Hipokrasi
Pernah tak rasa berhadapan dengan haiwan pelihara seperti kucing lebih memberi ketenangan dari mengadap manusia yang penuh hipokrasi yang tersembunyi?

Mungkin inilah yang aku rasa ketika ini.. Manusia penuh hipokrasi, yang kadangkala tindakan nya penuh dusta dan kepura-puraan demi menunjukkan diri lebih bagus dan hebat, dengan menjatuhkan manusia lain di sekeliling nya. Walau ada yang sedar tindakan nya salah, namun mereka hanya mampu berdiam diri... tapi sampai bila? sampai bila mereka mahu biarkan diri diperkotak-katik kan oleh manusia yang sedemikian.

Kadang-kadang istilah "Berdiam diri lebih baik" tak boleh diguna pakai bila sesuatu perkara yang berlaku mampu menjatuhkan maruah kita sebagai manusia. Sesekali istilah tersebut perlu di tolak ketepi. cukuplah walau sekali istilah itu tidak diguna pakai. Tak perlu biarkan secara berterusan memberi dan membuka ruang agar diri dipersenda dan dipandang enteng oleh manusia lain.

Bangkit. Jangan biarkan diri dipijak orang tanpa belas hanya untuk kepentingan diri nya. Aku- seorang yang agak lantang bersuara bila aku tahu aku dipergunakan dan dipersenda oleh manusia sedemikian. walau aku memegang prinsip "Biar orang buat kita, jangan kita buta orang" namun ia bukan lesen untuk aku dipermainkan. bukan. dan bertembung dengan prinsip "Kasihan diri sendiri sebelum kasihankan orang lain" buatkan aku bertindak mengikut kewarasan fikiran dan bukan tindakan penuh emosi yang membuta tuli tanpa usul periksa.

Bersifat lantang bersuara, mungkin akan menyebabkan diri dibenci, namun percayalah bila seseorang sedar akan kesilapan nya, mereka akan datang semula pada anda untuk menyatakan kesilapan dan memperbaiki kesilapan tersebut. namun ada juga akan membenci tanpa sekelumit maaf. Mungkin ini lumrah kehidupan. 

Dibenci oleh seorang manusia yang tak memberi sebarang faedah pada diri sendiri bukan lah perkara yang merugikan. Tapi sebaliknya, kita yang peroleh pahala dari kebencian manusia tersebut. beri senyuman je la. Sinis? jangan. bagi senyuman paling manis. hehe :)

p/s: lantang bersuara untuk menegakkan kebenaran, namun bahasa kesat aku elakkan. harap kau pun boleh, sebab kau kan wanita. biar tak cantik, jangan tidak berbahasa.

Itu Cara ku, 
Suhaida.




0 Responses

Jarimu menulis