Seribu Kemanisan
tik tok..tik tok..
2010 hampir meninggalkan kita.. tirai 2011 akan menyusul tiba.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Kesyukuran kepadaNya diatas rezeki dan rahmat yang telah diberikan. Segala kejayaan, kegagalan, kebahagiaan, kekecewaan dan sebagainya pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga semua yang saya lalui diberkati. Ups and downs. Banyak suka dan duka yang mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Alhamdulillah atas segala pemberianNya.

di sini saya sisipkan corat coret perjalanan hidup sepanjang 2010. pahit manis sudah tentu.

1~ Putusnya ikatan pertunangan
 hmm...mungkin tak ramai yang tahu saya pernah menjadi tunangan orang. ianya bukan rahsia, cuma tak terlalu didedahkan. Mungkin ada hikmah nya kami tak bersama. Cuma saya mohon agar hidup ini tidak diganggu oleh dia. Dan saya tak mahu ambil tahu tentang dia.

2~Sektor Awam
akhirnya impian saya untuk berkhidmat di sektor awam tercapai. impian sudah tertanam dari awal. keluarga sangat mengharapkan saya dapat kerja kerajaan. berkat doa ibu dan keizinan Nya, impian ini terlaksana jua. hampir 3 tahun saya mencuba pelbagai kerja. dan pernah juga menjadi pembantu rumah jiran dan hampir menjadi calon menantu si tuan rumah. opsss..

3~Pintu hati diketuk
Saya sangka, saya da tak mampu tuk memberi secebis cinta pada lelaki setelah pecintaan musnah di penghujung jalan. Saya da berserah segalanya pada jodoh. Tanpa diduga, hati ini disentuh lagi oleh insan yang penuh kasih sayang. walaupun pada awalnya pelbagai dugaan yang melanda, tapi saya bersyukur hubungan ini masih mampu dipertahankan. Dugaan dan cabaran itu lumrah dalam dunia percintaan kan. Terima kasih kerana menyanyangi diri ini. Saya sayang awak, incik kekasih.

4~Si roda empat
Sekali lagi mengucapkan syukur. Sangat gembira sudah memiliki kereta sendiri. walaupun ianya hutang dan agak sesak untuk pembayaran bulanan. Syukur incik kekasih membantu. Mak dan keluarga gembira. Mak sentiasa menyokong, adik pula tak mengeluh kerana saya sering menyusahkan adik. adik sering berkorban. memberi pinjam kereta kancil nya  untuk saya selama ini. adik tak sanggup melihat kakak nya dalam kesusahan. terima kasih adik, dan maaf kerana sering menyusahkan kamu semua.

5~Jalan jalan cari makan
Tahun yang banyak jalan ke tempat orang. tapi dalam Malaysia aje. itu sudah cukup buat saya gembira. Jauh perjalanan luas pemandangan. saya sukakan travel! ade rezeki mahu travel naiki keretapi. pasti seronok.

6~Sukan
Saya suka sukan xstreme juga. masih menyimpan keinginan untuk mencuba bungee jumping. tapi di Malaysia tak ada tempat untuk bungee jumping. tahun ini dapat buat aktiviti water rafting, Snorkling, wall climbing. memang menyeronokkan.


semua manis2?? mane yang pahit??
optimis! saya tak nak ingat cerita sedih-sedih. memang cara saya tak mahu mengenang cerita sedih.
Cerita sedih saya yang tak kan saya lupa hanya la di saat pemergian ayah saya tahun 1992.

yang pasti kehidupan 2010 banyak manisnya untuk diri saya. Syukur Alhamdulillah. Semoga kemanisan ini berpanjangan.

"Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri"


4 Responses


  1. bungee jumping ada di sunway lagoon..
    lolx..


  2. Cinta Sufie Says:

    Along..
    are u sure?? lets try..hehe


Jarimu menulis