"Apabila seseorang menyakiti kamu, berdoalah pada Allah agar kamu tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain..."
Berbekalkan kesabaran dan sisa-sisa semangat yang ada..
aku cuba bangkit. bangkit dari kejatuhan..
Kini aku sudah mampu berdiri walau berpaut pada dahan yang rapuh.
amat goyah..
lukanya amat dalam...
aku cuba beri kemaafan pada mereka, namun sukar...
Semoga kedatangan Ramadhan kali ini, aku mampu memaafkan segalanya...
dan melepaskan segala kedukaan...
Ya, Allah..Ampuni aku...
p/s : saat diri tidak suci (keuzuran wanita), terasa begitu mudah syaitan mempengaruhi aku. tanpa sedar aku meluahkan "bahasa syaitan". Sekali. Ya, ia cuma sekali dan sepatah sahaja. namun terasa penyesalan dihati. Pasti syaitan sedang meraikan dan tersenyum sinis terhadapku. Astagfirullah. Astagfirullah. Aku bukan begitu. hati dan lidah ku tidak diajar menggunakan "bahasa syaitan". Jangan ikut perangai syaitan. Nauzubillah.
"Saya bukanlah wanita yang baik, namun saya tak mahu jadi wanita yang hitam hatinya.. saya sedang memperbaiki diri dan bersihkan hati. doakan untuk saya"
Semoga Allah melindungiku..
“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai
orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).
Jaga hati.. jaga iman..
"bahasa syaitan" atau mencarut tu, yg terbaca /terpandang pun rasa tak senang hati.
Semoga niat jadi insan yang baik termakbul.
Insya-Allah.
saya rasa bersalah pada diri sendiri sebab tak dapat kawal amarah dalam diri... saya rasa teruk sehingga syaitan merajai hati.
amarah dan kecewa,
sabar la sue..ada rahmat disebalik apa yg jadi..sekurang2 nya mende ni jadi sebelum sue dilafaz ijab dan kabul..Alhamdulillah..semuanya ketentuan..tabahkah hatimu syg..insyaAllah akan dtg yg lebih baik dr yg sebelum ini..insyaAllah..
Alhamdulillah. Allah masih sayang kan sue. kalau dari awal bermasalah, ia akan mmbawa hingga ke alam rumahtangga. Nauzubillah.
bersabarlah wahai insan..sesungguhnya Allah itu maha adil..kemungkinan juga apa yg terjadi adalah balasan dari perbuatan silam mu..mungkin jua sebagai pengajaran supaya dirimu semakin matang dan tabah utk hadapi rencah dunia yg semakin uzur..
~yg sentiasa ingin melihatmu bahagia..