Sepi seorang diri
Mereka bertanya, mengapa aku menyepi...
Mengapa aku menjauh pergi...
Mengapa tiada nukilan tentang ape yang aku lalui...

kepedihan, kesakitan, penderitaan jiwa yang melanda aku selama ini...
Hanya aku yang rasai..
Berdiam  diri...
itu yang aku lakukan di ketika ini..

aku menulis..
tapi bukan disini..
cukup sekadar untuk diri sendiri,
agar aku berhati-hati dengan kemungkinan yang akan terjadi..

di diari peribadi..
dan juga diari hati..
bukan untuk menagih simpati..

bimbang segala luahan hati akan memakan diri,
dan membuka aib manusia yang menyakiti hati...
kerana segalanya telah terjadi..

semoga ianya menjadi pedoman dalam menyusuri hidup ini...

Aku percaya dan aku yakini..
hidup ini tak seindah mimpi..
ini realiti yang perlu di hadapi
bukan lagi fantasi penyeri malam hari..

Sendiri, Aku berjalan seorang diri,
mendekati pencipta Abadi..
agar aku tidak lari lagi..
demi mencari harga diri..

Insani.
Cabaran diri
Pada 24-27 September yang lalu, Jabatan tempat saya bekerja mengadakan 1 bengkel berkaitan ekonomi. iaitu- Bengkel Inventori, Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan di Ipoh,Perak dan dihadiri lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan yang berpangkat G41 hingga Ke JUSA B. 

Saya salah sorang urusetia yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugasan sebelum dan semasa bengkel dijalankan.

Dipendekkan cerita. Tanpa diduga, saya telah diarahkan menjadi pengacara sepanjang majlis berlangsung.

Oh mak! 

Pagi-pagi lagi, saya dah dapat pesanan ringkas dari seorang bos. Pesanan nya, saya perlu menggantikan tugasan rakan yang tidak dapat  beraksi pada hari tersebut sebagai emcee kerana masalah tertentu. Dan saya dipilih secara tiba-tiba. Orang kata ni betul-betul bidan terjun. Keesokan hari pulak tu majlis nya. Berkira-kira. Bila masa nak buat latihan. Nak semak skrip? Boleh ke buat? Boleh ke?

Kalau kawan-kawan selalu mengatakan saya seorang yang serba boleh, saya nak menafikan. Banyak perkara yang saya belum terokai dan belum tentu boleh buat dengan baik. Salah satu nya adalah ini. Menjadi emcee. Terus terang saya katakan, saya tak pernah ambil peluang jadi emcee. Kalau diarahkan sekalipun, saya selalu menolak atas alasan kurang keyakinan diri sebab ade beberapa sebutan saya agak tidak jelas. Orang kampong kata “Pelat”. Sebab tu saya mengelak. Tapi kali ni saya tak dapat nak tolak lagi. Saya perlu terima sebagai cabaran diri.

Bak kata seseorang-

“go ahead..challenge yourself, u haven’t seen the best of you yet”

“Just do it right and you’ll love whatever it turns out..”
………….

Sesi pertama: 

Majlis perasmian yang dihadiri oleh Dato’ Ketua Pengarah dan Timbalan Pengarah Perhutanan. Berjalan lancar walaupun terdapat beberapa  kesilapan kecil.  Rasanya saya dapat kawal keadaan. Dan yang pasti saya tiada rasa debaran yang teruk. Saya da berjaya mengatasi rasa gementar bila berdepan di khalayak ramai. Mungkin dari pengalaman-pengalaman membuat pembentangan semasa belajar dan bekerja membuatkan saya lebih yakin bila berdiri di hadapan. 

Tapi, Sifat saya yang lemah saya tetap tak dapat buang. Sehabisnya sesi pertama, saya terus menuju ke tandas, sebab saya rasa sangat stress dan saya menangis sendirian. Saya malu dengan diri sendiri mungkin. Saya rasa macam marah kat diri sendiri.

Bermonolog sendirian.  “apelah kau ni Sue!” “Aku boleh buat! Boleh!” “ Malu la.. Suruh org lain gantilah” “Sue boleh. Yakin kat diri”- menangis lagi…

Alahai. Nape lemah sgt nih. Jadi, saya call mak saya untuk dapat kekuatan. (saya sayang mak saya!) Macam-macam tips, doa-doa  dan kata-kata semangat yang diberikan. Borak-borak dan gelak-gelak dulu. Lepas tu saya da ok. 

