Berkongsi sebuah kiriman dari seseorang. usia kiriman ini mungkin sudah 5 atau 6 tahun. saya takpasti. Saya terjumpa di dalam timbunan cd, dan ia tersimpan di dalam salah satunya. saya suka isi nya, pesanan nya ringkas dan tidak terlalu serius. tersenyum saya bila berulangkali baca. terima kasih pada Pengirim. Saya harap awak berjaya dalam hidup dan bertemu seseorang yang dapat menyempurnakan hidup awak. :)
...........................
...........................
Suhaida Bte Muhamed,
Dimana jua anda berada,
Tidak kira waktu dan masa,
Utara hingga selatan
1 bulan, Beribu bintang,
Malaysia Tanah airku.
Asssalamualaikum,
Kehadapan saudari Suhaida Bte Muhamed yang jauh dimata, walaupun jauh di mata tetapi tetap melihat bulan dan bintang yang sama. Semoga sue sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tujuan * menulis warkah ini adalah untuk meluahkan segala yang tersirat dan meleraikan segala yang tersimpul.
Suhaida, pertama sekali * ingin hulurkan 10 jari ini sebagai tanda minta maaf kerana telah menyakitkan hati sue. Perkara yang telah berlaku hari itu bukan lahir dari hati * tetapi lahir dari otak kanan *. Tujuan * buat begitu bukannya sebagai tanda protes atau benci pada sue tetapi ia bertujuan agar hati * tidak mengharapkan sesuatu yang ajaib dari sue. Bukan * tidak boleh berkawan dengan sue tetapi * takut hati * akan sentiasa menganggap sue sebagai kekasih hati. Memang * sengaja buat sue marah dan benci pada * tetapi bukan kerana tujuan lain, hanya kerana menunaikan hajat hati sue yang ingin berpisah dengan *. Secara jujurnya walaupun kita tak bermesej ataupun berhubung lagi, * masih tidak dapat melupakan sue, wajah gembira, ketawa, murung, duka, masam, muncung, shrek dan yang paling tidak dapat dilupakan wajah sue yang suka memuncungkan mulut. Sedangkan sudah tak berhubung dengan sue pun, * masih tak dapat melupakan sue, ini kan pulak kalau kita masih berhubung. Maka * terpaksa, dalam kerana terpaksa.
Dalam kesempatan ini * ingin mengucapkan tahniah karana berjaya menggenggam segulung Diploma atas usaha selama 3 tahun. Walaupun * tak dapat ucapkan dari mulut tetapi * harap ia bermakna buat sue. Di sini * juga ingin memberi beberapa nasihat yang mungkin dapat menolong sue dalam meneruskan hidup ini. Walaupun ia bukan dari mulut seorang pakar motivasi tetapi * harap sue dapat menerimanya.
- Ingat Allah s.w.t dengan melakukan apa yang disuruh dan tidak buat apa yang dilarang.
- Minta dan Dengar nasihat mak sue, dia sahaja satu-satunya yang boleh bantu sue walau susah dan sesak mane pun keadaan sue.
- Jaga keluarga sue baik-baik, tolong diorang. Lebih-lebih lagi mak sue, kerana banyak jasa yang tak dapat dibalas walaupun sue sanggup mati kerana dia. Mak sue sangat-sangat menyayangi sue. * dapat nampak dari wajahnya.
- Pilih kawan yang elok-elok. Kawan dengan kawan yang boleh membawa sue kepada kebaikan. Jangan terpengaruh dengan perkara yang boleh merosakkan diri.
- Buat baik pada orang, kelak akan dibalas dengan kebaikan.
- Kerja bersungguh-sungguh, mane tahu tuah sue jadi bos.
- Biar orang benci kita, jangan kita benci orang.
- Kalau nak cari pakwe, cari yang elok-elok. Pilih elok-elok. Pilih yang boleh beri kebaikan pada sue. Lelaki dalam dunia nie banyak yang tak boleh di percaya daripada yang boleh di percaya. * tak nak tengok sue kena dimainkan dengan lelaki-lelaki yang suka merosakkan perempuan.* tak boleh terima kalau perkara itu berlaku.
- Senyum selalu, tak nak masam-masam tau.
- Kalau ada masalah, selesaikan dengan baik. * tahu sue boleh menangani masalah. Minta nasihat dari mak.
- Jaga kesihatan diri dan keluarga. Jangan suka simpan-simpan sakit. Lau sakit, bagi tahu mak.
* berharap setelah selesai sue baca warkah ini, jangan la hendaknya sue masih membenci *. Kalau sue masih membenci *, * tak dapat buat ape. Semuanya terpulang pada sue. * tak mampu nak beri ape-ape tanda minta maaf kerana kalau diletak harga kesalahan * pada sue, sue akan jadi jutawan. Akhir kata * ingin sekali lagi memohon ampun dan maaf segala kesalahan * pada sue. * harap, sue dapat menerimanya. Segala memori bersama sue, * tidak akan lupakan dan * akan simpan selama-selamanya. Maaf atas segala-segalanya. Wassalam….
Yang Ikhlas,
****
Jarimu menulis