Sudah 30 hari seorang anak yang mencari rezeki di kota tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman. ibu pasti merindu.. ya ibu rindu. bukan sengaja tidak mahu pulang. tapi kekangan kewangan yang tidak mengizinkan. Maafkan anak ini.
Anak ini senantiasa rindukan emak. Anak ini rindukan belaian dari tangan yang mengoncang buaian. Rindukan dakapan hangat dari insan yang melahirkan. Rindu pada masakan dari insan yang membesarkan. Rindu pada suara yang tak pernah jemu memberi nasihat. Rindu untuk lena di ribaan insan yang penuh pengertian. Rindu pada suapan dari insan yang sentiasa sabar melayani karenah. Semua tentang emak, saya rindukan.. Sikit pun anak mak tak terlupakan.
Minggu ni anak ini akan pulang ke kampung, dapat melempiaskan segala kerinduan. Mendengar suara ibu di talian, buat hati ini menjadi sayu. bagi ibu, diri ini masih anak kecil dihatinya. Tersentuh hati ini.
Dan bulan ini, anak ini akan bawa ibu ke k.l. Ibu pasti gembira. ibu dapat jumpe cucu kesayangan ibu yang ke-5. =)
Dan tidur malam ku ditemani ibu. Tiada lagi sepi bertamu.
~rupanya baru 30 hari x balik kampung..tapi terasa cam da 30 bulan..nasib jarak kl-jb cume 400km aje.~

hati2 di jalan raya ^^
ok sumi..
tak mo ikut gi jb ker? leh gi umah along..hehe