Seribu Kemanisan
tik tok..tik tok..
2010 hampir meninggalkan kita.. tirai 2011 akan menyusul tiba.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Kesyukuran kepadaNya diatas rezeki dan rahmat yang telah diberikan. Segala kejayaan, kegagalan, kebahagiaan, kekecewaan dan sebagainya pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga semua yang saya lalui diberkati. Ups and downs. Banyak suka dan duka yang mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Alhamdulillah atas segala pemberianNya.

di sini saya sisipkan corat coret perjalanan hidup sepanjang 2010. pahit manis sudah tentu.

1~ Putusnya ikatan pertunangan
 hmm...mungkin tak ramai yang tahu saya pernah menjadi tunangan orang. ianya bukan rahsia, cuma tak terlalu didedahkan. Mungkin ada hikmah nya kami tak bersama. Cuma saya mohon agar hidup ini tidak diganggu oleh dia. Dan saya tak mahu ambil tahu tentang dia.

2~Sektor Awam
akhirnya impian saya untuk berkhidmat di sektor awam tercapai. impian sudah tertanam dari awal. keluarga sangat mengharapkan saya dapat kerja kerajaan. berkat doa ibu dan keizinan Nya, impian ini terlaksana jua. hampir 3 tahun saya mencuba pelbagai kerja. dan pernah juga menjadi pembantu rumah jiran dan hampir menjadi calon menantu si tuan rumah. opsss..

3~Pintu hati diketuk
Saya sangka, saya da tak mampu tuk memberi secebis cinta pada lelaki setelah pecintaan musnah di penghujung jalan. Saya da berserah segalanya pada jodoh. Tanpa diduga, hati ini disentuh lagi oleh insan yang penuh kasih sayang. walaupun pada awalnya pelbagai dugaan yang melanda, tapi saya bersyukur hubungan ini masih mampu dipertahankan. Dugaan dan cabaran itu lumrah dalam dunia percintaan kan. Terima kasih kerana menyanyangi diri ini. Saya sayang awak, incik kekasih.

4~Si roda empat
Sekali lagi mengucapkan syukur. Sangat gembira sudah memiliki kereta sendiri. walaupun ianya hutang dan agak sesak untuk pembayaran bulanan. Syukur incik kekasih membantu. Mak dan keluarga gembira. Mak sentiasa menyokong, adik pula tak mengeluh kerana saya sering menyusahkan adik. adik sering berkorban. memberi pinjam kereta kancil nya  untuk saya selama ini. adik tak sanggup melihat kakak nya dalam kesusahan. terima kasih adik, dan maaf kerana sering menyusahkan kamu semua.

5~Jalan jalan cari makan
Tahun yang banyak jalan ke tempat orang. tapi dalam Malaysia aje. itu sudah cukup buat saya gembira. Jauh perjalanan luas pemandangan. saya sukakan travel! ade rezeki mahu travel naiki keretapi. pasti seronok.

6~Sukan
Saya suka sukan xstreme juga. masih menyimpan keinginan untuk mencuba bungee jumping. tapi di Malaysia tak ada tempat untuk bungee jumping. tahun ini dapat buat aktiviti water rafting, Snorkling, wall climbing. memang menyeronokkan.


semua manis2?? mane yang pahit??
optimis! saya tak nak ingat cerita sedih-sedih. memang cara saya tak mahu mengenang cerita sedih.
Cerita sedih saya yang tak kan saya lupa hanya la di saat pemergian ayah saya tahun 1992.

yang pasti kehidupan 2010 banyak manisnya untuk diri saya. Syukur Alhamdulillah. Semoga kemanisan ini berpanjangan.

"Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri"


Jimat Cermat
Masalah global. Bila minyak petrol naik harga, maka semua benda naik sama. Sampaikan nak masuk toilet yang dulu nya hanya 20sen kini sudah naik 30sen atau 40 sen. ini tak termasuk toilet RM2 di KLCC ya. da macam basuh guna minyak pulak kan.

Masalah kewangan. Saya akui lemah dalam pengurusan kewangan. Atau perlukah mendaftar dengan AKPK bagi memastikan pengurusan kewangan secara mampan? ok, itu tak perlu. Disiplin dan berjimat itu yang perlu.