Sesi diteruskan hingga hari terakhir. Habis saja, saya terus jerit” yahooooo!!!da habes” ;p depan kawan2 je.

Sebagai seorang yang pertama kali jadi emcee, saya rasa teruk juga lah. Sebb ade beberapa kali saya tersilap cakap, dan dewan gamat dengan gelak tawa. Adoi. Rosak majlis. Tapi yang saya suka, walaupun saya rasa langsung tak layak jadi emcee, tp pegawai-pegawai datang kat saya dan beri kata-kata yang positif.  Dan katanya, lepasni saya boleh jadi emcee lagi. Saya ucap terima kasih dan senyum senyum je la.  Erk?!

Teguran-teguran atas kesilapan juga saya terima dengan positif. Kata-kata belakang kalau ada takpelah. Saya maafkan. manusia ada salah dan silapnya kan? :)

“Sue, Anggap je diorang tak dengar ape yang kau cakap, dan diorg semua org biasa. Bukan org2 atasan”

Dan betul. Bila kita buat mind set macm tu, rasa lebih mudah dan lancar untuk meneruskan kata-kata. Tapi, ni mungkin untuk pertama dan terakhir kali la saya jadi emcee. Saya mmg tidak dikurniakan bakat untuk mengacara, apetah lagi acara rasmi. Jadi pengacara Nona? Lupakan je la. hehehe

p/s:  dapat 2 tawaran jadi emcee untuk acara luar. *lap peluh.* maaf saya tak mahu. heeeee

" Kita tak akan tahu kelebihan diri, sebelum mencuba sesuatu perkara"

Yakin Boleh.
Suhaida
Trilogi Cinta
 "Campak aku kelembah duka.. bila sudah tiada rasa suka.."

kadang-kadang saya luahkan rasa melalui lukisan/ilustrasi beku yang kaku di diari...

sekadar berkongsi hasil dari tangan yang tiada seni mahupun kreativiti..

Di saat hati sedang sirna... di saat kehancuran seorang diri..

Namun, Allah sentiasa di hati...

Keluarga sentiasa disisi..


"bila awak dah putus dengan Sue, awak ikat saya ye, kita kawen..yeah!!

bukti hitam nya hatimu wahai perempuan. Sanggup melukai hati insan lain demi nafsu diri. Subhanallah. Semoga aku tidak jadi sepertinya dan dijauhkan dari manusia sebegini.

"Kalau tak Su, Su akan break-up dah lepas kitorang jumpa. Immediately su, immediately"

Terima kasih. Memang immediately...

langsung tak sempat bernafas.. Terima kasih..

Semoga bahagia...


16 Jun 2012.
Tikaman bertubi.
 
*tiada kena mengena dengan yang telah meninggal dunia*

Kirai
Salam Ramadhan yang penuh  Barakah.
Semoga segala amalan kita diterima dan dapat memperbaiki diri  menjadi yang terbaik.
Ambillah peluang pada bulan ini untuk berubah, yang tak elok dibuangkan, yang elok ditambahbaik lagi. saya pun masih usaha. Yang baik datang daripada Allah. Insya-Allah.

Seperti tahun-tahun sudah,bila tiba bulan puasa, saya ada satu menu wajib buat untuk juadah berbuka puasa. nak tahu apa dia?

ianya roti jala.

Entah kenapa, saya suka sangat makanan ni. tapi bukan beli punya tau. saya masak sendiri. sebab satu minat saya adalah memasak. try n error. tak kisah la masakan ape pun. saya suka duduk dapur. dari kecil saya dah diajar untuk biasakan diri di dapur. kalau pergi rumah saudara, nak cari saya senang je, cari kat dapur. saya bukan jenis duduk terperap dalam bilik dan buat hal sendiri atau duduk di depan tv sambil bergelak tawa. ade waktu tertentu saje dan mase untuk bersendiri, baru saya duduk di bilik. tu kat rumah sendiri je lah. kat rumah orang saya takkan buat macm tu. nampak tak manis dan tak sopan kan?

