Tetamu Allah
Menyahut Panggilan-Mu

Alhamdulillah. besar sungguh Rahmat Allah. selepas melalui fasa kesakitan dan kekecewaan, Allah hadiahkan pula sebuah kemanisan. kemanisan yang tidak pernah aku bayangkan. Menjadi Tetamu bersama insan-insan yang aku sayang.

Mekkah Al-Mukarramah dan Madinah  Al-Munawwarah
Subhanallah. Tenang. Tenang selama beberapa hari aku berada di sini. ketenangan yang aku tidak temui sepanjang hayat aku. Penyerahan seluruh jiwa raga ku. Dingin dan tenang. Bagaikan jatuh cinta dan ingin berada di sini selamanya. Pemandanagn yang cukup indah, terasa kecil dan kerdilnya diri ini.

Sememangnya kita tidak tahu apa yang akan terjadi dan bakal terjadi dalam perjalanan hidup kita, dan aku  juga tidak permah menyangka buat pertamanya kalinya aku di jemput Allah sebagai tetamunya

Aku bukan lah dari golongan yang senang. bukan juga hidup dipenuhi kemewahan. hidup aku sederhana saja. hidup aku penuh liku dari kecil hingga kini. tapi itu bukan halangan untuk aku meneruskan kehidupan ini. Niat untuk membawa emak mengerjakan umrah didengari dan dimakbulkan Allah. dengan berbekalkan sedikit sumber kewangan yang aku  miliki selepas 3 tahun berkhidmat dan adik beradik ku turut menghulur untuk seorang insan tersayang, aku berniat untuk membawa orang yang aku sayang bersama. Mak orang paling gembira. alhamdulillah. dan ini juga hadiah buat diri aku dan proses penyucian diri yang terlalu bnyak dosa mengelilingi aku. Jalan nya dibuka dan dipermudahkan.

Takut. aku sedar banyak nya kekhilafan yang aku lakukan, bnyknya dosa yang mugkin tak tertanggung oleh diri aku sendiri. aku bukan insan mulia, bukan insan yang tidak pernah melakukan dosa. aku cuma hambanya yang hina.. aku takut tapi aku tetap mahu ke sana. ke Tanah Suci. Sudikah Allah menerima insan ynag kotor dan hina ini? persoaan yng sering melanda diri aku.

"Allah Maha Pengampun. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Penyanyang"

"Kita insan terpilih. kita di sini  bukan kerana kita kaya, bukan kerana kita banyak duit. tapi kita insan terpilih. Allah buka hati dan buka jalan hingga kita berada di sini. Bersyukurlah"

Terima Kasih Allah. Segalanya adalah perancangan Allah jua dan aku sendiri tidak pernah menyangka menjadi tetamunya dalam masa terdekat ini berdasar kemampuan ku, namun Allah itu lebih mengetahui dan Maha berkuasa atas segala setiap sesuatu. Dan perancangan Allah mengatasi perancangan kita. sesungguhnya dia yang maha menguasai seluruh alam semesta ini.
..................................

Madinah  Al-Munawwarah

4 Hari berada di Madinah. Terasa terlalu cepat waktu berlalu. Hari-hari di penuhi dengan beribadat di Masjid Nabawi, bermuhasabah diri dan juga ziarah. Keindahan binaan Masjid Nabawi membuatkan aku terpesona. bagaikan berada di Syurga. Indah dan Tenang.  

“Shalat di masjidku ini lebih baik daripada 1000 shalat di tempat lain, kecuali di Masjid Al-Haram.” (HR. Muslim)
 
“Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga, dan mimbarku terletak di atas kolamku (di syurga).”

Rhaudatul Jannah. Taman syurga. Aku tidak melepaskn peluang untuk datang ke taman syurga ini. waktu untuk wanita sangat terhad tambahan pula bilangan yang ramai, agak bersesak untuk meamsuki nya. melihat keadaan yang agak menekan dan bersesak, aku melindungi ibuku. aku memeluk ibu dan membawa masuk ke dalam, saat ibu sedang bersolat aku menjaga dari sesakan. mengalir air mata aku melihat keadaan sebegitu. tangisan nya dalam. tak pernah aku alami keadaan seperti ini. tak kira tua atau muda, mereka saling bertolakan.

"Ya Allah, Lindungi kami, Ya Allah"

Keesokan hari, Sekali lagi aku memasuki taman Syurga. Kali ini aku sendirian. keadaan masih sama seperti kelmarin. di dalam nya aku hanya bermohon pada Allah, permudahkan segalanya. di tengah2 orang ramai, aku berniat untuk solat. tiada ruang untuk aku ruku' dan sujud. namun kuasa Allah, ruang itu dibuka, dan aku di jaga oleh wanita Arab sepanjang aku bersolat sepertimana aku melindungi ibu kelmarin. Subhanallah. 

kata mak " Itu pemberian Allah. Allah bagi segera di Tanah Haram ini. Ini Anak Solehah Mak" - aku sebak.

...............................

Makkah Ar Mukarramah
 
Ya Allah aku manusia fakir dan tidak  berilmu, Banyak dosa dosa ku ya allah.
Ya allah aku takut ya Allah bantulah aku ya Allah..
Aku ingin menunaikan ibadat umrah semata-mata kerana-mu Ya Allah

Ya Allah aku ingin menunaikan ibadat umrah Bersama ibuku.suamiku,
Ampunilah dosa-dosa kami, kurniakan kami segala yang telah kau
kurniakan kepada hamba-hambamu yang soleh..
Berikanlah perasaan kasih sayang antara kami..
Permudahkanlah perjalanan ibadah Umrah kami Ya Allah..
Kurniakan kami Umrah yang maqbul Ya Allah..
 
Ya Allah dari kejauhan kelihatan cahaya menerangi Masjidil Haram. Terlalu hiba rasa hati tanpa sepatah kata. Tiada kata yang dapat aku gambarkan persaan ku saat ini. hanya tangisan dan penyerahan diri..
Ya Allah hambamu yang hina ini datang menyahut panggilanmu ya Allah....terimalah kami ya Allah sebagai tetamumu...jadikanlah kami tetamumu yang istimewa ya Allah.. (saat menulis air mata mengiringi.. bagaikan aku masih berada di hadapan Kaabah)

Setiap hari aku ingin memandangmu, Qiblat-Ku. merasakan aku begitu dekat pada-mu Ya, Allah. Harum Kaabah-Mu masih tersemat di sanubari. Syukur Alhamdulillah.

"Ya Allah Ya tuhanku, Janganlah jadikan Tawaf dan Ziarah hambamu ini sebagai kali terakhir di Baitullah. Jika sekiranya ditakdirkan ini yang terakhir makan hambamu mohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan  Rahmat Mu Wahai Tuhan Yang Maha Rahmat."

Kembara Suci ini benar-benar mengubah semapdan Iman.

Hamba Hina mencari Cinta Ilahi,
Suhaida 
0 Responses

Jarimu menulis