Kian pudar..
peristiwa malam td benar-benar membuka mata aku..

sikap, perangai dan budi bahasa yang kian hilang di bandaraya ini..

sikap yang agak jelek pada pandangan ku..

kerana tiada budi bahasa dari seorang pemimpin keluarga, buatkan tercetusnya api kemarahan yang ade lam diri aku..

aku bukan pemarah..bukan seorang pendendam..

tapi peristiwa malam td benar-benar wat aku marah..

kerana ia melibatkan ibu ku..

ibu pun tak percaya aku jadi berani berkata begitu..

sebab aku sangat marah saat tu..

orang nak buat aku tak pe..tapi jangan sesekali buat ibu aku!

itu memang pantang dari sejak aku kecil..

aku boleh jadi sangat pembenci dan pemarah..

peristiwa malam td melibatkan aku, ibu ku, dan sebuah keluarge yang tidak dikenali (suami, isteri dan seorng anak)

susah sangt ke nak minta maaf dengan perkataan MAAF..

moden sangat kah korang minta maaf dengan seorang warga emas hanya "sori,sori,sori"

pada aku perkataan sorry tu x membawa makna pape pon..

hanya kata maaf yang mampu mengurangkan rase marah aku.. tapi tidak pada kata "SORRY"

kerna aku bukan wanita moden, aku masih ortodoks pada sesuatu perkara..

inikan pula perkataan tu di tuju pada seorang ibu dari kampung..

mujur ibuku paham maksud itu.. tapi agak terkilan..

inilah sikap seorang wanita bergelar isteri dan ibu di bandaraya ini..

si suami pula tanpa di duga mengeluarkan kata-kata agak kasar..

si isteri buat salah, ko pulak nak marah kami..

kau tak layak bergelar pemimpin keluarga..

patut la isteri kau begitu..

tak tahu la cemane perangai anak kau bila si kanak-kanak itu dewasa kelak..

teringat kepala botak dan mata yang mencengkil itu..
~sedih bile mengenang budi bahasa yang kian pupus di sini~

aku tak akan jadi begitu..tak akan..


sesat di Kuala Lumpur..
4 Responses
  1. alfiesyahril Says:

    norma masyarakat di kota besar.... budi bahasa seakan lupus,walaupun bangsa mereka dahulu terkenal dengan lemah lembut dan adat sopan


  2. Cinta Sufie Says:

    hidup di kampung lagi best!


  3. milah hasan Says:

    pucuk pangkalnya individu.. yang duduk kampung ni pon, kadang berapi tengok ayah sendiri di jerkah depan mata.. 'on the spot' aku hambur kata pengahancur jiwa utk dia.. macam tak belajar moral.


  4. Cinta Sufie Says:

    yang membuat lebih kecewa.. mereka adalah melayu..
    inikah melayu di bawah arus kemodenan??


Jarimu menulis