Salam.
Hai kawan-kawan! semalam Sue keluar mengisi hari minggu dengan seorang Datin. Sekarang kawan dengan datin2 ke? eh, tentulah tidak. Datin ni merupakan isteri kepada Mantan KPPSM. Beliau seorang yang baik, ramah, humble, penyanyang. Selalu kita dibayangi kalau sesorang bergelar Datin, tentu sombong dan mementingkan status. Tetapi berbeza dengan Datin yang seorang ini. Sangat berbeza. Dengan beliau, rasanya seperti tak perlu terlalu berprotokol tetapi masih hormat. sangat menghormatinya. mungkin hormat sebagai seorang anak kepada ibu.
Dah beberapa hari, beliau selalu menghubungi Sue. katanya nak ajak keluar sementelah Dato' (suaminya tiada dan sibuk bermain golf) dan tiada anak perempuan. Beliau hanya memiliki seorang anak teruna berusia 26 tahun yang dari penceritaan nya, seorang yang manja. mungkin disebabkan anak tunggal, segala perhatian ditumpukan sepenuhnya pada anak yang seorang. Kereta, dan rumah sudah tersedia oleh ibu bapa. Bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mampu menyediakan segala kemudahan dan kemewahan. mula membandingkan dengan diri sendiri, yang kalau mahu ape barang sekalipun, perlu usaha sendiri. sejak kecil. sejak dari pemergian ayah. stop. nanti tersedih pulak.
berbalik pada cerita asal. Disebabkan beliau tidak mempunyai anak perempuan, sue diajak menemani nya ke Spa untuk bersauna. katanya kalau bawak anak akan dapat masuk secara percuma. memandangkan tiada apa yang dilakukan pada hari minggu, Sue setuju untuk menemaninya.
Bersauna? Spa? ok. ni merupakan kali pertama masuk tempat2 macam ni. mungkin disebabkan berasal dari kampung dan tidak terlalu menjaga kecantikan dan penampilan, menyebabkn diri tak terlalu terdedah mengenai spa atau facial2 nih. ye la, emak Sue pun tak pernah ke spa2 ni. macm pelik pulak orang kampung gi sauna. hehe. ni mungkin salah satu aktiviti orang yang "ada-ada". seronok juga bersauna ni. selepas 1 jam duduk dalam bilik berwap, badan rasa best dan segar. banyak peluh yang dikeluarkan. dalam bilik sauna tu, semua wanita dan perlu berkemban saja. terpulang sama ada bawa kain sendiri atau kain yang telah disediakan.
setelah siap bersauna, kami mengisi perut di Old Town terdekat dan terus menuju ke KLCC memandangkan spa terletak berdekatan je. Tiba je di KLCC, langkah kaki terus menuju ke Konikuniya untuk membeli majalah dan buku motivasi. seterusnya mengikut langkah datin ke kedai-kedai yang tak mungkin aku mampu memiliki walau sepasang selipar. bayangkan lah selipar jepun yang biasa dibeli dengan harga rm10.00, tapi didalam butik, design selipar biasa berharga melebihi RM 1K. nak pegang pun terasa diri tak layak..
Sepanjang berjalan dengan nya, banyak yang dibualkan, banyak juga yang ditanyakan tentang diri ni. tentang kerja, tentang boyfriend, keluarga dan macam2 soalan berbaur peribadi. tapi Sue tak kisah pun. Tapi yang paling best, Datin asyik bercerita tentang anaknya. Sue pandang Datin dan senyum je. Datin terus bercerita dan meluahkan rasa hatinya.
"saya suka dengan sue, tapi sue dah ada boyfriend...."
oppss!!! ape makna nya tu? :p

nak buat menantu, tapi dah terlambat. ;p
pergh! berminat ke?