Terus terang saya katakan, saya tak pandai masak, tapi saya suka mencuba dan belajar. sampai sekarang saya masih belajar pelbagai menu. pesan mak, "yang penting ada usaha, dari langsung tak nak buat". sebab tu saya tak kisah kalau masakan saya rasa entahapehape rasenye, dan dari situ proses pembelajaran berlaku. bila buat lagi sekali, rasa bertambah elok. baru rasa seronok. Dan lagi best bila dapat berkongsi dengan pasangan...

Hari ke-17 berpuasa, saya dah rasa sangat teringin nak makan makanan tersebut. dari pejabat dah terbayang2, jadi sesampai je di rumah, saya terus sediakan bahan-bahan. saya bancuh dan mula masak. banyak tau saya buat. dah siap, saya beri sepinggan untuk jiran depan rumah. owh lupa nak bagitahu, kuah kari daging mak saya yang masak. saya buat roti jala aja. kalau nak tunggu saya masak lauk kari tu, memang tak sempat. tak sempat tau,bukan tak tahu..hehe

malam tu makan memang berselera... feel lain bile buat untuk juadah berbuka.

ni gambar hasil  masakan saya pada malam tersebut. :)


Lepas saya post gambar roti jala ni kat Fb, ramai juga rakan-rakan yang bertanya akan menu, ada yang suruh saya buat bila abes puasa nanti. dan tak kurang juga yang usaha cari di bazar tapi mereka tak jumpa.
Insya-Allah, ada masa saya buat untuk kawan-kawan.

bagi kawan-kawan yang mintak menu, saya dah bagi. tapi saya bagi tak detail. bukan tak detail, tapi takde sukatan. bab sukatan saya gagal. sebab saya buat ikut suka hati. main letak je. jadi saya cuma pesan kat kawan-kawan, bergantung pada kelikatan bancuhan ni. 'tak boleh cair sangat, tak boleh pekat sangat'. yang penting boleh di kirai. harap kawan-kawan berjaya buat. :)

antara bahan-bahan untuk roti jala ni, tepung, sebiji telur, air, garam, pewarna kuning. ade juga yang campur santan, tapi saya buat yang mudah je. macm ni la saya bagi tahu kawan.harap diorg paham dan boleh agak sukatannya. Hehe.

Selamat mencuba. :)

Salam Sayang.
Hurt..
"Apabila seseorang menyakiti kamu, berdoalah pada Allah agar kamu tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain..."



Berbekalkan kesabaran dan sisa-sisa semangat yang ada..
aku cuba bangkit. bangkit dari kejatuhan..
Kini aku sudah mampu berdiri walau berpaut pada dahan yang rapuh.
 amat goyah.. 
lukanya amat dalam...

aku cuba beri kemaafan pada mereka, namun sukar...
Semoga kedatangan Ramadhan kali ini, aku mampu memaafkan segalanya...
dan melepaskan segala kedukaan...

Ya, Allah..Ampuni aku...


p/s : saat diri tidak suci (keuzuran wanita), terasa begitu mudah syaitan mempengaruhi aku. tanpa sedar aku meluahkan "bahasa syaitan". Sekali. Ya, ia cuma sekali dan sepatah sahaja. namun terasa penyesalan dihati.  Pasti syaitan sedang meraikan dan tersenyum sinis terhadapku. Astagfirullah. Astagfirullah. Aku bukan begitu. hati dan lidah ku tidak diajar menggunakan "bahasa syaitan". Jangan ikut perangai syaitan. Nauzubillah.

"Saya bukanlah wanita yang baik, namun saya tak mahu jadi wanita yang hitam hatinya.. saya sedang memperbaiki diri dan bersihkan hati. doakan untuk saya"

Semoga Allah melindungiku..

“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).
Jaga hati.. jaga iman..


...........
Kehidupan...
Suatu pencarian dalam perjalanan yang terlalu jauh dan sukar untuk  meramal apa yang bakal ditempuhi hari esok...

Hari ini...
Seiring langkah menyusuri,namun belum pasti sejauh mana ia akan pergi...
Dan setakat mana ia akan terhenti...

Cuma yang pasti,kita akan terus mencari diri sendiri selagi belum di panggil mengadap ILAHI... dan ketika itu kita hanya bisa diam... Seorang diri di Pusara Sepi...



Suhaida...berhenti lah menyeksa diri sendiri.. Biarkan mereka..biarkan...

Tabah kan hati saat diri dizalimi...

Kerana manusia bisa berbuat apa saja asalkan kepuasan hati dikecapi.....

