Ringkas
"Masih Aku Terasa" -Gersang

Pesanan ringkas yang diterima cukup menyatakan segalanya.

Terima kasih Abg. Doakan kebahagiaan Manje.

p/s: Majlis manje nanti datang ye? bawa keluarga Abg. :)
Istikharah Cinta
Jodoh itu Rahsia Allah.

"Apabila Allah telah mentakdirkan cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihatnya (wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan perhubungan antara keduanya"

Sekuat mana kita menolak, sejauh mana kita lari, namun seandainya dia telah tercipta untuk kita, ia pasti akan bersama..

Saya benar-benar tidak sangka, Dialah orangnya. Dia lah lelaki yang tertulis untuk saya di Loh Mahfuz (saya masih takut nak cakap tentang ini, walaupun hanya tinggal beberapa hari saja lagi kami akan disatukan dalam ikatan yang sah).

Selepas peristiwa hitam itu, saya sudah tidak letak sebarang harapan padanya. saya lepaskan dia sepenuhnya dari hati secara perlahan-lahan. saya tahu dimana takat diri saya. saya tak mampu untuk membuang semudahnya nama yang pernah bertahta di hati saya. Pencinta Setia itu saya. disebabkan kesetiaan saya, saya pasti jatuh teruk bila hati saya dikecewakan. saya tak pandai bermain cinta melebihi seorang lelaki. dan saya tak pandai mencari pengganti semudah yang lain. Itulah kelemahan saya. Sekali saya ucap Cinta, selamanya ia dihati.

Walaupun hati saya hancur berkecai, namun saya kuatkan hati untuk terus menongkah arus kehidupan. Saya yakin kehidupan bahagia menanti saya. Cuma waktu itu saya perlu tabah melalui Ujian Allah yang satu ini. berat untuk saya terima. saya akui ini adalah tarbiah dari Allah untuk diri saya. agar saya kembali dan menyerah segala jiwa saya pada-Nya. Ya-Khalid. Ini mungkin juga balasan atas dosa dan khilaf saya sebagai hambanya yang lalai.

Isthikarah Cinta.

Saya tak pernah menutup hati saya dari Cinta seorang lelaki. walau saat saya berdukacita, saya tidak pernah untuk menolak fitrah kejadian manusia. berpasang-pasangan sebagai kekasih halal. saya cuba beri ruang pada yang lain, tapi ia tak mampu menembusi tembok yang saya cipta sendiri. saya serah segalanya pada Tuhan. Segalanya. hidup mati saya. Jiwa Raga saya.

6 bulan. bukanlah satu tempoh yang lama. dalam tempoh itu juga hati saya belum mampu pulih sepenuhnya. biarpun di sekeliling nampak saya gembira dan sempurna dgn hidup saya, tapi hakikatnya hanya Dia yang mengetahui. saya taknak mereka yang menyanyangi saya nampak saya lemah. walaupun terdapat manusia yang mendoakan dan seolah mengharap saya lemah dan jadi manusia hina sehingga sanggup membunuh diri angkara cinta. Saya nak tegaskan perkara itu tak akan terjadi. Saya punya Tuhan, saya punya Agama. Saya bukan selemah yang disangkakan. (hitamkah hati  manusia ini sehingga mendoakn keburukan saudara se-Islam nya?)

Pada awal perpisahan itu, saya akui saya tak lepas mendoakan kebahagiaan dia. saya nak dia bahagia. betul. walaupun saya derita, saya tetap mendoakan kebahgiaan nya. saya doa agar dia dipertemukan dengan wanita yang baik akhlaknya, yang bukan pura-pura baik hanya untuk memenangi hatinya. saya nak dia bersama wanita yang setia dan kukuh cintanya demi kebahagiaan dia. yang dapat menjaga dia. Dia layak untuk bahagia. dan waktu itu saya tahu saya bukan wanita yang layak memberi dia kebahagiaan. sebab tu saya sanggup lepaskan dia dan biarkan dia memilih jalan cintanya.

