Doktor : Kamu ni ada simptom tibi…
Pesakit : tibi? *macam nak pitam*
Kerana batuk berpanjangan yang melebihi sebulan sehingga menyakitkan dan menyesakkan dada, menyebabkan aku mengambil keputusan untuk bertemu pakar perubatan. Namun kata-kata yang meluncur dari sebalik facemask itu menyebabkan aku terkesima.
Katanya, tahap kesihatan yang aku miliki memang menjerumus ke symptom batuk kering atau lebih dikenali sebagai TIBI. Antaranya, batuk yang melebihi sebulan, penurunan berat badan yang banyak, dan sakit dada yang aku alami.
Dan di situ juga, sampel darah ku diambil, dan Xray dilakukan. Dan 3 hari berturut-turut aku perlu datang ke klinik untuk hantar specimen dan jalankan sedikit rawatan serta diberi stok ubatan yang banyak.
Keputusan menunjukkan aku sihat. Alhamdulillah.
Namun aku perlu hadir ke pusat perubatan itu selepas 2 minggu, untuk mendapatkan keputusan sebenar Xray yang telah dihantar ke Hospital Besar bagi memastikan aku benar-benar sihat. Aku berdoa semoga tubuh ku dijauhkan dari penyakit dan diberikan kesihatan oleh-Nya. Insya-Allah.
Dan kini, setelah ubatan diperolehi dan aku ambil mengikut waktu yang ditetapkan, batuk ku semakin pulih dan tiada lagi batuk berpanjangan di sepertiga malam yang sering mengganggu tidur lenaku. Mungkin jika aku pergi awal mendapatkan rawatan, tentu sakitnya tidak melarat seperti kelmarin.
Benarlah kata-kata “Mencegah lebih baik dari mengubati”.
Dan pesan ibu, “sakit terus jumpa doctor, jangan tahan sorang-sorang, anak mak ni tinggal sorang-sorang kat sana, tak ada orang yang jaga. Jaga kesihatan baik-baik”
Baik mak. :(
Seorang rakan pula menyaran supaya aku mendapatkan rawatan tradisional di Darul Syifa kerana khuatir aku terkena buatan seseorang yang cuba mengkhianat diriku. Katanya mungkin seseorang itu cuba menghancurkan aku secara diam dan ia dari seseorang yang aku kenali. Aku tak terpikir sejauh itu. Mungkin tidak.
Aku beri masa dalam 2 minggu pada diri aku bagi membuktikan bahawa aku hanya mengalami batuk biasa dan ia bukanlah tibi atau buatan orang. Minta dijauhkan.
Sedikit Info mengenai TIBI: http://herba4u.com/2011/01/07/ batuk-kering-tibi/
p/s : Doa, Usaha dan Tawakal, itu perlu! Tak boleh biar baik sendiri, sebab sistem imun dalam badan dah semakin teruk.
9/9/2011
cuaca panas... pastu tetibe hujan... biasalah tu.. tp jumpe doktor adelah langkah bijak.. bagus! majulah hospital utk kesejahteraan rakyat. *dah mcm kempen pulak* :P