kesihatan terganggu
pening...panas badan..selsema..batuk..sakit belakang..
dapat pakej penuh..

dapat mc 2 hari.
tak sihat tapi tetap gagahkan diri menanam pokok di bawah terik matahari di Mont Kiara.
ingat x teruk. bertekad kene gi klinik juga. klinik terdekat berada di Tanglin. Drive kereta sendirian dari office.
jumpe doktor. suhu badan agak tinggi 39.6.
doktor kata "kamu saspek denggi".  takut dan risau. imaginasi da macam-macam.
doktor ni betul2 wat mental down.
wat blood test. keputusan ok dan normal. Syukur Alhamdulillah.
doktor pesan supaya banyakkan rehat dan makn ubat ikut time. makn ubat 2 biji 6 kali sehari. banyak nya. huuuu..

suhaida..cepat sembuh ye..xmo akit-akit..

tips~kalau demam, banyakkan minum 100+ dan agak berkesan.
jawapan tergantung di dada langit.
20.11.2010
Tahniah buat Nurizat dan Leftenan Errudin

Baru pulang dari majlis kahwin rakan sekolah. Majlis yang simple tapi menarik. pengantin lalu bawah pedang memang kelihatan sangat istimewa. Terpancar seri pengantin di wajah rakan. Tersenyum.


Di majlis dapat bejumpa rakan-rakan lama. sudah lama x ketemu. terasa agak janggal untuk memulakan perbualan. mereka masih ingat namaku walau hampir 10 tahun tak bersua muka dan berinteraksi.
banyak perubahan. ada yang semakin sihat, ada semakin menawan. ade yang sedang mengandung anak pertama, kedua dan juga ketiga. ada yang membawa anak dan pasangan. Aku? seperti kebiasaan. pergi bersama rakan yang belum berubah status seperti aku. tapi aku tetap gembira dengan kehidupan ku.

Soalan wajib!soalan wajib!!
Bila usia da melewati suku abad ni, memang tak boleh lari dari soklan killers yang satu ni!
Bila kau nak kawen? tak tercabar ke?? 
adehh...xde soklan yang lebih tragis ke? rasa tercabar? x terasa pulak..
ok jawapan ku ringkas je.. Kad lom print lagi, tunggu je la erk..hieeee..
Malas dah nak jawab soklan-soklan berbentuk peribadi.. errr..kau ingat kau artis..
Kepada kawan-kawan, korang jangan risau, bila seru da datang, dan pintu jodoh dah terbuka, pasti segala jadi kenyataan. Tapi persoalan bila dan siapa kita hanya mampu merancang dan hanya Dia yang menentukan.

Dan aku tetap berdoa agar jodohku adalah dengan incik boyfie yang dicintai.
Kalau xde jodoh? oh..aku tak nak pikir pasal tu.
shuhh~shuhh~

“Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu”
.
sahabatku kekasihku..
assalamualaikum buat sahabat...

Tegur aku, di saat aku mulai lupa..
Tegur aku, di saat aku mulai sombong..
Tegur aku, di saat aku mulai berbuat salah..
Kerna..
Aku masih memerlukanmu sebagai “SAHABAT”

Hari minggu yang lalu aku menghabiskan cuti bersama 3 sahabat.. perkenalan hampir 6 tahun..
aku masih ingat detik-detik awal pertemuan dan perkenalan kita.. Tidak terlupa walau sesaat.
mereka ada saat aku jatuh, saat aku dilanda masalah, di saat aku seperti seorang yang kesesatan dalam mencari jalan hidup. Mereka x jemu memberi nasihat kata perangsang. kata-kata mereka bukan la seperti pujangga atau seperti seorang pakar motivasi. tapi nasihat mereka adalah dari lubuk hati.

kami iklas berkawan.aku tahu mereka iklas. bukan berkawan kerana untuk kepentingan diri.
kerana itu, aku sayang mereka. aku sayang mereka seperti ahli keluarga ku, seperti kekasihku.

