Jodoh itu Rahsia Allah.
"Apabila Allah telah mentakdirkan cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihatnya (wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan perhubungan antara keduanya"
Sekuat mana kita menolak, sejauh mana kita lari, namun seandainya dia telah tercipta untuk kita, ia pasti akan bersama..
Saya benar-benar tidak sangka, Dialah orangnya. Dia lah lelaki yang tertulis untuk saya di Loh Mahfuz (saya masih takut nak cakap tentang ini, walaupun hanya tinggal beberapa hari saja lagi kami akan disatukan dalam ikatan yang sah).
Selepas peristiwa hitam itu, saya sudah tidak letak sebarang harapan padanya. saya lepaskan dia sepenuhnya dari hati secara perlahan-lahan. saya tahu dimana takat diri saya. saya tak mampu untuk membuang semudahnya nama yang pernah bertahta di hati saya. Pencinta Setia itu saya. disebabkan kesetiaan saya, saya pasti jatuh teruk bila hati saya dikecewakan. saya tak pandai bermain cinta melebihi seorang lelaki. dan saya tak pandai mencari pengganti semudah yang lain. Itulah kelemahan saya. Sekali saya ucap Cinta, selamanya ia dihati.
Walaupun hati saya hancur berkecai, namun saya kuatkan hati untuk terus menongkah arus kehidupan. Saya yakin kehidupan bahagia menanti saya. Cuma waktu itu saya perlu tabah melalui Ujian Allah yang satu ini. berat untuk saya terima. saya akui ini adalah tarbiah dari Allah untuk diri saya. agar saya kembali dan menyerah segala jiwa saya pada-Nya. Ya-Khalid. Ini mungkin juga balasan atas dosa dan khilaf saya sebagai hambanya yang lalai.
Isthikarah Cinta.
Saya tak pernah menutup hati saya dari Cinta seorang lelaki. walau saat saya berdukacita, saya tidak pernah untuk menolak fitrah kejadian manusia. berpasang-pasangan sebagai kekasih halal. saya cuba beri ruang pada yang lain, tapi ia tak mampu menembusi tembok yang saya cipta sendiri. saya serah segalanya pada Tuhan. Segalanya. hidup mati saya. Jiwa Raga saya.
6 bulan. bukanlah satu tempoh yang lama. dalam tempoh itu juga hati saya belum mampu pulih sepenuhnya. biarpun di sekeliling nampak saya gembira dan sempurna dgn hidup saya, tapi hakikatnya hanya Dia yang mengetahui. saya taknak mereka yang menyanyangi saya nampak saya lemah. walaupun terdapat manusia yang mendoakan dan seolah mengharap saya lemah dan jadi manusia hina sehingga sanggup membunuh diri angkara cinta. Saya nak tegaskan perkara itu tak akan terjadi. Saya punya Tuhan, saya punya Agama. Saya bukan selemah yang disangkakan. (hitamkah hati manusia ini sehingga mendoakn keburukan saudara se-Islam nya?)
Pada awal perpisahan itu, saya akui saya tak lepas mendoakan kebahagiaan dia. saya nak dia bahagia. betul. walaupun saya derita, saya tetap mendoakan kebahgiaan nya. saya doa agar dia dipertemukan dengan wanita yang baik akhlaknya, yang bukan pura-pura baik hanya untuk memenangi hatinya. saya nak dia bersama wanita yang setia dan kukuh cintanya demi kebahagiaan dia. yang dapat menjaga dia. Dia layak untuk bahagia. dan waktu itu saya tahu saya bukan wanita yang layak memberi dia kebahagiaan. sebab tu saya sanggup lepaskan dia dan biarkan dia memilih jalan cintanya.
