18 Oktober 2013, Jumaat
Sepanjang perjalanan aku ke pejabat hari ini, diserikan denganlagu-lagu Fauziah Latiff. Aku bukan pendengar HotFM, tapi hari ini aku benar-benar tertarik untuk mendengar siaran radio ini. setiap pagi, hari aku dihiasi dengan lagu-lagu yang berkumandang dari SinarFM sahaja.
Pengacara HotFM ini berjaya menarik minat aku untuk teru ssetia mendengar sehingga jam 9.00 pagi, mendengar alunan gemersik suara Fauziah Latiff. Terima kasih HotFM kerana memberi halwa telinga ku denagn lagu-lagu yang menggamit memori silam. aku membesar dengan lagu-lagunya.
Fauziah Latiff. karektar yang lembut namun punya jiwa yang besar. aku mengagumi beliau.
Kebayakkan lagu beliau mengisahkan jiwa yang patah. kekecewaan. penderitaan hati. dalam hidup aku sering kali aku kaitkan dengan sesebuah lagu apetah lagi saat aku dirundung sedih akibat cinta.
DIA. lirik lagu dan melodi yang menggamit memori Cinta Pertama aku yang kecundang ditengah jalan. Setelah 6 tahun menjalin cinta, kasih dan sayang. Cinta yang terpisah kerana tidak direstui. bukan kerana kesilapan aku atau dirinya. bukan kerana pengkhianatan atau kecurangan. bukan rela namun terpaksa. aku setia sebagaimana dia setia. aku sayang dia sebagaimana dia menyanyangi aku. Cinta pertama, yang pada aku cukup sempurna. tiada saling menyalahkan bila perpisahan itu benar-benar terjadi. aku pasrah. dia pasrah. Kami terpisah saat hati masih kuat menyanyangi antara satu sama lain. Takdir Tuhan kami tidak mampu melawan. akhirnya dua hati perlu mencari bahagia sendiri. kau disana, aku disini. Sesekali kami saling memandang, dan berdoa agar kami bahagia dengan jalan yang telah ditentukan.
Dan janji kami, bila saja aku diijabkabulkan, kami tidak boleh berhubung walau apa cara sekalipun. Tiada ambil berat, tiada khabar berita, dan apa-apa saja yang menghubungkan kami. cukup sekadar doa. itulah dia. seorang yang matang dan sabar. percaya atau tidak, tidak pernah sekali pun aku mendengar dia meninggikan suara pada aku atau pada yang lain. tidak pernah aku melihat wajahnya ynag diseluputi dengan amarah. aku anggap dia tak tahu marah mungkin. dan sebegitu juga dia memandang aku, seolah tidak kenal apa itu kemarahan. yang aku kenal hanya Bahagia.
buat Dia, terima kasih kerana hadir di hari bersejarah ku.. Detik terakhir aku melihat dia.
...................................................................................................................................................
Lagu kisah kita... DIA
Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu
Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua
Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu
Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua
Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya
Jarimu menulis