Cuti buat mereka
Salam.

Minggu ni ibuku dan 2 orang anak buah bercuti ke rumah usangku di Taman Melati, Setapak.
aktiviti hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti berjalan-jalan. Ni la masanya dapat bawa mereka ronda-ronda Kuala Lumpur.

Semuanya adalah destinasi bajet.

Sabtu:-
Bawa mereka melihat suasana sekitar KL, menonton wayang di WangsaWalk, jalan-jalan dan duduk merehatkan badan di taman KLCC, shopping di IKEA (tak shopping ape pun, cuma beli set periuk murah untuk ku)
aktiviti yang biasa dan takda istimewa mana pun sebab kat Johor pun boleh buat aktiviti yang sama cuma suasana berbeza.

Kena pikirkan satu aktiviti yang best.

Tetiba dapat idea untuk bawa mereka bermandi manda di Sungai. Dalam fikiran hanya terlintas ULu Yam yang terletak tak jauh dari rumah. Nak bawak ke Sungai Congkak macam jauh sangat.

Makanya,

Ahad:-
Pagi hujan lebat, aktiviti mandi macam terpaksa dibatalkan, namun keadaan kembali reda pada jam 11pagi. sambil ditemani anak buah, lauk basah dibeli dikedai runcit untuk masak bersama mak. Cadangan membawa bekalan makanan dan makan-makan di tepian sungai. akhirnya jam 2/3ptg sampai ke Sungai Tua, Ulu Yam.

Dah tak ramai orang. kebanyakan pengunjung da beransur pulang. Ni peluang terbaik. Parking pun mudah, nak cari port mandi yang best pun senang.

Terpancar kegembiraan di wajah ibu dan kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Mereka seronok, ku turut rasa keseronokan itu. Airnya sejuk dan bersih. Mandi dan main2 air sehingga jam 6 petang. Itupun mereka tak mahu pulang, tak puas katanya. Insya-Allah ada masa kita mandi sungai lagi. Mungkin kite cuba pergi ke Bukit Belacan. Dengarnya ada air terjun.

Dalam perjalanan pulang,
anak buah ku teringin sangat nak ke Batu Caves dan nak manjat tangga yang tinggi tu. Ibu dah tak larat, tapi tetap gagahkan diri demi menunaikan keinginan cucu-cucu nya.
Pada awalnya tak yakin nak masuk kat kawasan Batu Caves tu, tapi kelihatan pelbagai bangsa di kawasan tersebut. Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati ketika mendaki anak tangga, akhirnya sampai ke puncak. Bila berada di tangga atas, sedikit gerun melihat ke bawah. dan aku hampir jatuh dan tergelincir di tangga atas semasa mahu turun ke bawah kerana keadaan selipar ku yang sudah haus tapaknya. Syukur sempat berpaut pada pemegang tepi. kalau tidak... huh... tinggi sangat tangga nya.

Selesai sudah aktiviti hari minggu. Hari bekerja (Isnin hingga Jumaat)memang tak dapat nak bawa mereka berjalan. Masa sangat terhad.

Antara aktiviti Sabtu dan Ahad, mereka lagi gembira dan seronok dengan aktiviti hari Ahad. Ternyata jiwa mereka tetap pada alam sekitar,dan  bukan pada pembangunan yang menyesakkan. Lagi pun kat JB tak de sungai-sungai macam tu. =)

Jadi aku cadangkan kat anak-anak buahku bila nak masuk Universiti nanti (belajar pandai-pandai dulu), amik Kos Perhutanan macam Uda dia. Pastu selalu dapat masuk hutan dan jumpe air sungai. hehe ;)
Nak lagi mencabar, juin kelab-kelab rekreasi, boleh panjat gunung, mesti jumpa air sungai yang lagi best sebab tak da orang ramai.

Angah- nampak gaya macam terarah minat yang sama dengan ku iaitu aktiviti lasak cuma perlu kikis perasaan takut untuk mencuba. Ada masa Uda bawak Angah gi aktiviti lasak macam climbing.ok.

P/S:  Ulu Yam VS KLCC. Yang menang undi adalah Ulu Yam .hehe!
1 Response

Jarimu menulis