Rimas
Aku mulai rimas hidup dikelilingi tipikal melayu.

Menjengkelkan.

Tiada sensitiviti.

Hasad Dengki.

Fitnah.

Jauhkan aku dari manusia seperti ini dari aku.

Jauhkan aura negatif yang mereka bawa dari aku.

kembali kan optimistik aku.

engkau. engkau. dan engkau.

jangan cuba untuk melangkaui sempadan diri aku.

aku diam bukan bermakna aku lemah.

tapi bukti aku mampu mengawal dalaman diri aku.

kerana aku adalah aku.

aku bukan engkau.

engkau bukan aku.

dan engkau tak mungkin mampu menjadi aku.

Baju Sekolah
Beberapa hari lepas, aku ke pusat membeli belah yang agak popular di bandar ini. aku lihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak berpusu-pusu membeli barang persiapan persekolahan. pelbagai jenama kasut, baju dan seluar di sediakan. Ahh orang zaman moden! semua nak mudah.

sambil memerhati, fikiran aku menerawang di zaman persekolah aku dulu. bila masuk sesi persekolahan baru, semua pelajar sekolaH bersalinan serba baru. aku juga tidak terkecuali. rakan-rakanku sering menunjuk pakaian sekolah yang berjenama pada aku. pada aku dulu, Jenama Canggih tu dah cukup canggih bagi pelajar sekolah yang agak naif seperti aku. dan bodohnya aku, pernah sekali aku meminta baju jenama itu pada ibu aku. tapi sudah tentu ibu tidak tunaikan untuk aku. aku seolah lupa kedaifan aku waktu itu. mujur lah juga aku bukan seorang pendesak dan jenis memaksa. Sikap aku, jika sekali minta tetapi tidak dipenuhi, aku akan terus diam dan lupa. sikap itu terbawa sehingga kini. 

Sebenarnya, Aku insan bertuah kerana memiliki seorang ibu yang serba boleh. baju sekolah aku tak pernah dibeli. Semua baju persekolahan ku adalah hasil tangan ibu aku sendiri. setiap tahun ibu akan mebeli kain ela di pekan Batu 5, Tampoi. kedai kain itu entah wujud lagi atau tidak, aku tak pasti. memandangkan gedung kain tersebesar terlalu hampir dengan kawasan pekan ini. mungkin jika masih ada, status nya sekadar 'Hidup segan Mati tak mahu'. Seingat aku, baju yang ibu jahitkan sangat selesa dan tak perlu aku minta ubahsuai seperti kecil atau besarkan baju. dan sebelum ibu mula menjahit, aku ada permintaan agar baju tidak terlalu labuh.

Semakin aku meningkat dewasa, minat menjahit mula meresap ke dalam diri aku. dengan harapan aku mahu jadi seperti ibu. tambahan aku bekerjaya, dan mahu jadi serba boleh dalam menguasaai kemahiran seorang wanita. ibu mula nampak minat menjahit dalam diri aku sejak aku kecil, katanya aku sering bermain di mesin jahit dan mencuba menekan tapak mesin walaupun sering kali gagal dan menyebakan jarum patah dan rantainya putus. tapi mak tak pernah memarahi aku walaupun aku punca mesin jahitnya rosak. itulah mak aku. penyabar. katanya anak nya dalam proses belajar, tak perlu pun marah.. sifat ini pun aku nak seperti mak.  

harapan aku bila aku punya anak-anak, aku juga mahu mereka ke sekolah dengan hasil tangan aku sendiri. dari tudung, baju dan juga kain. walaupun waktu itu aku mungkin berkemampuan untuk membeli yang tersedia ada di pusat membeli belah, aku tetap memilih untuk bersengkang mata menyiapkan baju untuk anak-anak. mungkin bila mereka dewasa, mereka juga menghargai seperti mana aku menghargai dan mengagungkan ibu aku.  

owh ya. sekarang anak-anak buah aku pun cukup bertuah sebab baju-baju sekolah mereka dijahit sendiri oleh ibunya. Kakak sulung ku. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. ye tak?

p/s; entry ni ada guna "mak" dan "ibu". tak kisahlah. yang penting ia adalah orang yang sama. :)

Kau Pencetus Inspirasi Ku,