Berakhir di sini

-delete- :)
Cinta Sufie 2404


Redha atau tidak?
Ya Allah. terluka nya hati ku ini Ya, Allah.
Tabah kah aku untuk menghadapinya..
Kuatkah aku untuk terima kebenarannya Ya, Allah.
Aku bermohon padamu Ya Allah,
Kau kuatkanlah hatiku yang kian rapuh ini Ya, Allah.
Jauhkan diriku dari penderitaan Ya Allah.
Jauhkan diri ini dari kedukaan Ya Allah,
Jauhkan hati ini dari kebencian Ya, Allah...
Andai ini ketentuan Mu,
Aku Redha Ya Allah.
Aku Redha....
Aku Redha....

*Tangisan... semakin laju ia mengalir.....laju.. Aku tak kuat...tak..
sampai hati :(
Kau merubah segalanya
Kau yang merubah segalanya
Kau sebenar yang mencuri hati
Aku yang masih meratapi kehancuran
Cinta lalu yang tak kesampaian

Apakah yang terburu-buru
Cuba melupakan peristiwa lalu
Atau mungkinkah ku terpesona pada
Kejujuran yang engkau berikan

Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi

Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati 

........................


Terima kasih segalanya....

Hipokrasi
Pernah tak rasa berhadapan dengan haiwan pelihara seperti kucing lebih memberi ketenangan dari mengadap manusia yang penuh hipokrasi yang tersembunyi?

Mungkin inilah yang aku rasa ketika ini.. Manusia penuh hipokrasi, yang kadangkala tindakan nya penuh dusta dan kepura-puraan demi menunjukkan diri lebih bagus dan hebat, dengan menjatuhkan manusia lain di sekeliling nya. Walau ada yang sedar tindakan nya salah, namun mereka hanya mampu berdiam diri... tapi sampai bila? sampai bila mereka mahu biarkan diri diperkotak-katik kan oleh manusia yang sedemikian.

Kadang-kadang istilah "Berdiam diri lebih baik" tak boleh diguna pakai bila sesuatu perkara yang berlaku mampu menjatuhkan maruah kita sebagai manusia. Sesekali istilah tersebut perlu di tolak ketepi. cukuplah walau sekali istilah itu tidak diguna pakai. Tak perlu biarkan secara berterusan memberi dan membuka ruang agar diri dipersenda dan dipandang enteng oleh manusia lain.

Bangkit. Jangan biarkan diri dipijak orang tanpa belas hanya untuk kepentingan diri nya. Aku- seorang yang agak lantang bersuara bila aku tahu aku dipergunakan dan dipersenda oleh manusia sedemikian. walau aku memegang prinsip "Biar orang buat kita, jangan kita buta orang" namun ia bukan lesen untuk aku dipermainkan. bukan. dan bertembung dengan prinsip "Kasihan diri sendiri sebelum kasihankan orang lain" buatkan aku bertindak mengikut kewarasan fikiran dan bukan tindakan penuh emosi yang membuta tuli tanpa usul periksa.

Bersifat lantang bersuara, mungkin akan menyebabkan diri dibenci, namun percayalah bila seseorang sedar akan kesilapan nya, mereka akan datang semula pada anda untuk menyatakan kesilapan dan memperbaiki kesilapan tersebut. namun ada juga akan membenci tanpa sekelumit maaf. Mungkin ini lumrah kehidupan. 

Dibenci oleh seorang manusia yang tak memberi sebarang faedah pada diri sendiri bukan lah perkara yang merugikan. Tapi sebaliknya, kita yang peroleh pahala dari kebencian manusia tersebut. beri senyuman je la. Sinis? jangan. bagi senyuman paling manis. hehe :)

p/s: lantang bersuara untuk menegakkan kebenaran, namun bahasa kesat aku elakkan. harap kau pun boleh, sebab kau kan wanita. biar tak cantik, jangan tidak berbahasa.

Itu Cara ku, 
Suhaida.




Bersama Datin
Salam.

Hai kawan-kawan! semalam Sue keluar mengisi hari minggu dengan seorang Datin. Sekarang kawan dengan datin2 ke? eh, tentulah tidak. Datin ni merupakan isteri kepada Mantan KPPSM. Beliau seorang yang baik, ramah, humble, penyanyang. Selalu kita dibayangi kalau sesorang bergelar Datin, tentu  sombong dan mementingkan status. Tetapi berbeza dengan Datin yang seorang ini. Sangat berbeza. Dengan beliau, rasanya seperti tak perlu terlalu berprotokol tetapi masih hormat. sangat menghormatinya. mungkin hormat sebagai seorang anak kepada ibu.