Selepas itu, saya tak ambil tahu kisah hidupnya. Walau terkadang dia cuba hubungi saya, namun saya tahan hati dari tindak balas positif, kerana saya sedar dia milik orang. saya janji pada diri saya walau apa pun berlaku, milik org jangan diganggu walau pun sisa cinta masih ada. dan saya berpegang pada prinsip itu. saya berjaya. orang buat saya, saya biarkan. Tuhan kan ada. Allah maha Adil. Takperlu untuk saya balas perbuatan nya walaupun ruang untuk balas itu ada. Hati saya sentiasa dididik supaya tiada hasad dengki, tiada dendam. marah tentulah ada. kalau awak perempuan yang punya hati dan perasaan, pasti dapat rasai kesakitan saya dan tak mungkin lakukan seperti ini.

Isthikarah Cinta.
Saya solat isthikarah. saya tak nampak jalan hidup saya. pudar dan tidak jelas. saya berniat untuk "Cinta Selepas Nikah". saya perlu buat pilihan di antara lelaki yang hadir dan berniat untuk memperisterikan saya. mereka hadir menghulur cinta untuk menjadi Nakhoda menuju Syurga-Nya. Cinta pada mereka? tiada. tapi saya janji akan menyintai dan menyanyangi pelengkap hidup saya walau siapa pun dia yang telah Allah tetapkan untuk saya. Allah sebaik-baik perancang. Selepas beberapa kali saya solat isthikarah, saya tak dapat ape2 tanda. gerak hati tiada. mimpi tiada. segalanya tiada. Saya fikir, mungkin belum masanya.
Takdir Tuhan. Hati dia digerakkan Allah untuk mencari saya semula. Allah memegang hati manusia. Saya tertanya-tanya, inikah petanda? inikah petunjuk? Hati saya kuat pada dia. tapi saya menafikan. ini mungkin mainan hati saya yang kotor. Apa jadi pada perhubungan dia? tak berjaya? kenapa? ditinggalkan lagi? atau menyesali akan keputusan yang dibuat? Dia ceritakan segalanya. Dia yang membuat keputusan sendiri tanpa desakan nafsu. Dia mendengar hatinya yang mula berbicara. bukan lagi keputusan drastik saat hati dikaburi nafsu. Pada mulanya saya marah padanya, bukan marah dgn bahasa yang kesat. mujur mak saya didik saya dengan elok. Emak dan keluarga saya lah yang membuka jalan buat dia dekati saya. miliki saya. Saya nampak kesungguhan dia. Dia benar-benar sesal dgn kesilapan nya. Hati saya yang keras terpujuk dengan kata-kata mak. Dia berani mengakui kesilapan nya di hadapan keluarga saya. Saya nampak penyesalannya.
Sedangkan Allah ampunkan hamba-Nya tiap kali melakukan kesilapan dan bertaubat, inikan pula kita manusia dan hamba yang kerdil dan tak punya apa.. Maafkan dia.. dia tak bersalah. mak tak salahkan dia.. Pujukan ringkas dari emak, buat saya berpikir dan membuka hati untuk memberi kemaafan. Dia manusia biasa. manusia yng tak lari dari melakukan kesilapan. bukan bersifat maksum. Saya maafkan tapi melupakan itu sukar. tapi saya tak nak ingat. 
Dengan kemaafan yang diberi, gugur satu titik hitam dalam hati saya. ikatan ini kembali terjalin atas kehendak Allah. Saya sendiri tak pernah menduga saya perlu lalui semua ini. inilah dia takdir cinta buat saya. Drama kehidupan yang sebenar.
Allah sentiasa bersama mereka yang sabar. janji Allah itu pasti.
p/s: tak perlu dipaksa, tak perlu menggoda, ia dikembalikan dengan izin Tuhan.
Pencinta Setia,
Warkah dari seseorang
Berkongsi sebuah kiriman dari seseorang. usia kiriman ini mungkin sudah 5 atau 6 tahun. saya takpasti. Saya terjumpa di dalam timbunan cd, dan ia tersimpan di dalam salah satunya. saya suka isi nya, pesanan nya ringkas dan tidak terlalu serius. tersenyum saya bila berulangkali baca. terima kasih pada Pengirim. Saya harap awak berjaya dalam hidup dan bertemu seseorang yang dapat menyempurnakan hidup awak. :)

...........................
                                                                  
Suhaida Bte Muhamed,
                                                                   Dimana jua anda berada,
                                                                   Tidak kira waktu dan masa,
                                                                   Utara hingga selatan
1 bulan, Beribu bintang,
Malaysia Tanah airku.
                                                                  
                                                                  
Asssalamualaikum,

Kehadapan saudari Suhaida Bte Muhamed yang jauh dimata, walaupun jauh di mata tetapi tetap melihat bulan dan bintang yang sama. Semoga sue sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tujuan * menulis warkah ini adalah untuk meluahkan segala yang tersirat dan meleraikan segala yang tersimpul.

