kerana sebatang rokok
Harga rokok naik??? pe perasaan bagi perokok-perokok tegar ye??
Dengan kenaikan kadar duti eksais, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen. (keratan kosmo)
macam banyak je kenaikan tu.. aku pon tak tau pasal harga rokok di pasaran nih.. tu pon sebab seseorg bagitahu aku mlm aritu..


Aku rasa kebanyakan perempuan zaman sekarang ni mencari lelaki yang tak merokok. Sebab dulu  aku pun mencari lelaki tak merokok jugak.. diulangi...dulu..hehe.. tak pun minta kekasih tu berenti dari merokok.. berjaya gak la.. tapi cuma bertahan 1 hingga  2minggu je.. tu pon sebab terkantoi..kalau tak ,aku pon tak tahu dia mule merokok semule.. tengok!! sebab rokok, lelaki mula x berlaku jujur..

kita suruh benti bukan nya ape..Salah satu sebabnya takut nanti bila kite-kite ni mengandung terganggu pulak perkembangan kandungan  nanti disebabkan asap rokok si suami ni. ada gak kata asap rokok ni busuk. tapi pada aku sendiri, aku rimas bile asap tu menerobos ke rongga hidung aku nih. kan ada fakta mengatakan, 2nd smoker lagi tinggi risiko nya.. Tapi kekadang aku suka bau boyfie tu lepas dia hisap rokok. Ada bau yang unik di situ..hehe (ni bukan bagi galakan merokok ye, harap maklum)


lagi satu..daah selalu sanagt aku dengar kisah si jejaka nak berenti merokok bila umur dah cecah *bla-bla*, x pon dah kahwin nanti nak berhenti, atau cerita si bapa yang berhenti merokok lepas kawin sebab sayang pada isteri dan anak-anak.
Persoalannya..adakah janji-janji manis macam tu akan ditepati?? (lelaki sila la jawab=p)
pada aku..perokok ni xleh pakse tuk berenti..satu hari nanti pasti si jejaka ni akan berhenti dengan keiklasan hati..tapi bila?? hah..tu yang aku tak leh nak jawab..

tapi ni bukan bermakne aku nak buat musuh dengan orang yang merokok ni, ramai je kawan aku yang merokok. lagipun sekarang aku semakin terbuka ngan kisah-kisah si perokok nih. kawan perempuan pon ade gak yg merokok, tapi aku tak pernah nak buruk-burukkan mereka.. mereka selesa begitu. yang penting mereka tak mempengaruhi hidup aku.

pada mereka yang mempunyai kekasih tak merokok tu..TAHNIAH!! bukan senang nak jumpe lelaki yang tak merokok ni.. nisbah terlalu sikit.. mungkin nisbah 1 dalam 1000 atau 2000 atau 3000.. aku tak tahu..
tapi kebanyakan org tak merokok ni, adalah seorang yang skema..haha.. (pendapat nakal aku je..hehe)

kesimpulannya... buat kawan-kawan yang memiliki kekasih perokok tegar.. aku sarankan.. terimalah kekasih kita tu seadanya, terimala si dia termasuk asap dan pelbagai risiko penyakit yang mereka bawak tu.
tak perlu memaksa tuk berenti, tapi pandai-pandai la korang nak tegur kekasih korg tu.. hehe
sekian..

~6 Oktober 1992~
peristiwa paling sedih yang terjadi dalam hidup ku..
x akan dilupa walau sesaat..
puncanya adalah ROKOK..
Ayah....
2 Responses
  1. alfiesyahril Says:

    hmmm....maafkan saya pasal rokok


  2. Cinta Sufie Says:

    =) tak perlu kata maaf tu alfie..
    akan tiba masa tuk kamu berpisah ngan rokok..


Jarimu menulis