3 nama yang kekal dihati sebagai sahabat..BAIAH, NINI, dan HUDA..
aku punya ramai teman, kawan dan kenalan. tapi tetap tak sama seperti mereka. rakan-rakan seperjuangan sewaktu sekolah dulu, sudah membawa haluan masing-masing. kebanyakan sudah berkeluarga atau sudah mengecapi kesempurnaan hidup. tapi kami berempat masih mencari sebuah kehidupan yng sempurna.

karektar kami berbeza, tapi serasi. mencari keserasian itu memang sukar. tapi keserasian ada pada kami.

malam minggu, aku, baiah, nini, dan huda bertemu, berbual, bertukar cerita dan masalah, bergelak tawa. sudah terlalu lama kami tidak bicara dari hati ke hati. kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan aku bertemu mereka. tapi bila peluang itu ada, tak ku lepaskan. sedang kami berbaring untuk tidur, kelihatan seorang sahabat gelisah seolah memikir sesuatu masalah yg besar.
aku bangkit dari pembaringan, mula bertanya.. satu persatu diceritakan, huda juga membuka cerita..
aku juga,baiah sekadar mendengar..ya, baiah seorg pendengar yang baik. kadang-kala memberi cadangn yg bernas juga. bicara ini tiada umpatan, tapi sekadar meluah perasaan, cerita tentang masalah yang membelenggu kehidupan. Mencari jalan penyelesaian. kami belajar sesuatu. Masalah jangan disimpan jangan dipendam. Luahkan..luahkan pada yang kamu percayai.

perbualan menjangkau sehingga 5.30 pagi. setelah diluah, semua jadi tenang. aku punya kekasih, tapi aku tetap memerlukan sahabat. kerana sahabat tetap ada di setiap ketika. aku pernah ditinggal cinta, pernah hampir menjadi gila. dan mereka la yang menghulur tangan. orang lain tak tahu penderitaan yang aku tanggung, keluarga juga tidak tahu sepenuhnya. kerana keluarga jauh, sedangkan aku bersendian di bandar ini.

aku sayang kalian. Sungguh aku sayang kalian.

Ya Allah, aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka. Semoga persahabatan ini diredhaimu.

dari kiri~ cik baiah, miz nina, cik huda, cik kaksu

cik baiah~seorang pendengar yang baik, menghiburkan
miz nina ~ happy go lucky, dalam duka tetap mampu ketawa
cik huda ~ sering nasihat yang baik-baik. juga sensitif

~nini..ku masih ingat kamu suapkan bubur masa diri ini sakit/demam masa di kolej dulu..kamu baik~



Lubang gelap
lubang..lubang..lubang...
argghhhh..sekali lagi barangan ku di telan lubang tandas..

dulu mase darjah 3..
jam kesayangan bentuk cinta (love) bling bling terjerumus lam lubang gelap itu..
xdapat diselamatkan,  atas sebab yang sangat menjijikkan.
sedih betol..

tahun lepas..
spek mate hitam ku pulak.. kalo x dikeluarkan mau tersumbat toilet umah tu..
sebaik ade org yang sanggup mennyelamatkan spek itu..
seminggu rendam ngan air pon tak hilang bau nye.. eiyerrrkkk

ni kejadian terbaru..
baru je semalam berlaku.. kunci kete pulak terjatuh lam lubang
ingat nak dibiarkan je.. tapi risau lak kalo kunci yg ada ni hilang..
kunci da terendam 3 jam, baru la aku dapat idea nak amek kunci lam lubang tu..
dengan menggunakan akal dan fikiran yg waras, aku dapat idea..
gunakan batang penyapu dan dawai..dalam betol lubang tu..
hampir 1 jam baru berjaya, agak menguji kesabaran..
dan keadaan kunci pasti tenat.. huhu

ketiga-tiga kes melibatkan tandas cangkung..hoh!

aktiviti bermoral tergendala!

PERINGATAN: pastikan tiada barangan di kocek belakang seluar anda jika tak mahu perkara ini berlaku pada diri anda..