Selepas itu, saya tak ambil tahu kisah hidupnya. Walau terkadang dia cuba hubungi saya, namun saya tahan hati dari tindak balas positif, kerana saya sedar dia milik orang. saya janji pada diri saya walau apa pun berlaku, milik org jangan diganggu walau pun sisa cinta masih ada. dan saya berpegang pada prinsip itu. saya berjaya. orang buat saya, saya biarkan. Tuhan kan ada. Allah maha Adil. Takperlu untuk saya balas perbuatan nya walaupun ruang untuk balas itu ada. Hati saya sentiasa dididik supaya tiada hasad dengki, tiada dendam. marah tentulah ada. kalau awak perempuan yang punya hati dan perasaan, pasti dapat rasai kesakitan saya dan tak mungkin lakukan seperti ini.
Isthikarah Cinta.
Saya solat isthikarah. saya tak nampak jalan hidup saya. pudar dan tidak jelas. saya berniat untuk "Cinta Selepas Nikah". saya perlu buat pilihan di antara lelaki yang hadir dan berniat untuk memperisterikan saya. mereka hadir menghulur cinta untuk menjadi Nakhoda menuju Syurga-Nya. Cinta pada mereka? tiada. tapi saya janji akan menyintai dan menyanyangi pelengkap hidup saya walau siapa pun dia yang telah Allah tetapkan untuk saya. Allah sebaik-baik perancang. Selepas beberapa kali saya solat isthikarah, saya tak dapat ape2 tanda. gerak hati tiada. mimpi tiada. segalanya tiada. Saya fikir, mungkin belum masanya.
Takdir Tuhan. Hati dia digerakkan Allah untuk mencari saya semula. Allah memegang hati manusia. Saya tertanya-tanya, inikah petanda? inikah petunjuk? Hati saya kuat pada dia. tapi saya menafikan. ini mungkin mainan hati saya yang kotor. Apa jadi pada perhubungan dia? tak berjaya? kenapa? ditinggalkan lagi? atau menyesali akan keputusan yang dibuat? Dia ceritakan segalanya. Dia yang membuat keputusan sendiri tanpa desakan nafsu. Dia mendengar hatinya yang mula berbicara. bukan lagi keputusan drastik saat hati dikaburi nafsu. Pada mulanya saya marah padanya, bukan marah dgn bahasa yang kesat. mujur mak saya didik saya dengan elok. Emak dan keluarga saya lah yang membuka jalan buat dia dekati saya. miliki saya. Saya nampak kesungguhan dia. Dia benar-benar sesal dgn kesilapan nya. Hati saya yang keras terpujuk dengan kata-kata mak. Dia berani mengakui kesilapan nya di hadapan keluarga saya. Saya nampak penyesalannya.
Sedangkan Allah ampunkan hamba-Nya tiap kali melakukan kesilapan dan bertaubat, inikan pula kita manusia dan hamba yang kerdil dan tak punya apa.. Maafkan dia.. dia tak bersalah. mak tak salahkan dia.. Pujukan ringkas dari emak, buat saya berpikir dan membuka hati untuk memberi kemaafan. Dia manusia biasa. manusia yng tak lari dari melakukan kesilapan. bukan bersifat maksum. Saya maafkan tapi melupakan itu sukar. tapi saya tak nak ingat.
Dengan kemaafan yang diberi, gugur satu titik hitam dalam hati saya. ikatan ini kembali terjalin atas kehendak Allah. Saya sendiri tak pernah menduga saya perlu lalui semua ini. inilah dia takdir cinta buat saya. Drama kehidupan yang sebenar.
terharunya bc story awk ni..sy pun dlm dugaan cinta skrg ni..cinta yg tbina dgn keihlasan dan ketulusan hati sy pada sidia. sentiasa mjaga hati dan perasaan nya..hampir 11 bln berlalu tiba2 org ketiga mcelah.dgn ugutan sihir yg akan di bg pada sidia janji apa yg die mahu akan tcapai..jiwa gelisah dan menangis sendirian. namun si dia masih setia even sikap sudah mula berubah.hati terus bersabar dan bersabar sehingga kini..hanya menunggu apa kesudahan cintaku ini huhu..seksa rasanya hati ni.