Suhaida, pertama sekali * ingin hulurkan 10 jari ini sebagai tanda minta maaf kerana telah menyakitkan hati sue. Perkara yang telah berlaku hari itu bukan lahir dari hati * tetapi lahir dari otak kanan *. Tujuan * buat begitu bukannya sebagai tanda protes atau benci pada sue tetapi ia bertujuan agar hati * tidak mengharapkan sesuatu yang ajaib dari sue. Bukan * tidak boleh berkawan dengan sue tetapi * takut hati * akan sentiasa menganggap sue sebagai kekasih hati. Memang * sengaja buat sue marah dan benci pada * tetapi bukan kerana tujuan lain, hanya kerana menunaikan hajat hati sue yang ingin berpisah dengan *. Secara jujurnya walaupun kita tak bermesej ataupun berhubung lagi, * masih tidak dapat melupakan sue, wajah gembira, ketawa, murung, duka, masam, muncung, shrek dan yang paling tidak dapat dilupakan wajah sue yang suka memuncungkan mulut. Sedangkan sudah tak berhubung dengan sue pun, * masih tak dapat melupakan sue, ini kan pulak kalau kita masih berhubung. Maka * terpaksa, dalam kerana terpaksa.

Dalam kesempatan ini * ingin mengucapkan tahniah karana berjaya menggenggam segulung Diploma atas usaha selama 3 tahun. Walaupun * tak dapat ucapkan dari mulut tetapi * harap ia bermakna buat sue. Di sini * juga ingin memberi beberapa nasihat yang mungkin dapat menolong sue dalam meneruskan hidup ini. Walaupun ia bukan dari mulut seorang pakar motivasi tetapi * harap sue dapat menerimanya.


  1. Ingat Allah s.w.t dengan melakukan apa yang disuruh dan tidak buat apa yang dilarang.
  2. Minta dan Dengar nasihat mak sue, dia sahaja satu-satunya yang boleh bantu sue walau susah dan sesak mane pun keadaan sue.
  3. Jaga keluarga sue baik-baik, tolong diorang. Lebih-lebih lagi mak sue, kerana banyak jasa yang tak dapat dibalas walaupun sue sanggup mati kerana dia. Mak sue sangat-sangat menyayangi sue. * dapat nampak dari wajahnya.
  4. Pilih kawan yang elok-elok. Kawan dengan kawan yang boleh membawa sue kepada kebaikan. Jangan terpengaruh dengan perkara yang boleh merosakkan diri.
  5. Buat baik pada orang, kelak akan dibalas dengan kebaikan.
  6. Kerja bersungguh-sungguh, mane tahu tuah sue jadi bos.
  7. Biar orang benci kita, jangan kita benci orang.
  8. Kalau nak cari pakwe, cari yang elok-elok. Pilih elok-elok. Pilih yang boleh beri kebaikan pada sue. Lelaki dalam dunia nie banyak yang tak boleh di percaya daripada yang boleh di percaya. * tak nak tengok sue kena dimainkan dengan lelaki-lelaki yang suka merosakkan perempuan.* tak boleh terima kalau perkara itu berlaku.
  9. Senyum selalu, tak nak masam-masam tau.
  10. Kalau ada masalah, selesaikan dengan baik. * tahu sue boleh menangani masalah. Minta nasihat dari mak.
  11. Jaga kesihatan diri dan keluarga. Jangan suka simpan-simpan sakit. Lau sakit, bagi tahu mak.
  
* berharap setelah selesai sue baca warkah ini, jangan la hendaknya sue masih membenci *. Kalau sue masih membenci *, * tak dapat buat ape. Semuanya terpulang pada sue. * tak mampu nak beri ape-ape tanda minta maaf kerana kalau diletak harga kesalahan * pada sue, sue akan jadi jutawan. Akhir kata * ingin sekali lagi memohon ampun dan maaf segala kesalahan * pada sue. * harap, sue dapat menerimanya. Segala memori bersama sue, * tidak akan lupakan dan * akan simpan selama-selamanya. Maaf atas segala-segalanya. Wassalam….   


                                                                   Yang Ikhlas,
                                                                   ****