Dah beberapa hari, beliau selalu menghubungi Sue. katanya nak ajak keluar sementelah Dato' (suaminya tiada dan sibuk bermain golf) dan tiada anak perempuan. Beliau hanya memiliki seorang anak teruna berusia 26 tahun yang dari penceritaan nya, seorang yang manja. mungkin disebabkan anak tunggal, segala perhatian ditumpukan sepenuhnya pada anak yang seorang. Kereta, dan rumah sudah tersedia oleh ibu bapa. Bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mampu menyediakan segala kemudahan dan kemewahan. mula membandingkan dengan diri sendiri, yang kalau mahu ape barang sekalipun, perlu usaha sendiri. sejak kecil. sejak dari pemergian ayah. stop. nanti tersedih pulak.

berbalik pada cerita asal. Disebabkan beliau tidak mempunyai anak perempuan, sue diajak menemani nya ke Spa untuk bersauna. katanya kalau bawak anak akan dapat masuk secara percuma. memandangkan tiada apa yang dilakukan pada hari minggu, Sue setuju untuk menemaninya.

Bersauna? Spa? ok. ni merupakan kali pertama masuk tempat2 macam ni. mungkin disebabkan berasal dari kampung dan tidak terlalu menjaga kecantikan dan penampilan, menyebabkn diri tak terlalu terdedah mengenai spa atau facial2 nih. ye la, emak Sue pun tak pernah ke spa2 ni. macm pelik pulak orang kampung gi sauna. hehe. ni mungkin salah satu aktiviti orang yang "ada-ada". seronok juga bersauna ni. selepas 1 jam duduk dalam bilik berwap, badan rasa best dan segar. banyak peluh yang dikeluarkan. dalam bilik sauna tu, semua wanita dan perlu berkemban saja. terpulang sama ada bawa kain sendiri atau kain yang telah disediakan.

setelah siap bersauna, kami mengisi perut di Old Town terdekat dan terus menuju ke KLCC memandangkan spa terletak berdekatan je. Tiba je di KLCC, langkah kaki terus menuju ke Konikuniya untuk membeli majalah dan buku motivasi. seterusnya mengikut langkah datin ke kedai-kedai yang tak mungkin aku mampu memiliki walau sepasang selipar. bayangkan lah selipar jepun yang biasa dibeli dengan harga rm10.00, tapi didalam butik, design selipar biasa berharga melebihi RM 1K. nak pegang pun terasa diri tak layak..

Sepanjang berjalan dengan nya, banyak yang dibualkan, banyak juga yang ditanyakan tentang diri ni. tentang kerja, tentang boyfriend, keluarga dan macam2 soalan berbaur peribadi. tapi Sue tak kisah pun. Tapi yang paling best, Datin asyik bercerita tentang anaknya. Sue pandang Datin dan senyum je. Datin terus bercerita dan  meluahkan rasa hatinya.

"saya suka dengan sue, tapi sue dah ada boyfriend...."

oppss!!! ape makna nya tu? :p

Amanah buatku
Salam.

Hari ni aku bertemu dengan seseorang. seseorang yang mungkin bermurah hati memberi inspirasi pada aku.
yang kadang-kadang aku tak nampak apa yang harus aku lakukan.
tapi seseorang ini akan hadir pada waktu-waktu tertentu untuk aku buka mata dan minda.
apa yang aku perlu lakukan ialah berfikir dan bertindak untuk memajukan diri.
terima kasih..

Dan pertemuan hari ini, aku diberi amanah agar menulis sesuatu buatnya. sesuatu yang penting  untuk dirinya.
dan akan ku cuba untuk buat yang terbaik. Terima kasih kerana mempercayai diri ini.

walaupun ia nya kecil, namun amanah akan tetap amanah.
Gangguan
Emosi terganggu akan sesuatu...
panggilan dan pesanan pesanan ringkas..
yang aku terima dan ku biarkan sepi.
gangguan yang kadang kala menghantui diri...
yang kadang kala sukar untuk di hadapi..
tolong jangan hadir lagi...
maaf aku tak mampu memenuhi kehendakmu..
maaf jika aku masih melukakan hatimu..
maaf...
kerana engkau hanya masa silamku...
dan janji aku...
tak akan melukakan hati seorang wanita..
iaitu wanita disisimu..
wanita yang selayaknya untukmu...
Maaf......

