sahabatku kekasihku..
assalamualaikum buat sahabat...

Tegur aku, di saat aku mulai lupa..
Tegur aku, di saat aku mulai sombong..
Tegur aku, di saat aku mulai berbuat salah..
Kerna..
Aku masih memerlukanmu sebagai “SAHABAT”

Hari minggu yang lalu aku menghabiskan cuti bersama 3 sahabat.. perkenalan hampir 6 tahun..
aku masih ingat detik-detik awal pertemuan dan perkenalan kita.. Tidak terlupa walau sesaat.
mereka ada saat aku jatuh, saat aku dilanda masalah, di saat aku seperti seorang yang kesesatan dalam mencari jalan hidup. Mereka x jemu memberi nasihat kata perangsang. kata-kata mereka bukan la seperti pujangga atau seperti seorang pakar motivasi. tapi nasihat mereka adalah dari lubuk hati.

kami iklas berkawan.aku tahu mereka iklas. bukan berkawan kerana untuk kepentingan diri.
kerana itu, aku sayang mereka. aku sayang mereka seperti ahli keluarga ku, seperti kekasihku.

3 nama yang kekal dihati sebagai sahabat..BAIAH, NINI, dan HUDA..
aku punya ramai teman, kawan dan kenalan. tapi tetap tak sama seperti mereka. rakan-rakan seperjuangan sewaktu sekolah dulu, sudah membawa haluan masing-masing. kebanyakan sudah berkeluarga atau sudah mengecapi kesempurnaan hidup. tapi kami berempat masih mencari sebuah kehidupan yng sempurna.

karektar kami berbeza, tapi serasi. mencari keserasian itu memang sukar. tapi keserasian ada pada kami.

malam minggu, aku, baiah, nini, dan huda bertemu, berbual, bertukar cerita dan masalah, bergelak tawa. sudah terlalu lama kami tidak bicara dari hati ke hati. kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan aku bertemu mereka. tapi bila peluang itu ada, tak ku lepaskan. sedang kami berbaring untuk tidur, kelihatan seorang sahabat gelisah seolah memikir sesuatu masalah yg besar.
aku bangkit dari pembaringan, mula bertanya.. satu persatu diceritakan, huda juga membuka cerita..
aku juga,baiah sekadar mendengar..ya, baiah seorg pendengar yang baik. kadang-kala memberi cadangn yg bernas juga. bicara ini tiada umpatan, tapi sekadar meluah perasaan, cerita tentang masalah yang membelenggu kehidupan. Mencari jalan penyelesaian. kami belajar sesuatu. Masalah jangan disimpan jangan dipendam. Luahkan..luahkan pada yang kamu percayai.

perbualan menjangkau sehingga 5.30 pagi. setelah diluah, semua jadi tenang. aku punya kekasih, tapi aku tetap memerlukan sahabat. kerana sahabat tetap ada di setiap ketika. aku pernah ditinggal cinta, pernah hampir menjadi gila. dan mereka la yang menghulur tangan. orang lain tak tahu penderitaan yang aku tanggung, keluarga juga tidak tahu sepenuhnya. kerana keluarga jauh, sedangkan aku bersendian di bandar ini.

aku sayang kalian. Sungguh aku sayang kalian.

Ya Allah, aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka. Semoga persahabatan ini diredhaimu.

dari kiri~ cik baiah, miz nina, cik huda, cik kaksu

cik baiah~seorang pendengar yang baik, menghiburkan
miz nina ~ happy go lucky, dalam duka tetap mampu ketawa
cik huda ~ sering nasihat yang baik-baik. juga sensitif

~nini..ku masih ingat kamu suapkan bubur masa diri ini sakit/demam masa di kolej dulu..kamu baik~



4 Responses
  1. ratukasih Says:

    sy terharu......... kiter adalah sahabat..senang2 bersama n susah pun bersama... mekacih kepada kwn2ku kak su,bakyah n ninie kerana mendgr keluhanku..... i love u oll....


  2. mis nina Says:

    kaksu..teharu sgt bace..meleleh2 da air idong neh..kiter pon syg kaksu, baiah n huda..smpai biler2 pon tetap memerlukan anda bertige..sbb hubungan antara kiter bagai air dicincang yg xkan putus...de power of four~~~kasih kekasih adakalanya x kekal lame, tetapi kaseh sahabat sehingga ke syurga~~


  3. Cinta Sufie Says:

    nini huda...
    k.su turut terharu ngan komen kamu berdua..
    kita miliki sebuah hati yang tak pernah membenci..Sebuah senyuman yang tak pernah pudar..Sebuah sentuhan yang tak pernah menyakiti.. dan sebuah persahabatan yang tak pernah berakhir.


  4. milah hasan Says:

    bile odah nk buat entri psl aku nih? kikiki :D


Jarimu menulis