~oh..rupenya mimpi beberapa hari sebelom kejadian adelah satu petanda..~
Kasihnya Ibu
8 November 2010

Selamat Ulangtahun Mak..


Ibuku kaulah pelita
Yang dulu kini selamanya
Kau beriku kasih kau beriku manja
Kasihmu kudambakan

Engkaulah ibu yang kusayangi
Kasihmu mekar harum mewangi
Menghiasi taman hati
Bak lilin membakar diri
Menyinari hidup ini

Sejak dulu ku dibelai dimanja
Bersarat cinta padat di dada
Walaupun penuh sengsara bertemankan air mata
Berkorban jiwa dan raga

Kasihmu ibu tiada duanya
Kasihmu ibu tiada bandingnya
Mendidik kami dengan kesabaran
Kepayahan dan keperitan ditanam di jiwa

Kasihmu ibu tiada nilainya
Tak rela aku melihatmu di dalam keadaan duka
Hapuskanlah air matamu
Kerana ia menyayat hati ini
Terasa bagai tertusuk sembilu
Hanya Allah yang tahu
Pedihnya hati ini

Kasihmu ibu bak mutiara
Pasti berkilau selamanya
Tidak seperti kaca
Jatuh hancur berkecai
Musnahlah segalanya

Kasihmu ibu yang kurindukan
Penawar hati di kala duka
Kupohonkan restumu setitis doa suci
Mengharap kasih Ilahi

Kasihmu ibu kusanjung selalu
Pengorbanan yang kau curahkan
Setulus hatimu
Sehingga kini kasih yang suci
Tetap bersemi di hati ini
Seharum kasturi

Kini setelah dewasa
Masa dan detiknya telah tiba
Untukku membalas segalanya
Buat ibu tercinta
Semoga kau bahagia
=) suke melihat saat mak tersenyum..aku tenang.
andai masa terhenti..
mahu ulang semula..

minggu lepas minggu yg seronok bagiku.. pengalaman baru..
pertama kali jejakkan kaki ke Central Market.. banyak betol unsur kesenian di situ..
aku tertarik.. lebih tertarik tatkala melihat para artis melukis dan melakar di kanvas putih sehingga terhasil satu lukisan yang cantik.. aku terkesima melihat lukisan-lukisan itu..
indah..cukup indah.. gambar pemandangan sebuah kampung, bendang yang terbentang luas..
aku akan dapatkan satu bila aku mampu suatu hari nanti.. aku mahukan dinding rumah ku tergantung satu atau lebih lukisan berunsurkan pemandangan lebih lagi pemndangan sawah bendang yg terbentang.. aku suke..sangat suke..
aku mahu melukis, tapi aku tak dikurniakan jiwa seni seperti itu.. aku hanya mampu mengagumi..

tujuan utama aku ke central market untuk melihat aktiviti Busking di sekitar CM..dah lame aku ingin kan.. tapi rezeki tidak berpihak padaku..laluan itu ditutup kerana aktiviti pengubahsuaian mungkin.. kecewa..
mungkin lain masa ade peluang untuk ku menyaksikan aktiviti itu..

perjalanan diteruskan ke Dataran Merdeka.. berjalan kaki..
oh..rupanya CM tu dekat je dengan dataran..aku baru tahu.. sekian lama aku di kl, baru kini aku tahu..
merehat kan kaki di situ..
di situ terdapat sekumpulan rombongan pelajar sekolah.. terkenang ketika aku mengikuti rombongan sekolah selepas UPSR.. gelagat ku mungkin begitu juge.. teruja.. bergambar bersama kawan dan guru pengiring..
aku tersenyum sendirian.. menerawang..

...abes...
 
hehhehe....bende dah lame berlalu baru ade mase nak tulis.. tapi perjalanan tergantung..
xsempat nak abes kan.. nak main ngan baby aira.. hiii


terima kasih atas pengalaman itu..  terima kasih turuti keinginan ku untuk ke CM..

=)

~ade masa nanti nak gi sensorang la.. nak nengok Busking tu jugak..cube berani kan diri..huuu~