Aku Seorang Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Hasil Nukilan :
Dato' Dr. Usman Awang


Pertama kali mendengar bait-bait puisi ini di baca di bawah kaki Gunung Pulai oleh seorang peserta BTN..
Tertarik pada ayat-ayat yang cukup indah ciptaan Allahyarham Usman Awang yang memberi takrifan tentang siapa itu MELAYU..
Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub Perkara 153-Hak-hak istimewa melayu..
Tapi kenapa sejak akhir-akhir ini, perkara ini sering di persoalkan..
Kini perkara-perkara yang menjadi asas ketuanan Melayu terutamanya agama Islam, Hak-hak istimewa Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu kini kian terancam.
Suara-suara yang menuntut hak-hak mereka agar diberi sama rata semakin jelas kedengaran...
....................

berhenti di sini..
aku khuathir kata-kata ku akan berbaur perkauman.. tapi sedikit pon tidak terlintas..
cuma khuathir..
khuathir di salah erti kan..
sebelom terlanjur kata, lebih baik berhenti disini..
kerna aku tidak arif tentang ini..

aku baru tahu, Perdana Menteri kita membacakan puisi ini ketika Perhimpunan UMNO lepas. Aku baru tahu setelah bebas dari hutan belantara di Johor..

teringat Puisi dari Tun Dr Mahathir Mohamad, Melayu Mudah Lupa..

"Rebah melayu maka rebahlah Islam"

Aku Melayu-dulu kini dan selamanya..

Kian pudar..
peristiwa malam td benar-benar membuka mata aku..

sikap, perangai dan budi bahasa yang kian hilang di bandaraya ini..

sikap yang agak jelek pada pandangan ku..

kerana tiada budi bahasa dari seorang pemimpin keluarga, buatkan tercetusnya api kemarahan yang ade lam diri aku..

aku bukan pemarah..bukan seorang pendendam..

tapi peristiwa malam td benar-benar wat aku marah..

kerana ia melibatkan ibu ku..

ibu pun tak percaya aku jadi berani berkata begitu..

sebab aku sangat marah saat tu..

orang nak buat aku tak pe..tapi jangan sesekali buat ibu aku!

itu memang pantang dari sejak aku kecil..

aku boleh jadi sangat pembenci dan pemarah..

peristiwa malam td melibatkan aku, ibu ku, dan sebuah keluarge yang tidak dikenali (suami, isteri dan seorng anak)

susah sangt ke nak minta maaf dengan perkataan MAAF..

moden sangat kah korang minta maaf dengan seorang warga emas hanya "sori,sori,sori"

pada aku perkataan sorry tu x membawa makna pape pon..

hanya kata maaf yang mampu mengurangkan rase marah aku.. tapi tidak pada kata "SORRY"

kerna aku bukan wanita moden, aku masih ortodoks pada sesuatu perkara..

inikan pula perkataan tu di tuju pada seorang ibu dari kampung..

mujur ibuku paham maksud itu.. tapi agak terkilan..

inilah sikap seorang wanita bergelar isteri dan ibu di bandaraya ini..

si suami pula tanpa di duga mengeluarkan kata-kata agak kasar..

si isteri buat salah, ko pulak nak marah kami..

kau tak layak bergelar pemimpin keluarga..

patut la isteri kau begitu..

tak tahu la cemane perangai anak kau bila si kanak-kanak itu dewasa kelak..

teringat kepala botak dan mata yang mencengkil itu..
~sedih bile mengenang budi bahasa yang kian pupus di sini~

aku tak akan jadi begitu..tak akan..


sesat di Kuala Lumpur..
Sangkar kehidupan
aku sering terperangkap..

bila kita ingin kan sesuatu, kita berusaha untuk mencapai dan menggapainya agar menjadi milik kita..
menggembirakan hati kita.
tapi..bila sesuatu itu bukan yang kita inginkan.. kita akan biarkan ia berlalu mengikut arus..

tolong...
jangan biarkan aku melakukan sesuatu perkara hanya kerana ingin menjaga hati..
sedangkan di hati tak pernah menginginkannya..
aku khuatir..
aku tak mampu melakukan dengan sepenuh hati serta  kerelaan hati..
aku tak mahu melakukan nya atas desakan dan paksaan.
aku kenal diri aku..aku kenal siapa aku..
bila aku tak pernah inginkan..aku pasti itu tetap takkan jadi sesuatu yang akan aku inginkan..

mulut berkata "iya"
sedangkan hati bungkam mengatakan "tidak"

aku tak mahu itu berlaku..
aku tak nak jadi hipokrit..

cukup.. cukupla apa yang telah aku lalui..
melalui jalan yang bukan pilihan hati..