Kenyataanya, tiap kali ujung bulan kocek mulai kering. Bukan kerana shopping. Sebab saya bukan kaki shoping, tapi selalunya abes untuk makanan dan jalan-jalan. sebab saya kuat makan dan jalan-jalan. makan nak sedap. Masak di rumah tak rajin. macam-macam alasan. Peti ais xde. minyak abes. hey, Nak seribu daya, xnak seribu dalih.

Dan minggu lepas, tiba-tiba kerajinan memasak menyusup ke tubuh. selepas siap mengemas rumah, membasuh baju dengan menggunakan tangan (oh kasar tapak tangan ku) dan menyiapkan diri, terus menuju ke kedai barang basah. Ikan..banyak betul ikan yang saya tak kenal. Tapi mata terpaku pada ikan pari. terus dapat idea untuk masak apa. Asam pedas. terbayang wajah incik kekasih. Idea asal nak masak singgang. ok boleh batalkan. beli ikan dengan harga rm5.00 sahaja. berbaloi.

Asam pedas dan sayur siap dimasak. Dijamu bersama incik kekasih di tepian taman tasik.
Saya suka bila incik kekasih makan masakan saya. Walaupun rasanya xsesedap di kedai atau masakan ibu.

Lauk yang saya masak boleh dimakan 2 atau 3 kali lagi. hanya dengan rm5.00.
Saya mula terpikir, JIMAT! TERLALU JIMAT.
rm5.00 untuk 2 hari.. memang berbaloi-baloi.

dan saya mula compare kan kalo makan di luar, paling kurang pon untuk seorang makan dalam rm5.00
tak termasuk air. itu sekali makan. belum tambah makan malam atau makan mewah (fast food).
saya mulai tekad untuk selalu masak dirumah. pergi kerja bawa bekal dari rumah. tapi saya kena masak malam, pagi-pagi memang x sempat. nak rebus telur separuh masak pon tak sempat. ok, jangan beri alasan!

Ini sebagai langkah-langkah penjimatan awal. Sebab saya nak menyimpan. nak menyimpan untuk masa depan. Untuk kahwin. Saya xnak kahwin dibebani hutang. =)

*impian saya sekarang adalah memiliki rumah tangga, bukan rumah banglo.
Saya suka rumah kayu. malam-malam sejuk takyah guna penghawa dingin. tak tahan sejuk.
Sekian lama tidak bersua
Sudah 30 hari seorang anak yang mencari rezeki di kota tidak  menjejakkan kaki ke kampung halaman. ibu pasti merindu.. ya ibu rindu. bukan sengaja tidak mahu pulang. tapi kekangan kewangan yang tidak mengizinkan. Maafkan anak ini.

Anak ini senantiasa rindukan emak. Anak ini rindukan belaian dari tangan yang mengoncang buaian. Rindukan dakapan hangat dari insan yang melahirkan. Rindu pada masakan dari insan yang membesarkan. Rindu pada suara yang tak pernah jemu memberi nasihat. Rindu untuk lena di ribaan insan yang penuh pengertian. Rindu pada suapan dari insan yang sentiasa sabar melayani karenah. Semua tentang emak, saya rindukan.. Sikit pun anak mak tak terlupakan.

Minggu ni anak ini akan pulang ke kampung, dapat melempiaskan segala kerinduan. Mendengar suara ibu di talian, buat hati ini menjadi sayu. bagi ibu, diri ini masih anak kecil dihatinya. Tersentuh hati ini.

Dan bulan ini, anak ini akan bawa ibu ke k.l. Ibu pasti gembira. ibu dapat jumpe cucu kesayangan ibu yang ke-5. =)

Dan tidur malam ku ditemani ibu. Tiada lagi sepi bertamu.

~rupanya baru 30 hari x balik kampung..tapi terasa cam da 30 bulan..nasib jarak kl-jb cume 400km aje.~
Copy Ke Kopi?
Lokasi  : di dalam pejabat sektor swasta.
Masa    : waktu bekerja

Seorang staff sedang asyik melayari intenet tanpa peduli keadaan sekitar pejabat.
tiba-tiba kedengaran suara bos memanggil dan memberi tugasan.

arggghhh...sibuk la bos nih.

