu takut tentang penerimaan Allah. Allah sentiasa menerima hambanya. Cerita mengenai pengalaman nya, pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Allah, dirinya masih ligat bermain judi dan masih tegar meneguk ‘air kencing syaitan’. Namun Allah maha pengampun lagi maha Penyanyang. Dengan izin Allah, dirinya berubah. Tiada lagi arak dan judi. Hidupnya kini lebih tenang. Pesannya, yang penting adalah hati kita sendiri. Hati kena kuat. Hati dan diri sendiri yang mahukan perubahan.
Kata-kata nya terus berlegar di kotak pikiran.
Ya, aku mahukan perubahan dalam diri. Bukan saja penampilan malahan keperibadianku.
Insya-Allah.

“barangsiapa hijrahnya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada keredhaan Allah dan RasulNya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijranya dinilai sebagaimana yang diniatkan”

p/s Kemungkinan besar facebook “Tsu Feh Sufiah” akan terkubur dan hanya tinggal sejarah.
2 Responses

  1. ratukasih Says:

    kak susu~~~ (bleh tak nak tiru cik ninie gak~~~)
    akhir2 ini diri ini lebih perlukan rakan-rakan daripada "insan itu"


Jarimu menulis