"Kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia...
dan kadangkala kita perlu bergembira bagi setiap titisan airmata..."
Salahkah jika seorang lelaki menangis dan mengeluarkan airmata?
Sebenarnya tidak salah lelaki menangis.. Mungkin pada mereka (sesetengah orang) lelaki tidak macho bila ia menangis. Tapi pada saya tidak. Ia menunjukkan satu sifat yang tulus dari hati seorang lelaki. Menangis nya seorang lelaki bersebab. Hanya sesetengah lelaki terlalu ego untuk mengeluarkan airmata. Hati ini akan tersentuh dan luluh tatkala melihat titisan itu jatuh di pipi insan bernama lelaki...
Lelaki..
Bila sebut tentang lelaki perkara yang sinonim dengan sifatnya adalah kegoan itu sendiri.
Tetapi, saat jatuh nya air mata seorang lelaki, maka lunturlah keegoan yang sering mereka pertahankan.
Maka terbitlah satu sifat yang tersirat dari dalam sanubari seorang lelaki..
bahawa...lelaki juga punya kelembutan yang tersendiri. Satu sifat yang kita tak pernah jangkakan. Sifat yang jarang ditunjukkan. Walau lelaki kelihatan begitu gagah, hakikatnya lelaki juga punya kelemahan. Kerana lelaki juga adalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan...
Di sebalik tangisan lelaki sejati, tersembunyi sebuah kekuatan yang luarbiasa..
Maka, hargai lah tangisan lelaki. Sama ada lelaki itu adalah ayah, adik beradik, rakan-rakan atau pun seorang kekasih...
like~