"siti (bukan nama sebenar), tolong buat dua copy"

"hah?? 2 kopi?? bos ni biar betol, duk sorang-sorang pon nak 2 cawan kopi"getus hati siti.

siti menuju ke pantry dengan hati yang subal kerana aktiviti terganggu.
dan 2 cawan kopi telah siap sedia.
siti mula melangkah dengan yakin sambil menatang dulang untuk di bawa ke bilik bos.

"mesti bos suke kopi yang aku buat nih'' hatinya berbisik.

di dalam bilik bos..

"tuan, ni kopi yang tuan minta tadi"

bos pula terpinga-pinga. bila pulak saya minta kopi?

"siti..saya bukan mintak kopi, saya nak kamu buat 2 salinan surat ini!!kamu ni!!"

hah!!!

air muka siti terasa bagai berada di bawah tapak kaki..

.........................
haha.. pe yang korang buat kalo perkara begini terjadi kat diri korang?

moral of the story.
1.   Belajar dan fahami English.
2.   Fokus semasa kerja.
3.   Dengar arahan dengan betul.  Jangan buat-buat pandai.
4.   Jangan malu tuk bertanya.
5.   kau isi la sendiri!

terima kasih pada yang berkongsi cerita.
As Long As U Love Me
Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

I've tried to hide it so that no one knows
But I guess it shows
When you look into my eyes
What you did and where you're comin from
I don't care, as long as you love me, baby

.................................

"as long as you love me" nyanyian Backstreetboy. Ni lagu english yang petama aku hafal dan faham maksud lirik nya. tu pon secara kebetulan sebab kawan sekelas buat persembahan tuk hari guru. masa tu aku tingkatan 1 tahun 1997.. lame dah.

aku memg lemah bab english nih. entah bila la aku boleh menguasai bahasa yang 1 nih. nak wat ayat simple pon kena bukak kamus. hais teruk nya. bukan tak nak belajar, tapi aura kemalasan dan tidak berkeyakinan tu sangat menebal dalam diri. malu bila sebutan tak betul.

perlukan perubahan. anjakan paradigma.
atau mungkin aku perlukan kelas tambahan tuk mempelajari bahasa perantaraan antarabangsa ini.
hmmmm...

awak..ajar saya ye.. (*,*')
rindu
rindu...

aku rindu dia..

rindu yang tak terluah..

='(
amarah yang marah
"kata-kata lebih tajam dari mata pedang"

makian atau carutan..

apa yang aku perhatikan, bila seseorang dalam keadaan amarah menguasai diri, mereka lebih gemar mengeluarkan kata-kata kesat.
adakah kata-kata begitu dapat menenangkan hati yg dalam amarah itu?
mereka rasa lega, rase puas? mungkin.

tapi aku bukan jenis begitu. bukan tunjuk baik.
tapi aku dididik begitu.
masa kecil ku, bila keluar nya kata-kata kesat (contoh : babi, bodoh) maka akan hinggaplah tangan seseorang di bibir ku.
kerana itu aku x mengeluarkan kate-kate kesat.
aku tak suka.

bila aku marah. aku diam. aku luahkan melalui airmata di saat aku sendirian.
aku seperti seorang yang lemah. tapi itulah cara aku.
aku tak luah melalui kata-kata kesat. kerana kata-kata akan melukakan hati yang lain.
aku tak nak lukakan hati orang, apatah lagi org yang rapat dengan ku.

sebelum aku buat sesuatu, aku akan letak kan diri dalam situasi itu.
anggapanku..ape yang aku rase? begitu juga org lain rasa.
dan aku senang begini.

biar org buat kita, jangan kita buat orang.

Diamku Gunung Berapi
cinta tanpa alasan
Tertarik dengan nota dari fb seseorang. Ingin berkongsi. Mungkin kalian pernah membacanya..

............................
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

........................

Cinta..tak memerlukan sebab untuk dicintai.

Pesanan seseorg..biarkan cinta itu datang datang dengan sendiri, bukan belajar untuk menyintai..

Cinta yang dicari akan pergi, cinta sejati yang kekal abadi..


..aku hilang arah. sesat mencari diri..
tegur aku disaat aku mulai salah.