Ingatkan Dia
Jangan disusun kata-kata penamat..jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi..biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku..kisah kau tersedar..dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama..mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri..biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku..kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa..kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak..setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda..kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku..kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa..ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak..setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku..kisah kita
......................

Seperti biase, blogger picisan seperti ku mahu mengulas juga tentang lagu yang menjuarai Juara Lagu ke 25 baru-baru ni. Masa diumumkan juara, aku seolah tergamam dan keluarlah kata-kata dari juri tak profesional macam aku nih..

"lagu ni menang?? bukan best pon" <------ aku rase tak best sebab tak pernah layan lagu nih. bila lagu ni berkumandang di radio, pasti akan tukar siaran lain.hehe

dan nak diikutkan tak leh nak jangka siapa juara. sebab mmg kurang layan lagu baru. lagu Faizal Tahir "Hanyut"  tu aku tahu pon lepas nini cakap lagu tu best, dalam 2 bulan lepas baru sedar ade lagu ni. owh..aku memg tak up to date. Jadi aku curi sedikit mase tuk mendengar.

Tolong Ingatkan Aku..
Aku tak pernah faham ape yang Ana cuba sampaikan melalui lagu nih. Di tambah pula cara nyanyian yang aku tak gemar. slanga dan pelat omputih. ok, itu cara dia. jangan pertikaikan.
Jadi untuk mengukuhkan sebab dan mengapa juri juri profesional pilih lagu ni sebagai juara, maka dengan rajinnya telah menggoogle kan diri mencari lirik lagu tersebut. aku bace, aku fahami, aku hayati.

Metafora. Liriknya puitis. lain dari lagu2 yang tercalon. dan aku mula akui lagu ni memang layak menang.
Maka, Nah Ana Rafali. Aku takkan pertikaikan kemenangan kau!

~nasib ade pesembahan dari Tok ti. Siti Nurhaliza..tetap dihati..wiweeettt~
3 Responses
  1. milah hasan Says:

    Ana Rafali menang, kite ok jeh.. tp kite tetap sokong abg Black! hahahaha~!!


  2. Cinta Sufie Says:

    aritu xde sokong sesape yng bertanding..
    tp sokong francisca peter! yeah!


  3. alfiesyahril Says:

    lg satu,ana rafali patut diberikan kredit atas penceritaan dalam lagu yang dihasilkan tulus dari nurani sendiri,bukan ciptaan komposer picisan yang tak mendalami muzik secara batiniah.... muzik bukan lahirdari minda,tapi dari jiwa yangdilontarkan untuk pendengar menghayati dan berfikir secara kritis...

    btw,siti nurhaliza betul2 menenggelamkan aura muzik2 hari tu,mcm tgk konsert siti pulak... memang wajar siti diangkat begitu tinggi kerana kredibiliti dan showmanshipnya,heheh!


Jarimu menulis