Projek Memikat Suami
eh? tajuk sama macam cerita di Astro Ria pulak. Projek Memikat Suami. tapi yang nak aku cerita kan kat sini bukan berkaitan cerita itu. tetapi tentang seorang rakan yang sedang berusaha memikat suaminya.hehe

Aku berkahwin pun tak sampai setahun.. Proses memikat suami memang perlu dilakukan juga. cara aku memikat? haha! tak nak cerita. tapi aku cuma nak Suami aku bahagia. Bahagia yang dia takkan dapat dari orang lain! ewah!

Kawan aku, dia sudah kawin lebih awal dari aku. dan telah punyai anak.. Dia minta tips dari aku bagaimana untuk memikat suami. owh, segan pula rasanya nak beri nasihat atau pandangan pada mereka yang lebih awal menemui kebahagiaan. tapi dia mahu juga..

Jadi aku bagi dua tips. tips paling penting jaga perut nya. Tak perlu pun handal memasak seperti taraf hotel 5 bintang. cukup lah masak dengan sepenuh kasih sayang. Perisa tambahan "kasih sayang" lagi sedap dari ajinomoto tau. (hei, aku masak tak guna ajinomoto ye..bak kata suami, orang tak pandai masak je guna ajinomoto.. hehe). jadi penat macamana dan tak tahu masak pun, usaha lah untuk masak buat suami. Percayalah suami akan hargai usaha itu. Tapi aku lain tau. Aku dan suami Perkahwinan Jarak Jauh, tp balik kerja aku masak juga untuk diri sendiri. Hari minggu, kami lebih senang masak bersama memandangkan suami juga suka masak. tapi sekarang ni, aku sedang dalam mood rehat. jadi suami lebih banyak memasak berbanding aku. Rasa bertuah badan dapat suami seperti Dia.

Beruntungnya mereka yang tinggal serumah dengan suami. Hari-hari boleh pikat suami. :)

Kawan aku kata, dia cemburu dan mahu jadi seperti aku. Eh, aku teruklah. tergelak aku dengar. katanya nak mahir seperti aku. eh! aku tak mahir pun, tapi semua tu kerana minat dan cara aku dibesarkan mempengaruhi siapa aku kini.. katanya, tiap kali aku ajak dia teman ke kedai bakery, dia rasa bosan dan hanya menunggu didalam kereta. (owh baru aku tahu perasaan orang yang terpaksa ikut..sorry..) dan baru-baru ni, aku bawa dia masuk ke dalam kedai ini... ok. nak tahu apa jadi,? Dia membeli lagi banyak dari aku. haha! Dia nak belajar masak2 dan buat kek. jawapan aku, kalau nak resepi masak sila google ye. haha. tak pandai aku nak ajar orang ikot resepi, aku masak pun ikut suka tekak aku. bab buat kek tu, kalau tiba waktu rajin, aku buatlah apa2 jenis kek. Awal kahwin dulu, aku macm frust juga nak buat kek bila tahu suami tak suka makan manisan seperti kek. tapi kedegilan dan minat aku mengatasai segalanya. aku buat juga dan beri suami makan. dan sekarang suami suka makan kek yang aku buat. Betul2 rasa dihargai. love you la sayang! eh? tetiba!

jadi, bagi kawan yang tiada basic membaking ni, aku cuma bagitahu satu perkara, beli oven! yang dah kahwin, minta suami belikan oven. (orang da bersuami, lagi mudah minta saja. hehe. ok aku tak. aku beli oven sendiri dari aku bujang. oven tu umpama barang wajib ada di rumah ;p). bila dah ada oven, mungkin akan memberi motivasi untuk sesorang tu memulakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

Tadddaaa!!! Siapa tak sayang isteri kan? Suami kawan dah belikan oven, dan kawanku sangat gembira dan semangat membara untuk memulakan projek memikat suami dengan kek buatan sendiri. sebab katanya suami nya suka makan kek. Cemburu katanya suami suka makn kek orang lain buat. hehe macam2. Sebagai permulaan, aku berikan resepi mudah bagi seorang beginner. Bila projek pertama menjadi, aku beri resepi lain pula. seronok aku tengok semangat dia. Bila dah menjadi, dapatlah pujian dari suami. tahniah kawan. Dan sekarang suaminya mahu hantar kawan ke kelas-kelas membuat kek supaya kawan lebih mahir. wah! seronok. kalau dia ke kelas, aku pula lah minta resepi dan skill yang diajar oleh profesional. maklumlah, aku ni tak pernah ke kelas mane2 pun. kos tinggi sgt. sebiji kek sampai rm200-300. boleh beli oven lain tu.  

Dan aku cuma harap, ia bukanlah sekadar hangat-hangat di awal sahaja. teruskan usaha ye.

"Nanti da terror buat kek, nak belajar menjahit baju pulak ye sue, u ajar i"...

haha! tergelak sikit. ok. boleh je..:)

p/s: aku pesan kat diri, kalau nak buat sesuatu buatlah kerana minat, bukan kerana terikut orang atau ikut trend terkini. 

Pernah berangan nak ada butik sendiri. pastu berangan lagi nak ada bakery sendiri. lagi advance berangan, nak ada butik dan bakery serentak. endingnya, aku disini- Kerja di Pejabat Hutan. haha!
Hei, siapa tahu apa akan jadi 20 -30 tahun akan datang, ye tak?

Sufie Bakery!
hehe;p
Baju Melayu dan Ayah.
salam.

aku menulis entry ni sebab hati aku sedikit tersentuh dengan entry dari blog yang aku tak pasti siapa orangnye..
aku sedang mencari tips-tips menjahit yang dikongsi oleh blogger. yela, aku minat menjahit, tapi kebanyakkan aku belajar sendiri tanpa ke kelas persendirian..