.Nostalgia Cinta Suci.
2002
Buatmu Sahabat
 Assalamualaikum.

Percayalah wahai sahabat, setiap orang ada masalahnya yang tersendiri. Allah menguji seseorang itu dengan berbagai ujian sama ada Allah hendak menambah iman kita atau hendak menguji sejauh mana keimanan kita. Sebab dari sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, dan mendidik diri kita agar tidak  mudah berputus asa dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan ranjau dan onak duri. Dengan ujian dan dugaan juga lah  yang dapat mematangkan diri kita yang kadang kala alpa dengan dunia fana ini.

Sahabatku,
Waktu ini tentu kamu sedang di rundung kesedihan. Waktu dimana kamu agak rapuh dengan ujian kehidupan.
Namun Sahabat, Ada sesuatu yang aku kagumi tentang dirimu. Kamu seorang yang tabah walaupun diuji berkali-kali. Tabah dan redha dengan ujian. Kamu tampak kuat dan masih mampu mengukir senyum untuk menutupi seribu kelukaan di hati. Kadang-kala kamu bergelak tawa walau hakikat nya hati mu sedang menangisi akan sesuatu.

Namun tawa mu itu masih tidak mampu menutupi kesedihan, akhirnya terhambur jua titisan-titisan dari mata. Dan tanpa sedar aku turut menangisi akan kesedihanmu. Cubit peha kiri, masakan peha kanan tidak terasa bukan? Maaf kan aku sahabat, kerana tidak berada di sampingmu tatkala kau memerlukan. aku hanya mampu mendengar dan memberi sedikit kata-kata agar kau meneruskan kehidupan.

Bila aku dapati orang yang aku sayang berada dalam kesusahan dan kesedihan, aku mahu berada disampingnya dan duduk di sebelahnya. Menenangkan dirinya. Memberi pelukan buat dirinya.
Aku relakan air matanya membasahi bahuku. Menangislah sahabat, luahkan segalanya...

Tapi kadang-kadang perkara tu mustahil bila jarak dan masa jadi halangan. Aku hanya mampu memohon kepada Allah, agar menjaga dan memberi kekuatan jiwa pada sahabat-sahabatku.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, jagalah sahabatku ini dan jauhkan lah dirinya dari penderitaan"

Firman Allah SWT:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
                                                                                                                (Al-Baqarah: 286)


Sahabatmu,
Kak Sue
Coretan: Konsert Awie dan Ella
Gandingan mantap. (kredit : Kosmo)


Terbaik!!!!

Tak tahu nak label macamana lagi selepas menyaksikan gandingan hebat antara Raja dan Ratu Rock Ella dan Awie di atas pentas yang sama di Panggung Sari, Istana Budaya semalam (15.1.2012). Mereka tiada tandingan. Mereka memang dilahirkan untuk menjadi Rockstar. biarpun usia sudah melewati 40-an, tenaga mereka seolah berusia 20-an.


Yang pastinya Awie dan Ella sama-sama hebat dan sama-sama mantap. Memang tak dapat dipertikaikan kehebatan suara mereka. Sangat berbaloi dengan bayaran RM80.00 apetah lagi diberi peluang untuk duduk di tempat berharga RM300.00. Peluang yang tidak semua orang dapat. Tempat terbaik. Sedikit pun tidak terasa pembaziran. Sesekali melabur untuk sesuatu yang kita minat atau suka, ape salahnya kan. Sementelah pula ditemani kekasih hati menambah keseronokan. Harap kekasihati juga enjoy dan seronok berada di konsert tersebut.


Pembuka tirai, bahang mula terasa saat berkumandang suara Ella dengan lagu Baldu Biru. Tatkala penonton terpinga-pinga mencari dari mana arah suara, tiba-tiba Ella muncul dari balkoni sebelah kiri panggung, kemudian disambut pula dengan nyanyian Awie dari balkoni sebelah kanan.