~~arrgghhh..aku tak nak masuk koir la...~
Kekuda..
Tarikh    : 17 Oktober 2010
Tempat  : Felcra Sungai Ara..
Tujuan   : Majlis Persandingan rakan (Farhan & Yati)




Seronok! Teruja!!

First time tengok tarian kuda kepang.

Kuda Kepang-Jawa-Johor... sangat sinonim..

walau saya orang Johor tapi xpernah pon nengok tarian nih..

dan petama kali juga saya saksikan perarakan pengantin tanpa paluan kompang..

tapi di tukar ganti dengan alunan muzik yang mengiringi kuda kepang.

alatan yang mereka gunakan seperti anglung, gendang, dan gong.

bila muzik dimulakan, terasa nak ikut langkah mereka.

disebabkan perasaan teruja tu membuak..

lalu saya gagahi diri tuk menggoole pasal kuda kepang ni.

ni la hasilnya..

mahu berkongsi maklumat

kuda kepang yang tempang

amaran!!
-dilarang pakai baju merah semase menyaksikan aksi kuda kepang !
-dilarang meng acah ahli-ahli kuda kepang!
-sembunyi kan semua jenis kaca!
kerana sebatang rokok
Harga rokok naik??? pe perasaan bagi perokok-perokok tegar ye??
Dengan kenaikan kadar duti eksais, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen. (keratan kosmo)
macam banyak je kenaikan tu.. aku pon tak tau pasal harga rokok di pasaran nih.. tu pon sebab seseorg bagitahu aku mlm aritu..


Aku rasa kebanyakan perempuan zaman sekarang ni mencari lelaki yang tak merokok. Sebab dulu  aku pun mencari lelaki tak merokok jugak.. diulangi...dulu..hehe.. tak pun minta kekasih tu berenti dari merokok.. berjaya gak la.. tapi cuma bertahan 1 hingga  2minggu je.. tu pon sebab terkantoi..kalau tak ,aku pon tak tahu dia mule merokok semule.. tengok!! sebab rokok, lelaki mula x berlaku jujur..

kita suruh benti bukan nya ape..Salah satu sebabnya takut nanti bila kite-kite ni mengandung terganggu pulak perkembangan kandungan  nanti disebabkan asap rokok si suami ni. ada gak kata asap rokok ni busuk. tapi pada aku sendiri, aku rimas bile asap tu menerobos ke rongga hidung aku nih. kan ada fakta mengatakan, 2nd smoker lagi tinggi risiko nya.. Tapi kekadang aku suka bau boyfie tu lepas dia hisap rokok. Ada bau yang unik di situ..hehe (ni bukan bagi galakan merokok ye, harap maklum)


lagi satu..daah selalu sanagt aku dengar kisah si jejaka nak berenti merokok bila umur dah cecah *bla-bla*, x pon dah kahwin nanti nak berhenti, atau cerita si bapa yang berhenti merokok lepas kawin sebab sayang pada isteri dan anak-anak.
Persoalannya..adakah janji-janji manis macam tu akan ditepati?? (lelaki sila la jawab=p)
pada aku..perokok ni xleh pakse tuk berenti..satu hari nanti pasti si jejaka ni akan berhenti dengan keiklasan hati..tapi bila?? hah..tu yang aku tak leh nak jawab..

tapi ni bukan bermakne aku nak buat musuh dengan orang yang merokok ni, ramai je kawan aku yang merokok. lagipun sekarang aku semakin terbuka ngan kisah-kisah si perokok nih. kawan perempuan pon ade gak yg merokok, tapi aku tak pernah nak buruk-burukkan mereka.. mereka selesa begitu. yang penting mereka tak mempengaruhi hidup aku.

pada mereka yang mempunyai kekasih tak merokok tu..TAHNIAH!! bukan senang nak jumpe lelaki yang tak merokok ni.. nisbah terlalu sikit.. mungkin nisbah 1 dalam 1000 atau 2000 atau 3000.. aku tak tahu..
tapi kebanyakan org tak merokok ni, adalah seorang yang skema..haha.. (pendapat nakal aku je..hehe)

kesimpulannya... buat kawan-kawan yang memiliki kekasih perokok tegar.. aku sarankan.. terimalah kekasih kita tu seadanya, terimala si dia termasuk asap dan pelbagai risiko penyakit yang mereka bawak tu.
tak perlu memaksa tuk berenti, tapi pandai-pandai la korang nak tegur kekasih korg tu.. hehe
sekian..

~6 Oktober 1992~
peristiwa paling sedih yang terjadi dalam hidup ku..
x akan dilupa walau sesaat..
puncanya adalah ROKOK..
Ayah....