Entry tersebut hanya menceritakan di adicabar oleh ayah nya untuk membuat baju melayu, dan hujung entry ayah nya segak memagai baju melayu buatan blogger tersebut. dan aku pasti ayah nya pasti berbangga dengan hasil kerja tersebut....

oleh kerana ia cerita kisah seiorang ayah... tanpa sedar, hati aku tersentuh lalu aku terkenang diri aku yang tidak mempunyai ayah..

kalau ayah aku masih ada...aku pun mahu jahitkan baju melayu khas untuknya, agar ayah kelihatan segak sentiasa. Dan ayah mesti menghargai hasil tangan ku dan berbangga dengan aku... dan aku mahu katakan padanya, inilah anak ayah yang telah dididik oleh isteri ayah dengan sempurna. 

tapi itu semua tak akan terjadi...

hanya dalam mimpi..

dan air mata aku terus mengalir di pipi..

p/s: Aku rindu ayah.. Semoga kita bertemu di Syurga...:')

Anak Kecil Ayah.
UDA
Takut
Aku rasa, aku masih takut untuk melangkah lebih jauh lagi..

dan aku masih takut untuk menoleh kebelakang biarpun sebagai pengajaran tentang kehidupan.

"She's strong enough to walk away, but broken enough to look back"
"Lebih Baik Tersalah Ampun,
Daripada Tersilap Hukum"

-Sang Kembara kembali bersuara-
Rimas
Aku mulai rimas hidup dikelilingi tipikal melayu.

Menjengkelkan.

Tiada sensitiviti.

Hasad Dengki.

Fitnah.

Jauhkan aku dari manusia seperti ini dari aku.

Jauhkan aura negatif yang mereka bawa dari aku.

kembali kan optimistik aku.

engkau. engkau. dan engkau.

jangan cuba untuk melangkaui sempadan diri aku.

aku diam bukan bermakna aku lemah.

tapi bukti aku mampu mengawal dalaman diri aku.

kerana aku adalah aku.

aku bukan engkau.

engkau bukan aku.

dan engkau tak mungkin mampu menjadi aku.

Baju Sekolah
Beberapa hari lepas, aku ke pusat membeli belah yang agak popular di bandar ini. aku lihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak berpusu-pusu membeli barang persiapan persekolahan. pelbagai jenama kasut, baju dan seluar di sediakan. Ahh orang zaman moden! semua nak mudah.

sambil memerhati, fikiran aku menerawang di zaman persekolah aku dulu. bila masuk sesi persekolahan baru, semua pelajar sekolaH bersalinan serba baru. aku juga tidak terkecuali. rakan-rakanku sering menunjuk pakaian sekolah yang berjenama pada aku. pada aku dulu, Jenama Canggih tu dah cukup canggih bagi pelajar sekolah yang agak naif seperti aku. dan bodohnya aku, pernah sekali aku meminta baju jenama itu pada ibu aku. tapi sudah tentu ibu tidak tunaikan untuk aku. aku seolah lupa kedaifan aku waktu itu. mujur lah juga aku bukan seorang pendesak dan jenis memaksa. Sikap aku, jika sekali minta tetapi tidak dipenuhi, aku akan terus diam dan lupa. sikap itu terbawa sehingga kini. 

Sebenarnya, Aku insan bertuah kerana memiliki seorang ibu yang serba boleh. baju sekolah aku tak pernah dibeli. Semua baju persekolahan ku adalah hasil tangan ibu aku sendiri. setiap tahun ibu akan mebeli kain ela di pekan Batu 5, Tampoi. kedai kain itu entah wujud lagi atau tidak, aku tak pasti. memandangkan gedung kain tersebesar terlalu hampir dengan kawasan pekan ini. mungkin jika masih ada, status nya sekadar 'Hidup segan Mati tak mahu'. Seingat aku, baju yang ibu jahitkan sangat selesa dan tak perlu aku minta ubahsuai seperti kecil atau besarkan baju. dan sebelum ibu mula menjahit, aku ada permintaan agar baju tidak terlalu labuh.

Semakin aku meningkat dewasa, minat menjahit mula meresap ke dalam diri aku. dengan harapan aku mahu jadi seperti ibu. tambahan aku bekerjaya, dan mahu jadi serba boleh dalam menguasaai kemahiran seorang wanita. ibu mula nampak minat menjahit dalam diri aku sejak aku kecil, katanya aku sering bermain di mesin jahit dan mencuba menekan tapak mesin walaupun sering kali gagal dan menyebakan jarum patah dan rantainya putus. tapi mak tak pernah memarahi aku walaupun aku punca mesin jahitnya rosak. itulah mak aku. penyabar. katanya anak nya dalam proses belajar, tak perlu pun marah.. sifat ini pun aku nak seperti mak.  

harapan aku bila aku punya anak-anak, aku juga mahu mereka ke sekolah dengan hasil tangan aku sendiri. dari tudung, baju dan juga kain. walaupun waktu itu aku mungkin berkemampuan untuk membeli yang tersedia ada di pusat membeli belah, aku tetap memilih untuk bersengkang mata menyiapkan baju untuk anak-anak. mungkin bila mereka dewasa, mereka juga menghargai seperti mana aku menghargai dan mengagungkan ibu aku.  

owh ya. sekarang anak-anak buah aku pun cukup bertuah sebab baju-baju sekolah mereka dijahit sendiri oleh ibunya. Kakak sulung ku. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. ye tak?

p/s; entry ni ada guna "mak" dan "ibu". tak kisahlah. yang penting ia adalah orang yang sama. :)

Kau Pencetus Inspirasi Ku,