Pada 24-27 September yang
lalu, Jabatan tempat saya bekerja mengadakan 1 bengkel berkaitan ekonomi. iaitu-
Bengkel Inventori, Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan di
Ipoh,Perak dan dihadiri lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada
pegawai-pegawai atasan yang berpangkat G41 hingga Ke JUSA B.
Saya salah sorang urusetia
yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugasan sebelum dan semasa bengkel
dijalankan.
Dipendekkan cerita. Tanpa
diduga, saya telah diarahkan menjadi pengacara sepanjang majlis berlangsung.
Oh mak!
Pagi-pagi lagi, saya dah
dapat pesanan ringkas dari seorang bos. Pesanan nya, saya perlu menggantikan
tugasan rakan yang tidak dapat beraksi
pada hari tersebut sebagai emcee kerana masalah tertentu. Dan saya dipilih
secara tiba-tiba. Orang kata ni betul-betul bidan terjun. Keesokan hari pulak
tu majlis nya. Berkira-kira. Bila masa nak buat latihan. Nak semak skrip? Boleh
ke buat? Boleh ke?
Kalau kawan-kawan selalu
mengatakan saya seorang yang serba boleh, saya nak menafikan. Banyak perkara
yang saya belum terokai dan belum tentu boleh buat dengan baik. Salah satu nya
adalah ini. Menjadi emcee. Terus terang saya katakan, saya tak pernah ambil
peluang jadi emcee. Kalau diarahkan sekalipun, saya selalu menolak atas alasan
kurang keyakinan diri sebab ade beberapa sebutan saya agak tidak jelas. Orang
kampong kata “Pelat”. Sebab tu saya mengelak. Tapi kali ni saya tak dapat nak
tolak lagi. Saya perlu terima sebagai cabaran diri.
Bak kata seseorang-
“go
ahead..challenge yourself, u haven’t seen the best of you yet”
“Just
do it right and you’ll love whatever it turns out..”
………….
Sesi pertama:
Majlis perasmian yang
dihadiri oleh Dato’ Ketua Pengarah dan Timbalan Pengarah Perhutanan. Berjalan
lancar walaupun terdapat beberapa
kesilapan kecil. Rasanya saya
dapat kawal keadaan. Dan yang pasti saya tiada rasa debaran yang teruk. Saya da
berjaya mengatasi rasa gementar bila berdepan di khalayak ramai. Mungkin dari
pengalaman-pengalaman membuat pembentangan semasa belajar dan bekerja
membuatkan saya lebih yakin bila berdiri di hadapan.
Tapi, Sifat saya yang lemah
saya tetap tak dapat buang. Sehabisnya sesi pertama, saya terus menuju ke
tandas, sebab saya rasa sangat stress dan saya menangis sendirian. Saya malu dengan
diri sendiri mungkin. Saya rasa macam marah kat diri sendiri.
Bermonolog sendirian. “apelah
kau ni Sue!” “Aku boleh buat! Boleh!” “ Malu la.. Suruh org lain gantilah” “Sue
boleh. Yakin kat diri”- menangis lagi…
Alahai. Nape lemah sgt nih.
Jadi, saya call mak saya untuk dapat kekuatan. (saya sayang mak saya!)
Macam-macam tips, doa-doa dan kata-kata
semangat yang diberikan. Borak-borak dan gelak-gelak dulu. Lepas tu saya da ok.
Sesi diteruskan hingga hari
terakhir. Habis saja, saya terus jerit” yahooooo!!!da habes” ;p depan kawan2 je.
Sebagai seorang yang pertama
kali jadi emcee, saya rasa teruk juga lah. Sebb ade beberapa kali saya tersilap
cakap, dan dewan gamat dengan gelak tawa. Adoi. Rosak majlis. Tapi yang saya
suka, walaupun saya rasa langsung tak layak jadi emcee, tp pegawai-pegawai datang
kat saya dan beri kata-kata yang positif. Dan katanya, lepasni saya boleh jadi emcee
lagi. Saya ucap terima kasih dan senyum senyum je la. Erk?!
Teguran-teguran atas
kesilapan juga saya terima dengan positif. Kata-kata belakang kalau ada
takpelah. Saya maafkan. manusia ada salah dan silapnya kan? :)
“Sue, Anggap je diorang tak
dengar ape yang kau cakap, dan diorg semua org biasa. Bukan org2 atasan”
Dan betul. Bila kita buat mind set macm tu, rasa lebih mudah dan
lancar untuk meneruskan kata-kata. Tapi, ni mungkin untuk pertama dan terakhir
kali la saya jadi emcee. Saya mmg tidak dikurniakan bakat untuk mengacara,
apetah lagi acara rasmi. Jadi pengacara Nona? Lupakan je la. hehehe
p/s: dapat 2 tawaran jadi emcee untuk acara luar.
*lap peluh.* maaf saya tak mahu. heeeee
" Kita tak akan tahu kelebihan diri, sebelum mencuba sesuatu perkara"
Yakin Boleh.
Suhaida
Atas permintaan untuk komen, komen jugaklah. Sebenarnya takut nak komen kang termenangis ker. glurp.
Baguslah dah ada satu peningkatan, bertambah setakuk keyakinan diri. Terus mencuba, insya'allah lama-lama terbiasa dan jadi lebih mudah. Gunakan cermin untuk latihan dan elakkan utk bermonolog & merintih sesal.
Dah boleh masuk dlm list achivement kerja bagi tahun 2012.
superb!
mmg diketahui teman2 sekelilingmu..anda mmg berkebolehan..sifat2 peribadimu yg menyerlahkan lg keyakinan kami pd kamu..sesungguhnya, anda mmg terbaik.!!
:) terima kasih.