Waktu itu, owh aku sungguh teruja. Sangat teruja. Wah!! Kekasih hati mula menjerit nama Awie. Hehe! Aku tahu dia juga teruja. Kan?kan? (ok. Tak nak mengaku tak ape ;p)


Persembahan dimulakan dengan nyanyian solo secara bersilih ganti antara Awie dan Ella. Awie memulakan lagu yang aku rasa tidak familiar pada halwa telingaku, mungkin tajuknya 1520 dan Monyet. Masa ni aku cume layan muzik yang dipimpin oleh Edry Hashim. Kemudian giliran Ella menyampaikan lagu Teruja, Ala Amerika dan Menyanyi Lalalala. Ahh, lagu baru dan lagu yang aku tak hafal liriknya. Sekali lagi aku hanya layan muzik dan menyaksikan gelagat Ella yang lincah, dan manja. Aku suka. Mungkin kalau orang kebanyakkan yang beraksi sebegitu akan di cop sebagai “Gedik”.ya, mungkin. Tapi tidak pula pada Ella. Nampak sangat best. Ok. Ni dah macam sedikit double standard. huhhh



Konsert diteruskan dengan lagu-lagu popular mereka. Persembahan mereka menggamit penonton ke zaman kegemilangan rock era 80-90 an. Aku tidak terkecuali dan terbuai dengan lagu-lagu mereka. Dendangan lagu yang aku tahu dan hafal liriknya, aku turut nyanyi bersama. Sesekali awie membuat aksi dan lagak nakal dan mencuit hati semua peminat. Baru aku tahu awie ni kelakar juga orangnya. Ada saja aksi yang membuatkan penonton bergelak tawa. Memang best. Ella tak banyak cakap pun atas pentas. Mungkin Ella ni pemalu agaknya. Entah lah. Tak dapat  nak dijelaskan. Yang pasti Ella terus dengan aksi manja ala-ala kucing.


Kehangatan semakin membara ketika persembahan klimaks iaitu segmen medley lagu-lagu popular Awie dan Ella. Lagu-lagu yang benar-benar menggamit memori. Semua lagu hits dan best tahun 80-90an mereka, dan yang paling best bila Awie dan Ella menyanyikan lagu bernada tinggi. Lontaran vokal yang mantap. Masa ni, aku dah tak dapat kawal perasaan. aku turut menjerit sekuat hati. Puas betul dapat jerit dan dapat luahkan rasa bahawa diorang ni memang terbaik lah!! Best! lagu yang awie tarik nada tinggi tentula ‘di Penjara Janji’, manakala Ella pula dengan lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’. Best gila lah. Suara tetap maintain. Langsung tak pecah atau semput.



Bila tiba ke persembahan penutup, Awie dan Ella mengajak semua penonton berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu ‘Terima kasih’. Semua penonton memang sporting. Mungkin awie dan ella memahami gelora hati setiap penonton yang tak berapa selesa menonton konsert secara duduk dan sopan. Memang tak puas hati beb tengok konsert duduk. Macam tengok wayang aje gayanya. Bila dapat berdiri baru rasa best. namun apekan daya, itu adalah lagu terakhir pada konsert hari itu. Dari sumber yang boleh dipercayai, itu adalah pertama kali awie dan ella mengajak penonton berdiri (selepas 4 persembahan yang dah lepas) dan persembahan pada hari itu juga turut dirakam untuk siaran tv atau mungkin juga untuk jualan vcd konsert ini. Itu aku tak berapa pasti.



Dan yang pastinya, aku keluar dari Istana Budaya dengan perasaan yang sangat berpuas hati. dan ada rasa nak pergi ke konsert sebegini lagi. Tapi bukan konsert yang banyak mat-mat rock yang ganas. Tak. Yang tu aku tak berani nak pegi. Rasa macam tak selamat.



Ape pun, sekali lagi aku nak bagitahu, bahawasanya konsert Awie dan Ella memang best. tak rugi lah pergi konsert tu. Betul beb, tak rugi. hehe:)




p/s: Next song yang nak dinyanyikan oleh awie dan Ella jadi tak surprise sebab ade ‘orang sebelah’ sentiasa akan bagitau tajuk next song. Ceh! Kacau betul. ;p

Untuk kesayangan, Terima kasih kerana sudi menemani. Sayang awak lah!

Menulis dengan diiringi lagu-lagu Ella.



Teruja,
Tsu Feh Sufiah.